Wednesday, February 24, 2010

Pasar BT9suntex: JPD/AHLI MAJLIS/MPKJ terima aduan




Berusia 30 tahun,bilangan pengunjung bertambah,lokasi berniaga semakin sempit,bilangan penjaja semakin hari ada saja muka-muka baru samada PATI mau pun warga tempatan yang beroperasi ditempat2 letak kereta.Mereka langsung tidak mempedulikan peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT.Keluhan demi keluhan...peniaga asal sudah bosan dengan karenah yang merimaskan, malah aktiviti peniaga haram ini mengugat peniaga dalam pasar yang berlesen....
Jam 3 petang, 24 Feb 2010 bertempat didewan MPKJ,JPD Dusun Tua telah menganjurkan satu sesi perbincangan diantara peniaga2 Pasar Suntex bt9 bersama ketua2 jabatan yang terlibat,diantara ialah JPS Hulu Langat,Kejuruteraan MPKJ,Perlesenan,Pengurusan Harta,landskap,Penguatkuasa, dan juga Ahli Majlis zon 2.tuan Edy yang dipengerusikan oleh Pengarah DUN Dusun Tua..sdr Mohamad Jan Sulong. Pengarah DUN mencadangkan :

1- Membaiki tebing sungai bersebelahan pasar agar ianya dapat dimanfaatkan sebagai tapak letak kenderaan.
2- Membaiki paip air yang sekian lama rosak,longkang yang tersumbat,serta bumbung yang bocor.
3- Membenteras peniaga2 haram ditapak pakir didepan dan dibelakang pasar.serta bertindak tegas keatas lori yang seawal jam 4 pagi meletakkan kenderaan dilokasi yang tidak dibenarkan oleh MPKJ.
4-Pihak Persatuan peniaga juga disarankan agar mengerakkan semua peniaga2 berkerja sama menceriakan persekitaran pasar,agar ianya lebih kemas dan teratur.
5- Kepada mereka yang belum menjelaskan tunggakkan bayaran sewaan adalah diharapkan melunaskan secepat mungkin.
6- Tugas mengawal selia aktiviti perniagaan bukan hanya MPKJ semata-mata tetapi juga dengan kerja sama seluruh peniaga /ajk persatuan.

No comments: