Saturday, May 29, 2010

TAPAK KUIL INDIA DI NANDING...

April 2004 kawasan lapang ini yang terletak dibelakang petrol stesyen petronas Nanding,telah dipersetujui oleh kerajaan terdahulu umnoBN,sebagai tapak kuil. Hari ini anak-anak umno menjerit "jeritan batin" menolak kawasan ini sebagai tapak kuil. Saya nak ingatkan kepada penduduk2 sekitarnya,kita perlu TOLAK UMNOBN dahulu,baru lah segala masalah boleh selesai,sebab ? punca nya umno bn tidak mengambil kira kehendak penduduk terbanyak. sumber-sumber dari MPKJ menyatakan kawasan ini telah digazetkan sebagai tapak kuil oleh Pejabat Tanah Daerah Hulu Langat, maka tuan-puan sekelian kena lah bersabar......jangan terlalu ikut perasaan demi menghormati hak semua kaum...

Thursday, May 27, 2010

JUDI "HALAL" judi "haram" fahaman islam ala kerajaan BN.DEMO 28MEI DIMASJID BT14.PAKAT DATANG TANDA SOKONGAN PR-TOLAK BN.

JUDI SEMUA HARAM ! itu lah ajaran islam,kerana ianya boleh membawa kepada membunuh,mencuri, menyamun,merogol dan meruntuhkan rumahtangga yang sekian lama dibina. Semua agama dan juga semua kaum di Malaysia menolak judi kecuali Barisan Nasioanl atas alasan elak judi "haram" maksudnya DI MALAYSIA JUDI DIBOLEHKAN, SYARAT BERLESEN. Mana dia usaha kerajaan membasmi kegiatan yang tidak bermoral di negara ini setelah sekian lama merdeka?
SEPATUTNYA SEBAGAI SEORANG ISLAM YANG JADI MENTERI....fikir dan laksanakan....
1. Mencari jalan untuk menbasmikan apa-apa jua perjudian di negara ini.
2.Menguatkuasakan undang-undang yang sedia ada serta bertindak tegas kepada PENJUDI-PENJUDI.
3. Paling tidak memberi amran keras kepada kaki judi agar mematuhi undang2 bukan melunak menjinak memyemarak kaki-kaki judi.
4. Kuasa ditangan, sebagai penganut islam, fikir-fikirkan lah akan dosa,azab neraka serta larangan Allah dan Nabi Muhamad saw, berkaitan judi.
YANG HAIRAN....
Dimana suara tok mufti..cerdik pandai agama,jakim, majlis fatwa dan PESAKA atau PUAKA ! dalam menegak undang-undang islam yang dicabul oleh menteri siAWANG kelante ? takut atau setuju dengan candangan BN? kalau begini lah sikap puak ini,tak hairanlah kes-kes gejala soaial yang meningkat setiap hari....ini lah punca utama nya.
Apabila mereka-mereka yang diberi amanah menjaga AQIDAH UMMAH, menegak keadilan islam yang sebenar TUNDUK kepada pemerentah yang kufur lagi zalim,semata-mata nak jaga perut dan dibawah perut,maka sekarang saban hari ada saja tragidi buang anak hasil daripada zina perdana akibat daripada memperdanakan agenda hiburan....yang sememangnya digalak kan malah ianya sangat di minati oleh mereka yang bergelar PERDANA....
UNTUK RENUNGAN BERSAMA....
ITULAH.....Kerajaan BN, lain pula aqidah nya,beriman dengan cara menghalalkan judi demi menjana ekonomi negara, atau dengan lain contoh mudah, memberi lesen rumah pelacuran agar agar "zina haram"dapat dikurangkan,dalam masa yang sama zina tetap berterusan cuma ianya berlesen...Apalah bodoh sangat menteri umno dari Kelantan ini, dimana lah kewarasan nya? Kalau dulu hangit berjuang kalimah Allah, semacam kera berebut pisang, bagai anjing berebut tulang, kini bab judi bola semua puak2 bengong terpaku,bisu,membatu,mengkayu diri masing-masing. Khalifah islam hadari pun sama mengkayu....kalau puak-puak umno tak sedar lagi..dok masih jadi pak turut kepada tukang-tukang karut yang mengarut ini, benar lah kata pujangga kerengga..dulu...kini dan selamanya kami sedia tenggelam bersama.....
hidup bahagia tanpa judi

Friday, May 21, 2010

PUSAT ADUAN RAKYAT TMN.ALAM JAYA. CAWANGAN JPD DUSUN TUA

Diatas pefrmintaan semua kaum terutama orang cina dan india dikawasan ini,JPD Dun Dusun Tua, telah bersetuju untuk membuka satu lagi Pusat Aduan Rakyat di Taman Alam Jaya. Tujuan nya ialah bagi memudahkan masyarakat Taman Mudum & Alam Jaya serta kawasan yang berdekatan dengannya menyalurkan apa saja maklumat, serta aduan bagi membolehkan pihak JPD serta ahli majlis PR mengambil tindakan. Dengan kewujudan PAR dikawasan ini kita berharap dapat menangani masalah yanmg dihadapi oleh rakyat dengan lebih berkesan,sesuai dengan slogan Kerajaan Selangor MESRA- PRIHATIN - BERKEBAJIKAN.Pelancaran nya telah disempurnakan oleh YB DR Che Rosli Che Mat ahli parlimen Huli Langat. bersama Pengarah JPD.D.Tua.























































Thursday, May 20, 2010

PESTA BANJIR - LUMPUR DARI BUKIT....
















banjir datang lagi...membadai TAMAN SRI NANDING & KG. SG SERAI

Walau pun hujan hanya beberapa jam sahaja,ianya memadai untuk meresahkan sebahagian penduduk taman Sri Nanding dan juga Kampung Sungai Serai. 18 mei 2010, sebagai bukti betapa sistem saliran yang sekian lama terbiar tanpa diuruseliakan oleh pihak-pihak yang bertanggung jawab,sekian lama BN memerentah..diSelangor,apa yang JKKK buat ? YB-YB terdahulu (BN) apa yang anda fikirkan tentang rakyat di DUN Dusun Tua..Infra dikampung-kampung langsung tidak diurus dengan baik. dikalangan pemimpin umno cawangan dan bahagian, seolah-olah tidak memantau perkara ini. akhirnya penduduk yang terlibat menderita,kerosakan harta benda..
KINI ZAMAN PAKATAN RAKYAT....saya mengajak semua ketua kampung PR, agar bersama berusaha mengatasi masalah ini. JPD akan membawa isu ini terus kepada exco yang terlibat dan juga pihak Pejabat Daerah / JKR / MPKJ / JPS.
semoga Allah membantu memudahkan urusan kita. Kepada mangsa banjir,bersabarlah...PR akan terus berusaha agar perkara ini akan berakhir....














Guru & BELIA


JPD ( Jawatan Kuasa Pengurusan DUN Dusun Tua ) mengucapkan selamat hari guru dan seterus nya hari BELIA, kepada semua golongan pendidik dan juga anak muda (belia / beliawanis ) yang sememang menjadi harapan ibubapa dan juga negara.
Anda adalah pencorak warna kehidupan masyarakat berbilang kaum diMalaysia. GURU memikul tugas berat mendidik anak-anak bangsa agar menjadi insan yang yang ber-inovatif serta memiliki akalbudi yang tajam dalam menjana masa depan negara agar ianya lebih demokratik. Tanpa usaha yang gigih dikalangan guru,maka segala slogan-slogan indah memupuk perpaduan rakyat hanya tinggal nyayian semata-mata. Bagi melahirkan rakyat berjiwa merdeka bebas dari unsur-unsur negatif, Pemerentah lah yang mesti menunjukkan contoh tauladan..Tetapi kalau sipemerentah membudayakan hiburan terlampau,mengamalkan JUDI HALAL,mengasak telinga rakyat dengan memperkasakan hebahan finah L*wat keseluruh negara,menyogok rakyat untuk mengekalkan kuasa, mencelarukan ajaran islam dengan hadarinya, maka jahanamlah minda rakyat yang telah dicernakan oleh guru-guru,siang dan malam.
Mangsanya adalah BELIA, anak muda yang dahagakan ilmu dan bimbingan perdana dari insan bergelar pemimpin. Menteri-menteri menjerit agar anak muda kembali kepangkal jalan....masa yang sama segala makhluk perosak ditaja oleh pemerentah menyemarak aktiviti melalaikan jiwa anak muda. Mencegah mungkar amat kerdil berbanding program mengajak kepada amalan kufur....mana mungkin rakyat menikmati kemerdekaan sebenar. Bayangkan lah kalau isteri PM memakai tudung menutup aurat,PM pula sesekali meberi tazkirah meningatkan menterinya akan dosa membunuh,merogol,zina ,minum arak, judi, menfitnah dan lain-lain larangan Allah,maka sudah tentulah apa yang telah di lakukan oleh guru akan berhasil melahirkan anak muda yang berwawasan dunia & akhirat. Bagi melahirkan jenerasi cemerlang Kerajaan Pusat- Negeri - PBT - ketua-ketua kampung.mestilah berperanan ! bertanggung jawab mendidik masyarakat. Berpolitik demi memelihara masyarakat dari lalai terhadap janji Allah diakhirat....itulah Parti Islam SeMalaysia. dan harapan JPD Dusun Tua.

Sunday, May 16, 2010

PR MENANG di SIBU - DAP 398
















Tahniah dan syabas kepada semua petugas PR di SIBU. Terbukti warga Sibu gagal dilelong oleh BN. walau pun hanya menang tipis tetapi ianya adalah satu kemenang yang cukup bermakna kerana tawaran,sogokan,rasuah politik yang tak berkesudahan berakhir dengan jawapan rakyat kami mahu PR. Apakah dengan pilihan rakyat akan mengubah sikap kerajaan pusat terhadap kewajipan nya membantu Sibu dalam mengatasi masalah banjir yang tidak berkesudahan? Apakah solgan rakyat didahulukan hanya jika sokong BN.? tak undi bn bermakna rakyat dikemudian kan? sama-samalah kita lihat nanti...sandiwra opera yang akan dipentaskan oleh Bn kepada rakyat Sibu. Gelombang Sibu mesti di olah agar ianya terus bergerak menyeberangi lautan hindi membentuk sunami ke dua membadai semenanjung diPilihanraya ke 13 nanti. Kemenangan ini juga sebagai signal rakyat sudah celik dan sangat mengenali siapa Bn dan PM. Segala ungkapan tukang karut seperti izam,zul nordin,serta lanun-lanun seangkatan kapal dengannya menambah kebencian rakyat kepada Bn. tahniah..!!!!!!

Pekan bt9 H.langat .. API,AIR DAN KEMATIAN

* 14 mei 2010, Banjir kilat melanda pekan Bt9 cheras. tragidi ini bukan kali pertama, tetapi sudah puluhan kali,ini semua gara-gara pengondolan bukit,serta kerakusan BN mencabuli kawasan hijau yang sepatutnya digezetkan sebagai kawasan hijau SUNWAY CHERAS.
* Berhadapan Kem Polis PGA, suatu ketika dulu bukit hijau,kini gondol,gara-gara projek Pusat Latihan Polis. PADAHNYA.....banjir lumpur dihadapan tol saga. sengsara penguna jalan raya,yang dulunya tak pernah banjir. Bomba juga jadi mangsa mencuci lumpur atas jalan.Tahniah kepada sukarelawan bomba KRT sri serdang (C.K LIM ) yang bertungkus lumus membersih segala kotoran sampah.
* Kampung Padang...hasil projek 42bilion,saluran air dari Pahang,mencemari sungai congkak dan banjir lumpur melanda penduduk berdekatan..
* Kampung Kantan, Sg Takali, rumah saudara Imran diserang arus deras berlumpur hasil projek Kementerian Pendidikan...segala-galanya angkara keangkuhan kerajaan BN yang tak mempedulikan impak kepada alam sekitar. setiap kali hujan lebat, penduduk mula risau,menunggu penuh debaran, apa pulak bala akan menimpa.....
itulah praktikalnya RAKYAT diDAHULUKAN kena azab...lepas itu datanglah pegawai tukang "cover"....sadarlah aduhai kawan2ku.
TAKZIAH kepada keluarga bekas jaguh babminton negara Mr Foo Kok Keong,bapanya meninggal dunia petang ini.
Kebakaran kedai "klasik" mercu tanda pekan bt9, nyaris-nyaris Balai Polis bt9 tidak terbakar apabila tong gas meletup bagaikan peluru menerjah kauter balai..
tiada apa yang terselamat..hanya tinggal kenangan..
































Saturday, May 15, 2010

umpan DUIT PANCING UNDI undi rakyat- BN


Kalau memancing dilaut,umpan yang paling digemari ialah umpan hidup..kalau memancing di darat "undi PRK"ialah duit/projek. Ini umpan BN sejak mula merdeka hingga kini,dulu kini dan selamanya. Bayangkan kalau Bn rebah tersungkur menjilat pasir, terlentang menadah embun,dah tentu ghaib dibumi Malaysia tinggal sejarah lah ia agaknya. Rakyat sejak dari awal diajar dengan janji habuan wang ! malah BN menang atas dasar wang yang dijanjikan. PRK adalah medan terbaik menuntut wang sebanyak mungkin dari BN,minta saja lah apa pun pasti mencurah segalanya..SIBU,terkenal dengan banjir yang tak bermusim,setiap minggu, atau bulan mesti banjir..ini ke"unikan"yang membelit kehidupan penduduk di Sibu yang merdeka sekian lama. Terpinggir jauh tetapi BN langsung tak peduli,hari ini selepas kematian calon BN mencurah segala janji dan habuan untuk mengatasi keperitan penduduk Sibu, seolah-olah BN baru tahu yang mana penderitaan penduduk Sibu yang sekian lama menderita menghadapi banjir yang tak bermusim ini... KATA RAKYAT satu MALAYSIA.." kalau nak membangun sesuatu kawasan, kematian mana-mana YB adalah salah satu pemangkin kepada DANA PEMBANGUNAN MENCURAH MASUK, senang cerita ADUN meninggal adalah petanda "rezeki nak masuk".....







Friday, May 14, 2010

LAWAN TETAP LAWAN...sumpit sampai rebah..

Mengenali budaya berbilang kaum etnik di MALAYSIA serta menjana pendapatan masyarakat kampong tradisional... Perkampongan budaya SERAWAK, bolih dijadikan contoh..kerana berjaya menjana pendapatan lumayan dikalangan kaum etnik disana. Kebanyakan pelancong berminat untuk melihat dari dekat aktiviti kaum tempatan disana. Apa kurang nya di Hulu Langat, DUN Dusun Tua. Pelbagai budaya seperti Minang, Mendeling, Kerinci, Melayu, Jawa, Orang Asli,Cina dan India. Ianya bolih digarap sebagai PRODUK PELANCONGAN DUN D.TUA. Lokasi seperti Congkak dan Gabai adalah sangat sesuai,cuma penyedian tempat parkir yang luas serta jalan masuk perlu dilebarkan. Jabatan Hutan perlu berkerjasama dengan PBTdalam menjayakan industri pelancongan Hulu Langat. Langkah-langkah yang proaktif semua pihak yang terlibat sangat diperlukan, dengan mengenepikan segala perbezaan ideologi politik demi memajukan ekopelancongan serta menjana ekonomi penduduk tempatan. Dusun Tua memiliki segala yang diperlukan sebagai distinasi PELANCONGAN TERUNGGUL DI SELANGOR...dengan jarak hanya 25KM dari KL dan 20Km dari Pusat bandar Kajang- Puterajaya,ianya bakal menjulang nama Majlis Perbandaran Kajang...tidak hanya bergantung kepada satayyyyy....kajanggggggggggggg.













































TUN ZAKI & DATUK MD NOR (bekas Hakim) LAWAT SURAU DARUL HIDAYAH- masih memerlukan sumbangan anda.

Terima kasih kepada TUN ZAKI dan juga Datuk Mohd Nor (bekas hakim) kerana sudi menjengah perkampungan Darul Hidayah.Mudah-mudahan selepas ini tabung dana pembinaan surau akan bertambah serta mempercepatkan pembinaannya. Hari berganti minggu kini ianya semakin dimamah usia namun kutipan nya masih belum mencukupi. Kepada seluruh insan yang mengenali Darul Hidayah...HULUR LAH SUMBANGAN PELABURAN KEKAL ABADI..hubungi 019 2704432.. atau 016 3050363 mohamad jan.. SEmoga dengan kunjungan Tun,mengamit memori bekas2 pelajar IT yang suatu ketika dulu berTAMRIN disini, majoriti nya kini sudah berjawatan tinggi,untuk bersama menyumbang dana SURAU DARUL HIDAYAH..
Kepada semua penyumbang keluarga arwah Karim A.Aziz saya ucapkan jutaan terima kasih,balu arwah sudah sihat.Seluruh keluarga sangat terhutang budi diatas keperihatinan semua yang bersimpati,semoga Allah membalas dengan rahmatNYA yang berpanjangan.





Bergambar bersama Tun Zaki,Datuk Md Nor,dan Tuan Hj Yunus Bahari setiausaha Pembangunan Surau DH.




















Datuk MdNor dan Tun Zaki meninjau persekitaran Perkampungan DH.
















Friday, May 7, 2010

UMNO GUNA SEKOLAH - Program Showcase 1 Malaysia & Karnival Agro Hulu Langat

Puan Zarina Abd Majid Guru Besar SK Taman Cuepacs Bt9 Cheras..terang-terangan menjadi " mangsa" umno atau beliau sebagai petugas umno Bahagian Hulu Langat? membuat jemputan kepada ibubapa pelajar untuk menghadiri program anjuran umno Bahagia Hulu Langat. Tanpa rasa malu beliau bertindak membantu menjayakan aktiviti anjuran umno...KALAU LAH PAKATAN RAKYAT YANG BUAT KERJA SEBEGINI.....tak sampai satu jam guru ini akan dikenakan tindkan disiplin....di tukar ke Gua dipenuhi musang-musang......

Semua sekolah daerah Hulu Langat dikerah menjayakan program ini...itulahBN yang tersangatlah..... HIPOKRIT !
surat jemputan jelas menyatakan anjuran umno Bahagian Hulu langat.

















...Cucu saya kasi surat ini pada saya,tak patut umno guna sekolah..Delyganu




PROGRAM PENDEMOKRASIAN RAKYAT- 8 MAY2010

Tahniah kepada semua petugas-petugas.Demokrasi di Malysia sekian lama dicabul..sebut sajalah apa pun institiusi kerajaan,majoritinya musnah kerana BN yang berkepentingan demi mengekalkan kuasa memerentah,juak-juak BN sedia melakukan apa saja. Tiada lagi ketelusan,lihat saja lah isu royalti minyak Kerajaan negeri Kelantan, Terengganau, komision kapal selam,terkini telaga minyak "Brunei" dan macam-macam lagi yang melibatkan bebilion ringgit. Yang ruginya rakyat...tertipu oleh BN sekian lama. Ayuh ! berjuang tegak keadilan..Ianya tak akan berubah sekadar membilang-bilang kejengkilan BN tanpa bertugas sebagaimana yang diarahkan oleh pimpinan PR.