Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR - muhasabah untuk masa depan

Kalah menang dalam piliharaya itu perkara biasa. Tetapi apabila sesuatu bangsa itu masih tertipu walau berpuluh kali ditipu dengan janji kosong sehingga tergadai tanah ladang hidup melarat bertahun-tahun maka ini sesuatu yang luar biasa. Pilihanraya bukan sekadar medan mendedahkan kelemahan parti pemerentah semata-mata, tetapi peluang untuk menyebar luaskan lagi sehingga ke hati pengundi betapa jahatnya pemimpin BN yang diberi amanah tetapi kianat. Penderitaan peneroka sekian lama tanpa pembelaan terbadai hanya dengan janji PM taburan jutaan ringgit kononnya membela nasib hidup rakyat. RASUAH POLITIK sekiranya BN menang sudah menjadi perkara lumrah, halal disisi undang-undang negara. Selagi siMELAYU layu dengan "gula-gula" BN, selagi itulah bangsa Melayu akan terus lemah dari kaum lain dan akan merempat dinegara sendiri.
Kepada Ranting-ranting PKR jangan hanya berRanting banyak tetapi rantinnya berdahan mati kelak hanya sebagai hiasan bunga-bunga pelastik semata-mata, begitu jugalah PAS jangan hanya seronok dengan bilangan cawangan, tetapi biarlah cawangan yang bertambah itu tambah keaktifan nya melaksana segala aktiviti mendampingi rakyat terdekat.
"Virus katak" yang menular dikalangan calon-calon PKR sedikit sebanyak mengubah pesepsi pengundi di Hulu selangor, apa lagi kekurangan petugas-petugas PKR. Kemana mereka agaknya? Jangan sekadar ribut berjuang pasal kerusi tetapi liat berkerja untuk dapatkan kerusi. Kepada teman-teman dalam PAS sama-sama lah kita bermuhasabah menilai segala kerja yang telah kita laksanakan,memperbaiki mana yang lemah semoga PRU13 kemenangan milik kita.












No comments: