Thursday, January 19, 2012

parasit atau pelesit dlam luar parti...ada dimana-mana.

1-Mereka ini ibarat kutu, yang membawa serta menyebar penyakit kedalam sesuatu organisasi.akibatnya kadangkala boleh membawa maut...terkuburnya sesuatu organisas.

2-Mereka akan berusaha menyelewengkan hala tuju asal dalam sesuatu organisasi,agar sesuatu organisasi itu mengikut kehendak dan citarasa mereka bagi memenuhi hasrat dan cita-cita serta matlamat peribadi mereka.

3- Bijak berselindung disebalik kata-kata serta slongan perjuangan, laungan mereka seoalah-olah "inilah Pejuang yang hakiki" berjuang kerana bangsa serta pembela nasib agama..Yang Tok Guru, serta para alim ulamak terdahulu kini dan selamanya dok berjuang dalam pas......itu kurang menepati.....tersasar....dan berbagai-bagai tanggapan songsang!!!!!

4- Berwajah selamba...sering terselit dicelah-celah pimpinan tertinggi...maknanya, orang ini licit mencari ruang dan peluang publisiti....media mejadi medan utama.

5- Ceritanya...hebat, dipentas bagaikan naga...dibawah pentas bagaikan singa..meratah bangkai menjilat najis..

awass!....kepada semua pendokong PR, jangan kita lalai sehingga terperangkap dan terjerat..perjalanan kita masih berliku,tanda kemenangan sudah kelihatan..teruskan langkah anda..kembali taat kepada pimpinan ulamak..mereka pemimpin dunia akhirat kita.








Saturday, January 7, 2012

BEBAS ANUAR - PAS berjiwa besar bersandarkan akhlak jemaai

Esok adalah hari penentu buat DSAI, samada berjuang dimedan atau dalam tahanan...apa pun sebagai pejuang,lawan tetap lawan!.serangan daripada pihak musuh semakin ketara,risalah-risalah fitnah bertebaran dibastop-hulu langat,selagi isu ini dipanaskan oleh media-media perdana milik kerajaan,selagi itulah dosa fitnah akan merebak bagaikan api membakar daun-daun kering.Mereka yang tidak tahu menahu pun mengulas bagaikan jaguh politik, dari seorang ahli akademik sehingga warga pencen kaki borak kedai kopi diceruk kampung. Ya Allah berikan mereka hidayah....
Kepada warga PAS, saya ucapakan jutaan tahniah,anda hebat dan berjiwa besar. Kita semua tahu dan tersangat tahu betapa terlukanya hati pempinan PAS disuatu ketika dahulu. semasa DSAI berada dalam umnobn, beliau selaku pemimpin no dua dalam umno mengutuk, mengejek dan menghina dasar-dasar pas terutamanya negeri Kelantan. Kenapa? kerana pertahankan BN, hari ini sdr Zulkifli Nordin, menjilat segala tuduhan dan tomahan terhadap PM. kenapa ? hanya Allah jua lah yang tahu. Hentam PAS, DAP dan PKR...apa yang diperjuangkan oleh PR semuanya palsu belaka.( dulu semua benar)....Inilah perjuangan, bukan mudah ianya terpaksa melalui liku-liku yang tajam kekadangkala tersungkur rebah ditegah jalan.
Apabila berjemaah atas dasar islam, serta melalui proses tarbiryah, tamrin, usrah dan lain-lainnya maka akhlak terbilang para nabi dan rasul serta para mujahidin terdahulu menjadi ikutan. Tiada dendam kesumat yang tersirat dilubuk hati terhadap lawan yang kini menjadi teman. Apa lagi dalam keadaan DSAI berada dalam keadaan tertekan, yang menekan adalah musuh kita bersama yang licit dengan segala tipu muslihat, maharaja kospirasi yang merampas kerajaan sah pilihan rakyat negeri perak. Maka sudah sewajarnyalah seluruh ahli PAS serta para penyokong PR dinegara ini turun memberi sokongan moral kepada DSAI pada esok pagi 9 jan 2012.
Kepada teman-teman PKR anda semua jangan mudah lupa jasa PAS sejak mula DSAI dilempar keluar BN, pas lah yang awal menerima melindungi dengan penuh kasih sayang. Sehingga DSAI berjaya membentuk parti. Setiap roadshow DSAI keseluruh negara PAS lah sebagai keluarga angkat, termasuk dalam PRU tak kira umum atau kecil. Warga PAS lah yang berkorban apa saja demia perjuangan menegakkan sebuah negara yang adil kepada semua kaum.
Semoga segala lingkaran sejarah hitam dan putih yang menyelubungi setiap detik perjuangan PR dulu kini dan selamanya menjadi asam garam mematangkan kita semua yang berada dalam bahtera PR...Ingatlah saudaraku selagi perjuangan kita ini bersandarkan sifat ikhlas....selagi itu kita akan kekal belayar bersama.
Tak lama lagi PRU13.....kepada semua pimpinan tertinggi, jangan bergaduh pasal calon pulak....

Wednesday, January 4, 2012

MESRA,PRIHATIN,SANTUNI RAKYAT bersama YB DR Che Rosli & Penyelaras DUN Dusun Tua sdr Md.Jan

Penyelaras DUN Dusun Tua,bersama YB dr Che Rosli serta SUK JPrD DUN Dusun Tua,santuni rakyat disamping menyampai sumbangan....KG BT17 Dusun Tua Hulu langat.






Tak kira dimana dan siapa mereka, sebagai wakil rakyat yg dipilih 2008,Yb Dr Che Rosli sentiasa mengambil berat permasalahan penduduk dibawah Parlimen Hulu Langat. Berbekalkan sedikit buah tangan dan sedikit duit belanja beliau menziarah warga emas dikampung bt16,Dusun Tua.

SAMBUTAN KRISMAS PERINGKAT HULU LANGAT








Turut hadir bersama YB DR ROSLI CHE MAT ahli parlimen Hulu Langat..kepada peduduk Sungai Long diucapakan selamat tahun baru