Sunday, February 26, 2012

Ceramah Maulidul Rasul di Taman Pekasa






Sekiranya kita menyambut Maulidul Rasul kerana cinta kepada batang tubuh nabi S.A.W makaapa bezanya kita dengan Abu Lahab? Sedangkan kalau dibandingkan dengan Abu Lahab sudah tentu beliau lebih utamakan kerana beliau sanggup mengorbankan 100 ekor unta merah dan membebaskan hamba yang paling disayanginya

Sedangkan kita dituntut selain cintakan kepada nabi kita juga perlu akur dengan peringatan dan ajarannya. Islam yang dibawa, syariah yang diperintahkan dan hadith yang disampaikan... Buktikan kecintaan anda kepada nabi dengan menjunjung segala yang dibawa dan kekalbersamanya. pekara ini lah yang di sampaikan oleh ustaz Syakirin pada majlis Ceramah Maulidul Rasul di Taman Pekasa, ceramah ini telah di buat di kawasan halaman rumah Yaakob Lias, majlis Ceramah itu turut dihadiri Pengarah Pengurusan Dun Dusun Tua iaitu Saudara Mohamad Jan Bin sulong yang turut memberi ucapan alau-aluan pada Majlis itu, beliau mengatakan penghargaan kepada semua hadirin kerana sudi menghardiri Cerama ini. turut hadir YB DR Che Rosli Che mat Ahli Parlimen Hulu Langat.

No comments: