Friday, February 5, 2010

SMS BERHANTU SELEPAS PENGARAH JPD DUSUN TUA BERTUKAR

Salam persahabatan kepada semua teman-teman sepejuangan PR Dusun Tua.
Berwaspadalah agar kita tidak terjebak dengan perangkap syaitan. Jadilah hamba Allah yang reda dengan ketentuan ILLAHI,bukan merapu tak sedar diri kelak kita juga yang rugi.Apa yang dicari...bukan syafei atau razali..tetapi INTEGRITI JPD.Bersama kita membolosi sifat dengki dan irihati,kita bina jatidiri, perkasa parti, tambah ahli dalam setiap program parti sana sini.Betaqwalah...saudaraku,jangan mendomba menjaja cerita-cerita palsu takut nanti marah Allah..mulut terkatup jadi bisu..maluu...kata panglima jihad..jangan nanti bergelar PANGLIMA JAHAT,Sukar nak berubat kecuali jika sanggup telan ubat kelat ramuan sakai empunya cawat.INGAT ADUHAI SAHABAT..pesanan Nabi kita jadi perawat kepada nafsu jahat..MAKSUD HADITH NABI SAW: riwayat imam Ad-Dailami dlm kitabnya AL-FIRDAUS.

Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang sukar:

1- MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA
2- MUNAFIQ YANG BENCI KEPADANYA
3- KAFIR YANG MEMERANGINYA
4- SYAITAN YANG MENYESATKANNYA
5- NAFSU YANG SERING BERTARUNG UNTUK MENGALAHKANNYA (AJAK BUAT JAHAT)

mudah2an Allah melindungi kita semua - alqolam

1 comment:

Majlis Tindakan DUN N-23 Dusun Tua said...

Wadus, sadis...

Visi PR buat sekelian rakyat
utamakan kebajikan itu matlamat
membela nasib elak merempat
majukan ekonomi tinggikan martabat

Di N-23 MTD bersilat
berjuang penuhi segala amanat
masa yg panjang tinggal singkat
banyak perkara perlu dipercepat

Pengundi tggu janji wakil rakyat,
janji dan manifesto jgn khianat,
segala peruntukkan perlu dimanfaat
Tercapai sasaran rakyat dapat.

JPD mengolah pelan keramat
idea dikerah penuh sarat
walau bertugas sampai tak larat
salur peruntukan sasaran yang tepat

Tindakan JPD perlu cermat
cerminan pemimpin hikmah & smart
elak terbabas dari matlamat
juga hukuman di hari akhirat

PR juangnya tidak terhad
kebajikan, keadilan dan juga cermat
membebas peruntukan dari disebat
amanah dan taqwa jalan selamat

apa dituduh & fitnah serata tempat
perbuatan syaitan elak berbuat
org beriman kan ada tabiat
muzakarah kan medan yg tepat

Jawatan amanat cukup berat
namun masih ramai yg minat
berpesan Nabi kpd sahabat
jawatan jgn tanya, takutlah akhirat

Tak minta jawatan mulianya sifat
fikiran pejuang itu yg tersemat
beratnya soalan di hari akhirat
setiap satu dipersoal amanat

maka henti burukkan sahabat
pejuang asal 1 matlamat
menangkan Islam syiar diperkuat
Amanat jemaahlah tunaikan cepat!


S/U MTD DTUa...