Tuesday, December 13, 2011

perang JIHAD PRU 13

semua akhbar panas! media milik kerajaan saban hari menghemtam PR dengan berbagai cemuhan..media PR pula dedah segala salahlaku pemimpin umnobn. bertambah hangat lagi anak Toyo telah dijatuh hukum bersalah songlap duit rakyat Selangor. Tak kan teman dalam umno tak insaf lagi dengan berita yang memalukan umat melayu islam khususnya anak Selangor. Dulu si MamatTYson, pun pelari duit dan anak raja, siapa mereka ni ? umno juga. Kepada semua ahli umno Selangor amnya, marilah bersama PAS,kita sebangsa seagama....cukuplah dengan kejahatan dan penipuan pemimpin kalian tu, jangan jadi semacam pengikut ayahPIN, dah tahu sesat pun dok ikut juga...gunalah akal yang waras. Tiada ruginya bersama PAS, jangan jadikan kesombongan dan keangkuhan tuanpuan membutatulikan anda semua sehingga tak kenal lagi dah penyamun dengan penyangak. Lihatlah lanun-lanun yang merompak ratus juta wang rakyat...laporan audit negara sebagai bukti...tak kan itu pun dok bengong juga. Marilah kita bina Negeri Selangor, sebagai sebuah negeri yang berkebajikan,islam sebagai rujukan, rakyatnya bahagia mengimarah masjid dan surau...barulah yang dikatakan DEMOKRASI TERPIMPIN.....

Monday, November 21, 2011

MASA Untuk mengubah..BN kpd PR

semakin hari kita mengahampiri waktu untuk mengubah kerajaan yang penuh dengan pelbagai skandal dan penipuan kepada kerajaan yang telus dan adil untuk semua. Sudah lebih 50 tahun negara kita merdeka, rakyat tak habis-habis dihidangkan berita sensasi penyelewengan demi penyelewengan. Kini masa sudah tiba, untuk seluruh rakyat Malaysia menumbangkan gergasi tua Bn dan dilapah untuk disedekahkan kepada harimau-harimau dizoo negara.

Diantara penyelewengan MEGA yang dipelupori oleh kroni2BN yang melibatkan ratusan bilion ringgit wang rakyat:

- rm500juta skandal scorpene
- rm10ribu juta Kes Perwaja
- rm8bilion kerugian MAS
- rm4.632 bilion PKFZ ( Port Klang Trade Zone ).
-rm500ribu juta Pengunaan Wang KWSP
- rm250juta Sharizat dengan lembu2nya (Projek Fidlot)
- skandal Eurucopter

BELANJA lawatan PM & Rosmah:

- Tahun 2008 rm 1,739,332.85
-Tahun 2009 rm 4,811,837.48
- Tahun 2010 rm 5,140,307.99
- ....hingga JUN 2011 rm 5,427,172.26

Bermalam satu malam dihotel atlantis Dubai RM100,000.00 subhanallah....

jumlah nya....sendiri kira lah....

Kepada rakyat malaysia, fikir-fikirkanlah..jangan kita biarkan kemungkaran yang sangat dashat ini terus bermaharajalela dinegara tercinta ini.DEmi kesejahteraan anak bangsa kita serta semua kaum diMlaysia ini marilah bersama Pakatan Rakyat kita tegakkan sebuah kerajaan yang Adil Untuk Semua.

Tuesday, November 15, 2011

SAMPAH PEKAN BT18, Hulu Langat

Kepada mereka yang terlibat membuang sampah dikawasan ini,tolong fikirkan kesan pencemaran alam sekitar.Terutama pencemaran bau yang terpaksa dihadapi oleh penduduk sekitar. Disana terdapat kawasan perumahan dan kedai makan...sekarang disini sudah jadi lokasi pembiakan nyamuk dan lalat. Tikus-tikus dah lama membesar disini.Perkhidmatan mengangkut sampah tak tentu masa.Kekadangkala sampah mengunung,melambak ketepi sungai,dengan air busuk mengalir kesungai langat yang menjadi sumber minuman rakyat Selangor...fikir-fikirkan lah.............
pemandangan yang menjijikan....ditepi jalan utama menuju ke distinasi perkelahan....Pangson.
Baki sampah dikutip....sisa-sisa ini terbiar membusuk, mengotorkan bahu jalan,saban minggu ribuan pengunjung dari segenap pelusuk melalui jalan ini menuju ke distinasi perkelahan Sg.Congkak Pangson...
bila didesak,sampah dah mengunung barulah kontraktor datang memugut...itu pun baki sampah berselerak menjadi habuan binatang liar......penduduk terpaksa menyedut udara busuk yang tercemar.....SALAH SIAPA ? MPKJ.....KONTRAKTOR ? aduan telah dibuat kepada semua pihak berkenaan malangnya tiada tindakan tegas yang diambil. Masyarakat setempat sering mengadu..kesian mereka yang tinggal berdekatan...

Sunday, November 13, 2011

BANTAH TOL Cheras - KAJANG. sudah 12 tahun bebankan rakyat...penguna wajib warga DUN Dusun Tua.

Grand Saga SDn BHd memperolehi untung lumayan melebihi kos pembinaan yg bernilai RM286.49juta tambahan lagi bayaran pampasan yang BN bayar dengan mengiunakan wang rakyat dlm tempoh 12 tahun mencecah 105.15juta.


Kontrak perjanjian diklafikasikan sebagai dokumen sulit, yang membolehkan pihak tertentu memanipulasikan perjanjian kontrak ini sesuka hati mereka. YANG JADI MANGSA....adalah rakyat. penguna utama dan pembayar tetap tol adalah warga DUN Dusun Tua......sehari pergi balik sahaja rm2.00. sebulan? kalau dari BMC atau Kajang rm1.90x2= rm3.80 sehari x 26 hari=98.80x 12bulan = RM 1,185.60 ( BANYAK TU.....)

sekarang ni zaman semua harga barang naik....yang turun hanyalah hujan...kenaikan tarif eletrik tambah membebankan rakyat...nasib SElangor ditadbir oleh Pakatan Rayat, jika tidak syabas dah lama menaikkan tarif air ....apa lagi segala cukai yg perlu dibayar. Yang joli siapa..puak-puak kaum kerbat PM serta teman2 yang dapat projek....kroni2 umnoBN.
Kalau dilihat pada rautwajah anak remaja diatas ni,jelas ketidakpuasan hati dengan dasar kerajaan BN, dalam hatinya mungkin berkata kenapalah melayu ni yang susah sangat nak ganti kerajaan BN yang korap berkurap ni. Laporan audit jelas mendedahkan berjuta-juta wang rakyat dibazirkan oleh kroni-kroni umnoBn. nak tunggu apa lagi PRU 13 adalah tarikh keramat buat seluruh rakyat Malaysia....UBAH SEBELUM PARAH..BN REBAH RAKYAT GAH...

Pengobanan,Terkorban,Dikorbankan.....salah siapa? Fikir-fikirkanlah.......

Tunggu Korban....Aduan telah dibuat malangnya hingga ke hari ini belum ada sebarang tindakan...dibimbangi ada yang terkorban..jatuh menjunam kedalam sungai....JPS kena siasat. bertindak sebelum ada yang terkorban.
Terkorban....gara-gara sikap pekak terhadap kepentingan awam,akhirnya merugikan dan menyusahkan banyak pihak.Marilah sama-sama kita mendidik anak-anak kita agar tahu erti kasih sayang kepada apa jua hal berkaitan kepentingan awam..ianya bermula dari dlm rumah kita...
DIKORBANkan....tempat bersih menjadi kotor..lantaran sikap manusia yang tidak bertanggongjawab.ambil mudah tanpa memikirkan persekitaran..Inilah punca ades membiak angkara manusia yang cetek pemikirannya..musibahnya kepada manusia juga....
BERKORBAN...apa saja..demi untuk hidup,Tiada ibu didunia ini yang impikan kehidupan sebegini dihari tua.Anak yang dilahirkan dibuai dididik sebaiknya agar menjadi manusia berguna dihari muka. Lantaran ibu boleh menumpang kasih tempat berlindung disaat sebegini....bukan slah ibu mengandung....salah bapa kah?lu pikirlah sendiri....................DALAM MENCARI REDA ILLAHI KEKADANGKALA...KITA DIUJI..BERSABARLAH itulah hanya sedikit pengorbanan...

Merakyatkan Polis & Pimpinan Masyarakat pekan Bt14 Hulu Langat.






Keselamatan penduduk adalah diantara agenda utama kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor, penglibatan setiap pemimpin masyarakat dan angota keselamatan sangatlah mustahak bagi memastikan hasrat murni kerajaan negeri tercapai..bukan sekadar slogan semata-mata. Peningkatan kemasukan haram warga asing menyumbang kepada pertambahan jenayah disesuatu tempat. Tanpa kerjsama pasukan keselamatan seperti Pasukan RELA, KRT,Persatuan Penduduk, Ahli Majlis (MPP) dan Pemimpin masyarakat setempat sudah tentu kerja-kerja membasmi jenayah menjadi sukar. Alhamdulillah DUN Dusun Tua, khususnya Pekan Bt14 sangat bertuah kerana anggota Balai Polis Pekan Bt14 sangat perihatin dan sentiasa peka terhadap kehendak semasa.

Kepada yang mencari jalan keluar......kita patut membantu bukan menganggu...

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya Qurban 1432H.,banyak peristiwa yang tersurat dan tersirat. Hanya mereka yang mahu berfikir menghayati ajaran yang tersurat didalam alquran serta rajin bersama didalam majlis ilmu disurau - masjid, mendengar kupasan para ustaz berkaitan ibadah qurban akan memahaminya.Diantara pengorbanan yang besar ialah, meninggalkan segala amalan yang dilarang oleh Allah dan Rasul..dengan mendekatkan diri dengan Allah swt.

Hari ini ramai dikalangan artis-artis dinegara kita yang telah kembali kejalan Allah. mereka menyedari kesilapan yang lalu,alhamdulillah semoga Allah merahmati mereka semua, agar terus kekal beramal. Ada diantaranya menjadi pendakwah, membantu gerakan islam menyemarakkan lagi jihad dakwah. Kepada anda semua saya ingatkan, kuatkan kesabaran kerana uijian pasti hebat. terutama dikalangan mereka yang bernafsu syaitan,yang dengki,yang tak senang melihat perubahan anda, mereka ini lebih suka anda semua bergelumang dengan najis arak,pergaulan bebas serta kekal bermaksiat sampai mati.

Kenapa kita perlu ganggu mereka dengan cercaan, hinaan,mengungkit kesah-kesah silam yang hitam,perleceh dengan sindiran........sedangkan tindakan meninggalkan alam syaitan untuk kembali kejalan Allah adalah semulia-mulia pengorbanan. Mengorbankan amalan buruk bukan kerja senang tanpa pertolongan Allah...sesungguhnya Allah telah memuliakan mereka dengan anugerah...cahaya(nur)islam..yang dulunya gelap dilamunan syaitan. kepada artis-artis yang tersinggung dengan paparan ini saya minta maaf...marilah bersama teman-teman seperti suadara BOB LOKMAN,Akhir Hail,Sahara Yaakob, dan banyak lagi.........anda mampu mengubahnya sebelum mati datang menjemput...

Friday, October 21, 2011

KAUNTER BERGERAK PUSAT KHIDMAT (JPD) DUN DUSUN TUA SETIAP JUMAAT JAM 8 PAGI HINGGA JAM 11PAGI...tempat: Pasar pagi Sg Long




Bagi memastikan semua lapisan masyarakat berbilang kaum DUN Dusun Tua mengetahui dan menikmati berbagai skim mesra rakyat yang diperkenalkan oleh kerajaan negeri, Pusat Khidmat (JPD) DUN Dusun Tua membuka kaunter bergerak diPasar pagi Sg Long setiap hari jumaat bermula jam 8pagi hingga jam 11pagi. Sambutan dikalangan warga emas sangat mengalakkan. Kerja -kerja turun padang ini akan diteruskan sehingga PRU13 diumumkan,bukan sahaja disini tetapi akan diluaskan operasinya kesemua kawasan seperti, Taman Alam Jaya, Bandar Mahkota Cheras, Taman Nanding dan lain-lain lagi. program ini melibatkan ahli majlis, dan juga ahli parlimen Hulu Langat, YB DR Rossli Che Mat.







































































Monday, April 4, 2011

GENTING PERES (TANJUNG RAMBAI)..kini bercahaya..

Kampong orang asal yang lebih dikenali GENTING PERES (Tanjung Rambai) Hulu Langat DUN Dusun Tua tanpa eletrik lebih 50 tahun walau pun umnoBn berbangga Selangor maju tetapi masyarakat disini terpinggir jauh dari arus pembangunan. Namun kehidupan masyarakat orang asal disini bertuah.. apabila selangor ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat..Hari ini atas anisiatif kerajaan PR mereka sudah menikmati bekalan eletrik secara percuma.....mungkin yang pertama dlam negeri Selangor.............



Saturday, March 26, 2011

insaflah Melayu serta pimpinan negara.....



sekian lama, bermula daripada Tun Dr Mdhir sebagai pembuka kelambu liwat hinggalah ke hari ini, rakyat Mlaysia dipaksa mendegarnya melalu kaca tv saban hari hingga kini sekalian rakyat sudah mual mendengarnya. Ayam jaguh Tun yang bernama Najib dengan muka selamba membiarkan isu ini berlegar diseluruh pelusuk negara. Tukang dakwa, ahli nujum negara, hulubalang-hulubalang setia bentara, tok-tok yang bergelar ularmak pun angok patuh membenarkan.....tujuannya satu. KUASA....!!!!!!!!

Kepada mereka yang terlinbat "KONSPIRASI" serta T tiga abdul yang sesat lagi menyesatkan ini, dan juga kepada pengampu negara zulnodin serta rakan sepenjilatnya marilah kembali ke pangkal jalan.......sebelum nyawa kamu dicabut oleh malaikat maut.....