Sunday, February 26, 2012

Ceramah Maulidul Rasul di Taman Pekasa






Sekiranya kita menyambut Maulidul Rasul kerana cinta kepada batang tubuh nabi S.A.W makaapa bezanya kita dengan Abu Lahab? Sedangkan kalau dibandingkan dengan Abu Lahab sudah tentu beliau lebih utamakan kerana beliau sanggup mengorbankan 100 ekor unta merah dan membebaskan hamba yang paling disayanginya

Sedangkan kita dituntut selain cintakan kepada nabi kita juga perlu akur dengan peringatan dan ajarannya. Islam yang dibawa, syariah yang diperintahkan dan hadith yang disampaikan... Buktikan kecintaan anda kepada nabi dengan menjunjung segala yang dibawa dan kekalbersamanya. pekara ini lah yang di sampaikan oleh ustaz Syakirin pada majlis Ceramah Maulidul Rasul di Taman Pekasa, ceramah ini telah di buat di kawasan halaman rumah Yaakob Lias, majlis Ceramah itu turut dihadiri Pengarah Pengurusan Dun Dusun Tua iaitu Saudara Mohamad Jan Bin sulong yang turut memberi ucapan alau-aluan pada Majlis itu, beliau mengatakan penghargaan kepada semua hadirin kerana sudi menghardiri Cerama ini. turut hadir YB DR Che Rosli Che mat Ahli Parlimen Hulu Langat.

Monday, February 20, 2012

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL DI KAMPUNG PADANG MERIAH

DUSUN TUA: maulidul rasul merupakan sambutan yang disambut oleh semua umat islam di seluruh dunia khususnya di Malaysia bagi tujuan untuk memperingati peristiwa kelahiran Nabi junjungan kita iaitu Nabi Muhammad S.A.W, sambutan yang gilang gemilang disambut oleh seluruh umat islam didunia ini bagi memperingati peristiwa kelahiran Baginda tidak terkecuali juga warga penduduk kampung padang yang meraikan kelahiran Baginda dengan menganjurkan majlis sambutan maulidul rasul. Majlis bermula dengan perarakkan dari dewan kampung padang sehingga ke masjid kampung

padang, perarakkan ini juga turut disertai oleh Pengarah Pengurusan Dun Dusun Tuan iaitu Saudara Mohamat Jan Bin Sulong dan dihadiri oleh lebih daripada 400 orang yang menyentai perarakkan ini. Sepanjang perarakkan, semua para perserta perarakkan berselawat keatas Nabi Muhammad S.A.W sebagai tandan memperingati kelahiran Baginda. Selepas selesai perarakkan,


diteruskan dengan bacaan doa oleh imam masjid Kampung Padang bagi memohon keredaan kepada allah agar dilancarkan majlis, disusuli selepas itu dengan Bacaan ayat suci al-quran yang
hadirin disajikan dengan jamuan ringan sebelum acara seterusnya dimulakan, selepas itu, majlis

dibaca oleh adik Abdur Rahim daripada sebuah mahat tahfiz berdekatan. Majlis diteruskan dengan persembahan nasyid dari para pelajar Sekolah Rendah Agama Kampung Padang dengan menyembahkan 2 persembahan, persembahan anak-anak kecil menyerikan lagi majlis pada hari itu. Sejurus selepas itu, maljis diteruskan dengan ucapan Pengarah Pengurusan Dun Dusun Tua, Saudara Mohamad Jan Bin Sulong, beliau mengajak semua umat islam supaya mencontohi

keperibadian Nabi Muhammad S.A.W yang memilikki sifar jujur, amanah , dan fatonah. Selain

itu, beliau juga mengajak bahawa semua umat islam mengambir iktibar daripada

peristiwa keliahiran Nabi Muhammad S.A.W supaya kita sentiasa mengingati Baginda. Tidak lengkap jika majlis sambutan maulidul rasul kalau tidak disajikan ceramah maulidul rasul, pada sambutan

maulidul rasul di kampung padang ini penganjur telah menjemput penceramah daripada tahfiz zaharah iaitu Ustaz Wahid Zainol Abidin, beliau menyampaikan ceramah yang bertajuk keperibadian Nabi Muhammad contoh teladan yang

baik. Sebagai penutup majlis sambutan ini,

pihak penganjur menyampaikan sedikit cenderahati kepada Pengarah Pengurusan Dun Dusun Tua Saudara Mohamad Jan

Sulung sebagai tanda terima kasih

kerana sudi menghadiri majlis

sambutan maulidul rasul di kampung padang, sebelum bersurai para hadirin berselawat

beramai-ramai sebagai tanda rasa kecintaan kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W


serta para hadirin disajikan dengan makan tenga hari.