Friday, August 13, 2010

WABAK BENCANA BILA PINGGIR HUKUM ALLAH..




















Bagaikan malapetaka yang melanda negara, saban hari ada saja kes buang bayi samada yang bersifat mahu pun belum bersifat. Pemimpin negara semacam bengong, merapu dengan ulasan sekadar mengikut logik akal masing-masing. Sedekat merdeka, pemimpin negara masih pening dan bengong dengan isu gejala sosial yang semakin membarah membaham mangsa tanpa mengira usia, kaum dan anutan agama. Malang sekali, walau pun islam agama rasmi negara ini, tetapi ianya sekadar amalan biasa saja, tak ubah sebagaimana beramalnya penganut lain-lain agama. Inilah akibat bila mengenepikan ajara sebenar Nabi Muhamad saw- beramal secara berpilih-pilih bukan menyeluruh.

Satu ribu empat ratus tiga puluh satu (1431) tahun yang lalu, Allah melalui RasulNya telah menurunkan kitab panduan mentadbir alam, cara menguruskan gejala sosial, penjenayah, mengurus negara, rumah tangga, dan sebagainya..tetapi malang nya Melayu yang mengaku islam, berterawih, berpuasa dan berhaji beriman pula dengan ajaran UMnoBn ini lah yang menentang keras pelaksanaan peraturan hidup berlandaskan arahan Allah dan Rasul.secara menyeluruh..akhirnya....aktiviti zina,minum arak, pergaulan bebas, sex gila babi, buang bayi , bunuh mak bapak, segala-segalanya berlaku di negara Malaysia kini. Tok Mufti kenyang, diam tak ada taring..tak ubah macam ahli nujum pak belalang.





Sampai bila gejala gila ini terkawal? jawapannya selagi Islam tidak memerentah, selagi Islam diperentah, selagi itulah segala wabak yang melanda negara sekarang ini gagal diselesaikan, hanya kembali kepada ajaran islam sebenar sahajalah ianya dapat diselesaikan. Oleh itu, kepada seluruh rakyat diMalaysia, marilah bersama Parti Islam SeMalysia, kita tumbangkan BN dalm pru13 nanti, kita bina sistem pemerentahan berlatarkan apa yang diperentah kan oleh Allah dan Rasul.

No comments: