Saturday, May 15, 2010

umpan DUIT PANCING UNDI undi rakyat- BN


Kalau memancing dilaut,umpan yang paling digemari ialah umpan hidup..kalau memancing di darat "undi PRK"ialah duit/projek. Ini umpan BN sejak mula merdeka hingga kini,dulu kini dan selamanya. Bayangkan kalau Bn rebah tersungkur menjilat pasir, terlentang menadah embun,dah tentu ghaib dibumi Malaysia tinggal sejarah lah ia agaknya. Rakyat sejak dari awal diajar dengan janji habuan wang ! malah BN menang atas dasar wang yang dijanjikan. PRK adalah medan terbaik menuntut wang sebanyak mungkin dari BN,minta saja lah apa pun pasti mencurah segalanya..SIBU,terkenal dengan banjir yang tak bermusim,setiap minggu, atau bulan mesti banjir..ini ke"unikan"yang membelit kehidupan penduduk di Sibu yang merdeka sekian lama. Terpinggir jauh tetapi BN langsung tak peduli,hari ini selepas kematian calon BN mencurah segala janji dan habuan untuk mengatasi keperitan penduduk Sibu, seolah-olah BN baru tahu yang mana penderitaan penduduk Sibu yang sekian lama menderita menghadapi banjir yang tak bermusim ini... KATA RAKYAT satu MALAYSIA.." kalau nak membangun sesuatu kawasan, kematian mana-mana YB adalah salah satu pemangkin kepada DANA PEMBANGUNAN MENCURAH MASUK, senang cerita ADUN meninggal adalah petanda "rezeki nak masuk".....







No comments: