Saturday, July 17, 2010

Isu Pondok (G&G)kawalan diTaman-taman- pandangan mantan ahli majlis MPKJ

Mengulas isu yang yang dibangkitkan oleh YB Hannah Yeoh Tseow Suan dari Subang Jaya, berkaitan pondok Kawalan Keselamatan / tutup jalan diTaman-taman,sememangnya disesetengah tempat amat merimaskan penduduk kerana sana sini tutup jalan,bagaimana jika belaku kebakaran? kalau dulu ada jalan keluar,sekarang terpaksa pusing U...jalan disediakan untuk kemudahan pembeli rumah,malang nya ian gagal dimanfaatkan..ini diantara rungutan penduduk yang lemas dengan kawalan sana sini...macam darurat. Aduan yang diterima diPusat Khidmat JPD Dusun Tua misalnya,mereka rata-rata mengatakan kami tidak berrsetuju tutup jalan sana sini atas alasan keselamatan kerana ianya merumitkan laluan yang dulunya sebagai laluan altenatif memberi kemudahan kepada penduduk. Ada juga dakwaan khabarnya pihak persatuan sengaja ingin mengadakan pondok kawalan bagi menjana pendapatan...kalau satu taman ada tiga ratus buah rumah (300 x rm70.00 sebulan = rm21,000.00 sebulan) bayar kapada pengawal...???? berapa untung nya..kemana duit ini di gunakan ? ada kah dibentangkan dalam mesyuarat persatuan.....perkara sebegini sering menjadi bualan penduduk.

2- Syarat untuk mengadakan pondok kawalan mesti dipamirkan (hebahan) melalui bener untuk bantahan penduduk...ini pun satu hal juga,bila ditanya kenapa penduduk tak bantah dari awal ? jawapan yang sering diberitahu...kami tak perasan, ada benarnya penduduk sibuk dengan urusan kerja mungkin tidak sedar "hebahan yang bakal menjerat penduduk sendiri"..

3- Saya mencadangkan agar pihak Majlis Perbandaran mesti mengendalikan sendiri undian dan pastikan mereka yang tinggal ditaman itu saja yang layak mengundi.,bukanya diserahkan kepada Ahli majlis dan Persatuan yang menguruskan undian penduduk. Langkah ini bagi menjamin ketelusan dan keadilan untuk semua pihak. Jika tidak, ada pihak yang akan menimbulkan berbagai keraguan terhadap ahli majlis, persatuan penduduk dan juga terhadap penduduk itu sendiri. Kita mesti elakkan daripada pertelingkahan dikemudian hari, kerana ianya merugikan dan memalukan semua pihak. Kita juga tidak mahu, ada pihak tertentu mengambil kesempatan untuk buat duit dalam hal ini. Sesetengah tempat persatuan penduduk bertindak ala ganster dalam usaha memaksa penduduk mengikut kehendak mereka....ini semua fasal wang....kita bimbang nanti timbul tuduhan mengatakan ahli majlis bersekongkol...buat duit melalui G&G...(cegah sebelum menanah membarah).

4- Bagi mengelakkan tuduh menuduh yang bukan-bukan....pihak Majlis Perbandaran mesti memainkan peranan utama, turun padang dengar sendiri keluhan hati penduduk..adakan pertemuan dengan semua penduduk tanpa kehadiran ahli majlis atau ahli-ahli persatuan...atau PBT mengadakan "pilihanraya kecil" ditaman berkenaan...yang dikendalikan oleh Majlis Perbandaran....ia akan lebih telus dan adil...untuk semua pihak. Apa yang dicadangkan ini demi untuk kebaikan semua pihak. Yang paling penting...setiap keputusan yang telah dicapai selepas itu, dihormati semua pihak.

1 comment:

Saupi Azran bin Muhamad Tamjis said...

Jangan lepas ni institusi kampung pulak buat format yang sama, kes naya...