Kita baru sahaja menyambut Hari Raya Qurban 1432H.,banyak peristiwa yang tersurat dan tersirat. Hanya mereka yang mahu berfikir menghayati ajaran yang tersurat didalam alquran serta rajin bersama didalam majlis ilmu disurau - masjid, mendengar kupasan para ustaz berkaitan ibadah qurban akan memahaminya.Diantara pengorbanan yang besar ialah, meninggalkan segala amalan yang dilarang oleh Allah dan Rasul..dengan mendekatkan diri dengan Allah swt.
Hari ini ramai dikalangan artis-artis dinegara kita yang telah kembali kejalan Allah. mereka menyedari kesilapan yang lalu,alhamdulillah semoga Allah merahmati mereka semua, agar terus kekal beramal. Ada diantaranya menjadi pendakwah, membantu gerakan islam menyemarakkan lagi jihad dakwah. Kepada anda semua saya ingatkan, kuatkan kesabaran kerana uijian pasti hebat. terutama dikalangan mereka yang bernafsu syaitan,yang dengki,yang tak senang melihat perubahan anda, mereka ini lebih suka anda semua bergelumang dengan najis arak,pergaulan bebas serta kekal bermaksiat sampai mati.
Kenapa kita perlu ganggu mereka dengan cercaan, hinaan,mengungkit kesah-kesah silam yang hitam,perleceh dengan sindiran........sedangkan tindakan meninggalkan alam syaitan untuk kembali kejalan Allah adalah semulia-mulia pengorbanan. Mengorbankan amalan buruk bukan kerja senang tanpa pertolongan Allah...sesungguhnya Allah telah memuliakan mereka dengan anugerah...cahaya(nur)islam..yang dulunya gelap dilamunan syaitan. kepada artis-artis yang tersinggung dengan paparan ini saya minta maaf...marilah bersama teman-teman seperti suadara BOB LOKMAN,Akhir Hail,Sahara Yaakob, dan banyak lagi.........anda mampu mengubahnya sebelum mati datang menjemput...
No comments:
Post a Comment