Monday, October 18, 2010

JAKIM pantau kualiti khutbah disemua masjid Wilayah KL- Dato Sri Jamil Khir Baharom

Alhamdulillah...sejak kemenangan PR diSelangor khutbah jumaat cukup betenaga malah berjaya menyegarkan mata jemaah.Ianya sarat dengan motivasi serta cerita tauladan mengaitkan isu semasa menjadikan lontaran isi khutbah menusuk hati yang lalai serta membuka mata yang layu dan kuyu. Ini lah "berkhutbah" bukan sekadar BACA risalah khutbah...
Tahniah kepada Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hasil daripada kemenangan PR. Jika rakyat Selangor mahu kekalkan khutbah berkualiti sebegini....kemenangan PR wajib dipertahankan dengan apa saja.Tanpa kuasa politik fungsi masjid akan kembali layu.....
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...lain pula caranya..khutbah2 mereka tersasar jauh daripada isu sosial yang melingkari masyarakat KL..isu zina,kelab malam,pergaulan bebas,kebanjiran warga asing bersama budaya separuh bogel di kawasan Bukit Bintang Plaza, semua ini TIDAK menjadi isu kepada pentadbir agama Wilayah Persekutuan..sepatutnya dimimbar masjidlah bergegar suara khatib mengingatkan jemaah, agar memerangi ledakan jahiliah yang melanda KL hari ini.........pak-pak menteri bagaikan buta mata hati!

No comments: