Monday, October 18, 2010

JAKIM pantau kualiti khutbah disemua masjid Wilayah KL- Dato Sri Jamil Khir Baharom

Alhamdulillah...sejak kemenangan PR diSelangor khutbah jumaat cukup betenaga malah berjaya menyegarkan mata jemaah.Ianya sarat dengan motivasi serta cerita tauladan mengaitkan isu semasa menjadikan lontaran isi khutbah menusuk hati yang lalai serta membuka mata yang layu dan kuyu. Ini lah "berkhutbah" bukan sekadar BACA risalah khutbah...
Tahniah kepada Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hasil daripada kemenangan PR. Jika rakyat Selangor mahu kekalkan khutbah berkualiti sebegini....kemenangan PR wajib dipertahankan dengan apa saja.Tanpa kuasa politik fungsi masjid akan kembali layu.....
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...lain pula caranya..khutbah2 mereka tersasar jauh daripada isu sosial yang melingkari masyarakat KL..isu zina,kelab malam,pergaulan bebas,kebanjiran warga asing bersama budaya separuh bogel di kawasan Bukit Bintang Plaza, semua ini TIDAK menjadi isu kepada pentadbir agama Wilayah Persekutuan..sepatutnya dimimbar masjidlah bergegar suara khatib mengingatkan jemaah, agar memerangi ledakan jahiliah yang melanda KL hari ini.........pak-pak menteri bagaikan buta mata hati!

Monday, October 4, 2010

150ekar TANAH SG.TAKALI SEDANG DIGONDOL UNTUK PROJEK....JUAL LOT

PUASAT KHIDMAT JPD DUN DUSUN TUA,menerima aduan daripada Ketua Kampung Tekali Hj Hamzah Harun - tanah seluas 150 ekar sedang di usahakan oleh pihak tertentu untuk pecah lot (2 ekar satu lot) akan dijual rm150k/satu lot. Persoalannya macamana tanah seluas ini boleh diusahakan oleh syarikat milik bukan bumiputera ditengah-tengah hutan belantara Sg Takali, kawasan rezab Melayu. Menurut penduduk tempatan Sg Tekali itu adalah kawasan hutan simpan....

TINDAKAN TEGAS MESTI DIAMBIL SEKIRANYA INI SATU PENCEROBOHAN..MPKJ-JPS- PEJABAT TANAH HULU LANGAT-JAB.ALAM SEKITAR.















Sunday, October 3, 2010

KEMELUT RASUAH MELINGKARI "JERUNG" KERAJAAN BN....negara menuju kehancuran...

ISU RASUAH...telah lama diperkatakan disana sini. Ianya melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang menjadi "lubuk buat duit" contohnya PDRM,Imigresen,JPJ, PUSPAKOM, Majlis Perbandaran dan lain-lain yang seumpamanya. Ini diantara yang terancak dan mudah buat duit.
HABUAN RM33,600.00 seminggu yang melibatkan Pegawai Imigresen tajuk utama Utusan Malaysia hari ini terbukti sekian lama bualan pengulas isu semasa kedai kopi..."jerung2 besar dah lama terlibat dan ianya perlu dihapuskan dan dikenakan tindak yang berat" jika tidak segala usaha menegak keadilan di Malaysia akan gagal dan hanya solgan saja lah. Mereka "penyamun berlesen" ini sangat licik menjalankan operasi, bertahun-tahun gagal dikesan oleh pihak yang bertanggung jawab, sebab yang melakukan jenayah itu pun serumpun dengan yang menyiasat. Lihatlah kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, sipembunuh memang pro..jika penyiasat tak pro..maka sia-sialah kerja PDRM siang dan malam(mandi lumpur). Saya kira hukuman yang dikenakan terlalu ringan, tidak cukup untuk mengajar sipenjenayah. Selagi negara tidak kembali kepada hukuman atau peraturan alquran- hadis dalam mengurus tadbir negara, selagi itulah jenayah dinegara ini gagal dibenteras. Rakyat sedang menilai dan memerhati kes pembunuhan ala mafia Atantuya yang melibatkan kakitangan polis dan sibapak jerung, hingga kini ianya bebas kesana kesini...Rasuah jutaan ringgit yang melibatkan pemimpin-pemimpin atasan sepi tanpa berita. Untuk menyelongkar lebih jauh lagi serta mendakwa penyangak2 ini .dimahkamah...saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia akan memilih PAS sebagai wadah perjuangan bagi membela yang hak dan meleburkan ketidakadilan. KIta sudah mual mendengar kes-kes rasuah yang akhirnya mereka yang ditangkap ...lepas bebas dengan alasan yang tak munasabah...sebgai contoh apa yang belaku kepada seorang wakil rayat negeri 9- sipenyamun dah masuk perangkap,duit ditangan, kiri kanan ada pegawai SPRM siap rakam lagi tu...pun terlepas....apa sudah jadi dengan si pembelot yb-yb diPerak? pun akhirnya terlepas bebas.......adakah mereka kebal dengan undang2 negara? apa erti nya ini semua? kesian SPRM....bertungkus lumus siang malam mengumpul bukti....akhirnya sia-sia....saja. Semoga Allah memberi ganjaran yang tiada hadnya didunia akhirat kepada mereka yang ikhlas melaksanakan tugas amal maaruf nahi mungkar TAHNIAH SPRM !