Friday, July 30, 2010

Tuesday, July 27, 2010

ULAR SAWA BATIK RAKSAKSA......SG.SIPUT PERAK

INI bukan sebarang ular...tapi sayang ianya dibunuh..kalau tidak dapat juga rakyat Mlaysia melihat ular sebesar tong drum. selama ini kita sering dengar cerita ular sebesar pokok batang balak, seolah-olah cerita dongeng orang tua-tua, tetapi hari ini terbukti ianya sememangnya wujud di bumi Malaysia....malangnya ia mati dibunuh entah dimana kuburannya...Jabatan Perhilitan mesti siasat hingga jumpa di mana bangkai ular ini ditanam untuk kajian selajutnya. mungkin spesis ini masih terdapat dihutan-hutan simpan. Rakyat Malaysia kurang prihatin terhadap binatang...pantang jumpa bunuh saja......
























Binatang juga memerlukan kasih sayang manusia.























Lawatan MB Tan Sri Khalid- Tahfiz alZubir
















Monday, July 26, 2010

Kebakaran Tahziz AlZubir Semungkis Hulu Langat

Takziah diucapkan kepada Dr Zubir semoga bersabar diatas ujian Allah kepadanya serta ibubapa kepada mangsa kebakaran, semoga Allah merahmati rohnya bersama kekasih Allah disyurga..amin ya Allah. Kepada mereka yang berhajat menyumbang derma jihad boleh berhubung terus dengan JPD DUN Dusun Tua,016 3050363.Tragidi ini menarik perhatian TanSri Khalid Ibrahim MB Selangor, jam 3petang semalam, bersama rombongan Pejabat Daerah Hulu melawat tempat kejadian serta beramah mesra bersama Dr Zubir mudir tahfiz. Turut bersama Ketua-ketua Kampung,JKKK.Tok Penghulu dan juga ibubapa pelajar tahfiz al Zubir.














Tuesday, July 20, 2010

gontongroyong sambut RAMADAN-Semungkis

Tahniah kepada Ketua Kampung Pak Kadir,serta semua ajk yang terlibat.


Umno & PAS.....bersatu demi bangsa dan agama




Betul ke islam terbela bangsa terpelihara dengan bersatunya dua parti besar orang melayu pas - umno? Hari ini akbar utusan Mlysia memanaskan suasana medan politik dengan mengembar-gemburkan isu-isu yang ada hubung kait dengan kerajaan negeri Selangor- Pakatan Rakyat. Jika diamati, sememangnya pemilik akhbar perdana umno BN ini bertujuaan untuk mengugat serta mengelirukan lantaran mengikis kenyakinan rakyat terhadap kewibawaan kerajaan Pakatan diseluruh negara khususnya meleburkan Kerajaan Pakatan di Negeri Selangor. Buktinya jelas berita yang dipaparkan didada akhbar hari ini antara yang cuba di putar belitkan agar rakyat terbelit dan tercekik dengan hasutan...

1- Isu perpindahan pelajar Institiut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) ke Kolej Antarabangsa Inspen di Kuala Selangor- kata umno..." Kerajaan Pakatan Selangor berusaha menutup pusat kemahiran yang dibina oleh BN...." tuduhan kadir2 umno Selangor ..." lepas ini habislah semua institiut2 lain akan ditutup.....kesal dan sedih..." jelas umno sedang berkerja kuat mempolitikkan isu perpindahan...ini.
2- Bekas2 mufti,alim ulamak pro umno laris macam artis gelek indon...menjadi tumpuan media memberi pandanagan betapa perlunya umno pas bersatu demi islam dan bangsa....hairan, kenapa tak bersuara ketika umnoBN merampas kuasa ala yahudi diPerak? bermula dengan rasuah (beli Adun) sehingga lah bertindak ganas dalam DewanUndangan Negeri? bertindak liar semacam binatang liar....Tok alim sekadar memandang dan hanya mampu berkata.." c u b a a nnnn........." sedangkan yang berlaku depan mata Tok alim tu...betul----betul......
3- Projek bekalan air dari Pahang.....melabung-labung memuji tindakan "berhemah" menteri besar Pahang...negeri Selangor dilabelkan sebagai tidak prihatin terhadap keperluan air yang bakal menghadapi krisis air 2014 dinegeri seperti wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putera Jaya,lembah Klang dan Selangor... bernilai RM9,000 juta.
4- Rompak pasir....sedangkan yang terbesar berlaku di negeri Johor dan Perak....sebaliknya yang di "gempak" di negeri Selangor....Pakatan gagal...sebaliknya lanun-lanun pasir adalah dikalangan penganut2 umno...sekarang lanun-lanun ini sudah kepanasan...hasil desak pemimpin umno Selangor yang berbapakan Toyo. Anak Toyo yang mengamuk....lanun-lanun umno bertempiaran...

kesimpulannya....umnoBN kini bagai mengidap kaser....ajal nya sudah hampir,hanya membilang hari sahaja lagi, berjaya memecah perpaduan Pakatan..bermakna hayat umnoBN akan...panjang! MCA berketuakan bekas "jaguh..skandal sex-CD" MIC pula.. kalut dengan karenah tok Sami yang yang dah tak ada "VELU" lagi....tetapi gila kuasa... umno pula dengan keris kontotnya....bertikam tak sudah-sudah....
menurut ramalan dari ahli nujum negara (NGO umno)satu badan yang ditubuhkan bagi mengkaji senario kecenderungan pengundi di Malaysia..adalah diramalkan umnoBN hanya akan tinggal 70 kerusi diParlimen dalam PRU13 akan datang...ini lah yang dok kalut sangat agar Pas kembali bersatu demi Melayu.....sebenarnya jika mahu Islam dan Melayu kembali kuat..hanya dengan bubar umno ikut masuk Pas...bersama menjujung Alquran-Hadis sebagai dasar dlm pentadbiran, ulamak sebagai rujukan BUKAN sekadar baca doa dlam majlis rasmi kerajaan,sedekad umno meperbodohkan ulamak....tetapi puak2 ni membatukan diri oleh kerana dapat upah yang lumayan....sedarlah wahai melayu yang masih kekal menganut islam.......bukan nak selamat agama dan bangsa tetapi....NAK SELAMATKAN UMNO YANG TERLALU TENAT.....bayangkanlah jika insyaallah orang cina meninggalkan MCA dan Indian tinggalkan MIC dan menyertai Pakatan...tinggal lah umno dalam kenangan...bagaimana agaknya wajah-wajah ketua2 umno yang terlibat melantak rasuah, membunuh, salahguna kuasa ,pelacuran dan bermacam-macam lagi tu..... Ya Allah Hancurlah puak-puak yang zalim ini.

Monday, July 19, 2010

Gandingan mantap "Yang Berkhidmat" N23 Dusun Tua

JPD DUN Dusun Tua mendapat khidmat dua orang Ahli Majlis daripada PAS, mereka yang diyakini akan memberi khidmat cemerlang kepada pengundi-pengundi N23. Tuan Hj Razali Hasan dan saudara Mohd Sani Hamzan bekas calon N23, beliau juga adalah Naib Ketua Pemuda Selagor dan exco Pemuda Pas Pusat.Mohd Sani ditugaskan di Zon 1 manakala Hj Razalai YDP Pas Kawasan Hulu Langat akan menguruskan zon 3. Harapan JPD semoga kedua pimpinan ini akan meneruskan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh mantan Ahli Majlis terdahulu. Kesinambungan gerakerja terdahulu sangat penting agar warga taman, terus mendapat mutu khidmat terbaik daripada semasa kesemasa. Apa pun aduan rakyat mesti disusuli dengan tindakan, bukan sekadar mendengar aduan semata-mata.....tahniah kepada Puan Lee Kee Hong, Mr Tan Bong Wah dan Mr Edy Ng. Selamat Berkhidmat.......JPD Dusun Tua sentiasa setia bersama membantu anda. JPD DUN Dusun Tua...memiliki lima Ahli Majlis...bagi memastikan BN tumbang dalam PRU13. Lima orang Panglima perang, macam lima sahabat panglima Melaka...Hang Tuah(Hj Razali...Hang Lee Kiu.."Puan Lee"........







Saturday, July 17, 2010

Isu Pondok (G&G)kawalan diTaman-taman- pandangan mantan ahli majlis MPKJ

Mengulas isu yang yang dibangkitkan oleh YB Hannah Yeoh Tseow Suan dari Subang Jaya, berkaitan pondok Kawalan Keselamatan / tutup jalan diTaman-taman,sememangnya disesetengah tempat amat merimaskan penduduk kerana sana sini tutup jalan,bagaimana jika belaku kebakaran? kalau dulu ada jalan keluar,sekarang terpaksa pusing U...jalan disediakan untuk kemudahan pembeli rumah,malang nya ian gagal dimanfaatkan..ini diantara rungutan penduduk yang lemas dengan kawalan sana sini...macam darurat. Aduan yang diterima diPusat Khidmat JPD Dusun Tua misalnya,mereka rata-rata mengatakan kami tidak berrsetuju tutup jalan sana sini atas alasan keselamatan kerana ianya merumitkan laluan yang dulunya sebagai laluan altenatif memberi kemudahan kepada penduduk. Ada juga dakwaan khabarnya pihak persatuan sengaja ingin mengadakan pondok kawalan bagi menjana pendapatan...kalau satu taman ada tiga ratus buah rumah (300 x rm70.00 sebulan = rm21,000.00 sebulan) bayar kapada pengawal...???? berapa untung nya..kemana duit ini di gunakan ? ada kah dibentangkan dalam mesyuarat persatuan.....perkara sebegini sering menjadi bualan penduduk.

2- Syarat untuk mengadakan pondok kawalan mesti dipamirkan (hebahan) melalui bener untuk bantahan penduduk...ini pun satu hal juga,bila ditanya kenapa penduduk tak bantah dari awal ? jawapan yang sering diberitahu...kami tak perasan, ada benarnya penduduk sibuk dengan urusan kerja mungkin tidak sedar "hebahan yang bakal menjerat penduduk sendiri"..

3- Saya mencadangkan agar pihak Majlis Perbandaran mesti mengendalikan sendiri undian dan pastikan mereka yang tinggal ditaman itu saja yang layak mengundi.,bukanya diserahkan kepada Ahli majlis dan Persatuan yang menguruskan undian penduduk. Langkah ini bagi menjamin ketelusan dan keadilan untuk semua pihak. Jika tidak, ada pihak yang akan menimbulkan berbagai keraguan terhadap ahli majlis, persatuan penduduk dan juga terhadap penduduk itu sendiri. Kita mesti elakkan daripada pertelingkahan dikemudian hari, kerana ianya merugikan dan memalukan semua pihak. Kita juga tidak mahu, ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk buat duit dalam hal ini. Sesetengah tempat persatuan penduduk bertindak ala ganster dalam usaha memaksa penduduk mengikut kehendak mereka....ini semua fasal wang....kita bimbang nanti timbul tuduhan mengatakan ahli majlis bersekongkol...buat duit melalui G&G...(cegah sebelum menanah membarah).

4- Bagi mengelakkan tuduh menuduh yang bukan-bukan....pihak Majlis Perbandaran mesti memainkan peranan utama, turun padang dengar sendiri keluhan hati penduduk..adakan pertemuan dengan semua penduduk tanpa kehadiran ahli majlis atau ahli-ahli persatuan...atau PBT mengadakan "pilihanraya kecil" ditaman berkenaan...yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran....ia akan lebih telus dan adil...untuk semua pihak. Apa yang dicadangkan ini demi untuk kebaikan semua pihak. Yang paling penting...setiap keputusan yang telah dicapai selepas itu, dihormati semua pihak.

Wednesday, July 14, 2010

HARAMKAN ESQ- bekas mufti dan bekas ketua pengarah JAKIM pertahan...

Jelas tersasar dari aqidah sebenar,bah ianya bakal menyesatkan dari ajaran islam. Tetapi yang aneh nya dikalangan bijak pandai agama umnoBN terutama yang berjawatan menteri agama.. seakan-akan takut untuk mengharamkannya.kenapa? KEPENTINGAN....al fulus wal mampuss....segala-galanya halammmmm... belaka....pada hal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan sudah pun mengeluarkan fatwa HARAMMMMMMMMMMM....

Kenapa haram ? menurut kajian Intitiut Kajian Islam Malaysia (IKIM):

1. Pendekatan mengunakan penemuan sains bagi mebuktikan kebenaran alquran tidak sesuai kepada umat islam.

2.Meluah rasa hati secara histirikal,ketika memohon ampunan Allah dikhalayak ramai.

3.ESQ sebagai satu kursus penyucian diri..dengan kenyataan moderator .." pada hari ini,kamu telah dimuliakan sama seperti nabi dan orang2 yang mulia.." ia mirip dengan konsep agama kristian.

4.Guna muzik ketika berdoa,bersujud, dan membaca alfatihah.

5.Terdapat percampuran aktiviti agama dan hiburan.

6.Terdapat ciri-ciri ketaksuban alumni ESQ terhadap Ary Ginahar (pengarah)- macam ayah pin...pulak!

7.Tafsiran hadis dan alquran secara seberono oleh moderator....

kata Datuk Masyitah.."kita tak mau sekat rezeki orang....." ini bukan pasal rezeki,ustazah...oi tetapi maruah agama,anakbangsa dan negara yang menganut islam sebagai agama rasmi negara. INI LAH UMNO BN, dulu sangat bijak membela agama,tetapi dah jadi menteri, yang dibelanya...umnoBN. lidahnya kelu untuk bela agama....

Ini lah sebab utama kenapa PAS lawan umno sampai kiamat..umno hanya gilakan kuasa untuk membolot harta,rasuah,halalharam semua jadi halamm...janji wang ! peduli apa dengan aqidah ummah .Lihatlah sekian lama merdeka,nasib agama islam terpinggir,umat islam tercorot,remaja islam semakin liar dengan hiburan tanpa sempadan dan rakhirnya terhasil sejuta anak luar nikah.....dulu inilah ucapan Yang Belah (yb) zulkifli nordin...sekarang ini jadi balaci bantai Pak Anuar....inilah sandiwara dunia....



lawat ibu tunggal kaum india di CHERAS AWANA..

Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (JPD) bersama rakan-rakan seperjuangan DAP memantau aduan berkaitan masalah yang dihadapi oleh seorang wanita yang ditinggalkan suami berserta dua orang anak yang masih kecil. Aduan disampaikan melalui Pusat Aduan(khidmat) Rakyat Taman Alam Jaya, yang diketuai oleh Mr Deligganu berserta rakan-rakan DAP Taman Alam Jaya. Malangnya ada segelentir yang penduduk yang buta mata hati terhadap tujuan Pusat Khidmat ini diwujudkan dikawasan lapang yang sekian lama terbiar.








Tuesday, July 13, 2010

Tahniah kepada Ahli Majlis..jawatan adalah AMANAH abai adalah KIANAT

Salam tahniah kepada semua ahli majlis samada yang baru dilantik mau pun yang kekal. Apa yang penting....K E R J A...... S A M A....dengan semua pihak. Termasuk kakitangan PBT dan juga permuafakatan bersama ahli-ahli majlis itu sendiri. Jangan pulak ada yang terlanjak buat-buat lupa diatas ahli majlis ada Ahli Parlimen & ADUN / Pengurusan DUN (JPD). Ada sesetengah ahli majlis merasakan seolah-olah ahli parlimen / ADUN atau Pengarah JPD tidak diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan masalah penduduk. Ini satu kesilapan besar, ia sepatutnya melibatkan semua peringkat, mereka adalah wakil rakyat, yang telah diberi undi untuk menjaga kebajikan serta membela nasib mereka. Jika berlaku sesuatu ketidakadilan keatas rakyat, pertimbangan bijak semestinya dilakukan, bukan mengambil kesempatan "bina empayar perniagaan" atau memberi sokongan terpilih kepada kroni. Jika ini berlaku , ianya sangat malang kepada Pakatan Rakyat,malah boleh menghancurkan kerajaan PR.

Demi semangat Pakatan, semua ahli majlis seharusnya berlapang dada apabila rakyat mengadu masalah kepada ahli majlis yang tidak bertugas dizon yang dijaga atau kepada ADUN, AHLI PARLIMEN,atau terus ke JPD dan lain-lain seumpamaya, yang penting masalah dapat diselesaikan. Yang mendapat manfaat ialah Pakatan Rakyat,kita bertugas bukan kerana parti atau jauh sekali bersifat pribadi tetapi lebih menjurus kepada semangat PAKATAN.
Ingatlah tugas yang digalas adalah amanah kerajaan negeri agar kita berkhidmat sebaik dan semesra mungkin demi meraih sokongan rakyat dengan matlamat yang sama.. mengekalkan kemenangan PR didalam PRU 13 dan seterusnya. Jika rakyat menilai kita sombong , bongkak...atau lembab maka undur sajalah, banyak lagi aktivis parti yang mungkin lebih hebat dari kita...yang boleh berkhidmat cemerlang membantu kemenangan Pakatan Rakyat dimasa depan. Jadilah diri anda sebagai hamba rakyat , bukan belagak "TUAN".sebaliknya kita adalah...khadam rakyat, sentiasa peka terhadap aduan serta berusaha semaksimanya untuk membatu bukan menekan!. Anda adalah sebahagian pempinan dalam masyarakat.
Rakyat sangat dahagakan bantuan serta pertolongan kita, oleh itu marilah sama-sama kita berjuang berkhidmat memandang rakyat dengan pandangan kasih sayang yang perlu dibelai dan dibela, BUKAN memandang bagaikan SRIGALA memandang mangsa... selamat bertugas bersama menjayakan misi dan visi kerajaan Pakatan Selangor. Kepada teman-teman diMPKJ. jadikan semua staf mpkj serta YDPnya sebagai satu keluarga, kita salin perlu memerlukan antara satu sama lain. Tiada perkerjaan yang boleh dilakukan keseorangan malaikan dengan muafakat, elak diri kita dari mendengar aduan sesat serta hasutan nescaya anda cemerlang mengibar panji-panji perjuangan Pakatan. Imej PR dibahu anda, staf mpkj adalah pengundi berdaftar, mereka juga ada hak atas kita....salam dari mantan ahli majlis mpkj, segala sukaduka selama 2 penggal sangat bermakna, lantaran mengarap kemantangan dalam manghadapi sejuta tribulasi perjuangan menghadapi cabaran seterusnya menjelang PRU13. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI..