Kepada warga PAS, saya ucapakan jutaan tahniah,anda hebat dan berjiwa besar. Kita semua tahu dan tersangat tahu betapa terlukanya hati pempinan PAS disuatu ketika dahulu. semasa DSAI berada dalam umnobn, beliau selaku pemimpin no dua dalam umno mengutuk, mengejek dan menghina dasar-dasar pas terutamanya negeri Kelantan. Kenapa? kerana pertahankan BN, hari ini sdr Zulkifli Nordin, menjilat segala tuduhan dan tomahan terhadap PM. kenapa ? hanya Allah jua lah yang tahu. Hentam PAS, DAP dan PKR...apa yang diperjuangkan oleh PR semuanya palsu belaka.( dulu semua benar)....Inilah perjuangan, bukan mudah ianya terpaksa melalui liku-liku yang tajam kekadangkala tersungkur rebah ditegah jalan.
Apabila berjemaah atas dasar islam, serta melalui proses tarbiryah, tamrin, usrah dan lain-lainnya maka akhlak terbilang para nabi dan rasul serta para mujahidin terdahulu menjadi ikutan. Tiada dendam kesumat yang tersirat dilubuk hati terhadap lawan yang kini menjadi teman. Apa lagi dalam keadaan DSAI berada dalam keadaan tertekan, yang menekan adalah musuh kita bersama yang licit dengan segala tipu muslihat, maharaja kospirasi yang merampas kerajaan sah pilihan rakyat negeri perak. Maka sudah sewajarnyalah seluruh ahli PAS serta para penyokong PR dinegara ini turun memberi sokongan moral kepada DSAI pada esok pagi 9 jan 2012.
Kepada teman-teman PKR anda semua jangan mudah lupa jasa PAS sejak mula DSAI dilempar keluar BN, pas lah yang awal menerima melindungi dengan penuh kasih sayang. Sehingga DSAI berjaya membentuk parti. Setiap roadshow DSAI keseluruh negara PAS lah sebagai keluarga angkat, termasuk dalam PRU tak kira umum atau kecil. Warga PAS lah yang berkorban apa saja demia perjuangan menegakkan sebuah negara yang adil kepada semua kaum.
Semoga segala lingkaran sejarah hitam dan putih yang menyelubungi setiap detik perjuangan PR dulu kini dan selamanya menjadi asam garam mematangkan kita semua yang berada dalam bahtera PR...Ingatlah saudaraku selagi perjuangan kita ini bersandarkan sifat ikhlas....selagi itu kita akan kekal belayar bersama.
Tak lama lagi PRU13.....kepada semua pimpinan tertinggi, jangan bergaduh pasal calon pulak....
No comments:
Post a Comment