Saturday, April 10, 2010

MASJID PEKAN BT14.PUSAT DAKWAH DUN DUSUN TUA

Sekian lama diperkatakan disegenap pelusuk negara,GEJALA SOSIAL !
Hari ini wabak GS telah merebak serta menjangkiti semua manusia tanpa mengenal usia. Hampir setiap hari, berita hangit seperti isteri mengzalimi suami,suami bunuh isteri,bunuh diri kerana isteri,isteri curang, sex bebas dikalangan remaja, anak bunuh bapa,rogol isteri, buang bayi, dan macam-macam cerita lagi yang hangit dan hangus ! terbaru, nyaris anaknya tak maut dilibas parang gara-gara hajat bersetubuh tak kesampaian.
Segala fenomena diatas adalah berpunca daripada AQIDAH & kefahaman ajaran ISLAM yang rapuh. Sesungguhnya segala trajidi ngeri diatas boleh diubati hanya dengan kemantapan iman dan memahami islam secara amali. Masjid pekan Bt14,mengisi kekosongan ilmu dengan jadual kuliah setiap malam dan juga pada setiap pagi ahad dengan KULIAH DUHA. Guru-guru nya terdiri daripada lepasan al Azhar Mesir, Jordan dan lain -lain universiti didunia.tetapi malangnya...penduduk sekitar sangat liat untuk hadir. Ini lah waktu nya semua penduduk tanpa mengira apa jua fahaman politik untuk bersama-sama di MAJLIS ILMU. majlis yang sangat disukai olih para malaikat dan Allah swt. Ingat lah pesanan Nabi Muhamad saw, hanya dengan ilmu saja lah yang boleh menyelamatkan kita serta zuriat kta daripada wabak GEJALA SOSIAL dan sambaran api neraka Allah kelak...sesungguhnya hidup ini hanya menunggu saat kematian..Bila kah giliran kita? FAKTA JPD Dusun Tua: dari Bulan Januari hingga April 2010 sudah hampir 45 orang yang meninggal dunia tanpa mengira usia...KITA BILA?
Datanglah beramai-ramai disetiap masjid yang ada majlis ilmu.Dalami lah ajaran islam serta beramal lah dengan nya.

No comments: