Wednesday, December 8, 2010

Tahun Baru HIJRAH 1432 - 2 Muharam

Tahun Baru 1432- HIJRAH, kepada semua umat islam saya mengucapkan selamat berjuang kerja keras untuk mendaulatkan ISLAM sebagai PEMERENTAH DI MALAYSIA.Bukan diperentah membelakangi alquran dan assunnah.Bersama kita muhasabah diri,tentang amal serta aktiviti seharian kita kemana hala tuju nya, adakah mengikuti kehendak Illahi atau menurut hawa nafsu.Fikir-fikirkan lah nasib umat islam seluruh dunia yang masih ditindas serta menafikan hak mereka, sebagai contoh saudara kita di Palestin, selatan Thai,Filipina, Samolia dll....HIJRAH mengingatkan kita kepada Baginda Nabi Mohamad saw dan para sahabatnya.Bukan majlis sambutan......tetapi kegigihan nabi menempuh segala rintangan tak kurangnya pengorbanan sahabat samada nyawa mahu pun harta, tidak lain tidak bukan kerana sayangnya kepada agama ISLAM.Renungi lah umat islam MELAYU khususnya......yang dipertahankan hanya MAULIDULRASULLL....sayang islam hanya dibibir tetapi bakhil tenaga dan wang ringgit. Apa lagi nyawa, masing-masing mengumpul harta dalam masa yang sama membiarkan segala peraturan alquran di pijak-pijak....nasib melayu islam semakin layu dengan agamanya.Pemerentah BN sibuk menjaja fitnah membodohkan rakyat agar kuasa terus kekal..

Friday, November 19, 2010

Kemeriahan gotong-royong Korban Perdana 2010 di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua

Tahniah kepada warga pimpinan Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua dan ahli jemaah Kariah Dusun Tua yang telah berjaya mengadakan program Korban Perdana 2010 ini.

Saya turut merakamkan takziah kepada Tuan Haji Fahmi Hasanudin setiausaha Masjid atas pemergian ke Rahmatullah Bondanya yang tercinta. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada anta sekeluarga.

Monday, November 15, 2010

Pengajaran Penting Sempena HARI RAYA QURBAN...

Kepada semua umat islam khususnya di Malaysia.Esok selepas solat Raya maka lembu-lembu akan dikorbankan sebagai ibadah kepada Allah swt. Dalam masa yang sama jangan lupa ada juga lembu-lembu yang TERKORBAN.Yang benci ajaran Rasul, yang sangsi hukum Allah, yang curiga ajaran Alquran juga hantar lembu untuk Dikorbankan....kepada semua pejuang-pejuang islam seluruh dunia hari esok meningatkan kita kepada mereka yang gugur syahid dimedan jihad kerana mempertahankan kesucian islam dari dihina penyangak-penyangak barat.Mereka sedia mengorbankan jiwa,harta serta masa untuk keluarga semata-mata kerana Allah swt.Jualbeli mereka diterima oleh Allah, giliran kita bila lagi? Kepada saudara FIRDAUS IBRAHIM pemuda pas Hulu Langat, yang syahid pada 14 Nov 2010, kita doakan semoga Allah himpunkan beliau bersama pejuang-pejuang islam disyurga Insayaallah.kepada aktivis islam Hulu Langat, berkeja kuat lah demi mencapai kemenangan islam dibumi Selangor PRU 13. SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG, SELAMAT BERKORBAN DEMI ALLAH DAN RASULNYA, TIADA LAIN SEMATA-MATA UNTUK MENEGAKKAN SEBUAH NEGARA ISLAM YANG BERDAULAT.....MATLAMAT KITA BERSAMA, DULU KINI DAN SELAMANYA.............tiada gentar dan sangsi padanya,siapa halang kita tentang habis-habisan,usaha dakwah kita perkasakan, yang buta kita celikkan dengan alquran, yang munafik kita leburkan atas semangat jihad.....Allahuakbar!!!!!!!!!

Kepada KETUA-KETUA KAMPUNG JKKK-P / AHLI-AHLI MAJLIS / PIMPINAN PAS PKR DAP UMNO(yg islam) Hulu Langat, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada ibadah qurban dalam usaha membangunkan masyarakat hari ini.Berkorbanlah demi menurut segala syariat alquran yang telah wartakan oleh Allah swt.Berkorbanlah menolak segala fahaman-fahaman karut yang bertentangan dengan alquran.Hanya dengan alquran sahajalah masyarakat dapat diselamatkan daripada segala kemelut yang melanda hari ini.Ummah akan hancur sekiranya meningalkan ajaran alquran.

Perutusan Aidiladha 1431H 2010 Pengarah MTD Dusun Tua Sdr Mohamad Jan ...




Sedikit tazkirah peringatan dalam menghadapi Hari Kebesaran Islam bersempena Hari Raya Aidiladha 1431H/2010. Semoga Semangat pengorbanan dan perjuangan para anbiya' dapat diteruskan oleh generasi terkemudian khasnya kita semua dalam usaha memburu redha Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat sebagaimana istiqamahnya pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya mendapat redha-NYA.

Salam pengorbanan buat semua penduduk dan warga pengundi DUN Dusun Tua.

Ikhlas dari warga pimpinan:

Majlis Tindakan DUN Dusun Tua

Parti Islam Semalaysia PAS


Mohamad Jan Sulong

Pengarah MTD/JPD

DUN Dusun Tua


Thursday, November 11, 2010

Selamat Hari Raya .....Qurban

Hanya tinggal lima hari saja lagi seluruh umat islam didunia menyambut Hari Raya Haji / Qurban. Di Mekah manusia dari seluruh pelusuk dunia membanjiri disegenap bumi mekah tiada kerana lain semata-mata menunaikan ibadah kepada Alllah swt. Taqwa...itulah matlamat semua hamba Allah yang berada dibumi Mekah. Melihat jutaan umat manusia yang sujud kepada Allah yang satu dengan pakaian yang sama tanpa mengira siapa mereka....sebagai simbol penyatuan ummah islam seluruh dunia.Inilah simbolik dan unit serta indahnya ajaran islam dari Rabbuljalil, mengajar hamba nya cara hidup bermasyarakat tanpa mengira kaum, warna kulit dan sempadan georafi. Tetapi malangnya penyatuan ini gagal dipraktikkan diadalam masyarakat. Keluar saja dari bumi Mekah masing-masing buat hal masing2. Hidup dengan gaya kefahaman masing2 ...tak perduli dengan amaran Allah dan Rasul. Segala peraturan Allah diredah....disanggah ! malah ada sesetengah pemimpin menghina hukum hakam Islam serta memperlekeh alquran. Peliknya manusia sibongkak ini...yang paling banyak membekal lembu qurban....yang kita bimbang tak jadi qurban...melihat kepada sejarah habil dan qabil qurban yang diterima oleh Allah adalah datang dari hati ikhlas serta mentaati Allah sepenuhnya...bukan macam orang sekular hari ini....separuh yakin separuh tolak...( kerana mereka ini adalah golongan yang menolak hukum Allah..).dengan hanya satu saja mempertikai hukum Allah / ayat alquran maka batal lah syahadah mereka.....Ya Allah lindungilah kami dari terpedaya dengan puak-puak ini....penyeru-penyeru kejalan yang sesat.

Monday, October 18, 2010

JAKIM pantau kualiti khutbah disemua masjid Wilayah KL- Dato Sri Jamil Khir Baharom

Alhamdulillah...sejak kemenangan PR diSelangor khutbah jumaat cukup betenaga malah berjaya menyegarkan mata jemaah.Ianya sarat dengan motivasi serta cerita tauladan mengaitkan isu semasa menjadikan lontaran isi khutbah menusuk hati yang lalai serta membuka mata yang layu dan kuyu. Ini lah "berkhutbah" bukan sekadar BACA risalah khutbah...
Tahniah kepada Pegawai Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hasil daripada kemenangan PR. Jika rakyat Selangor mahu kekalkan khutbah berkualiti sebegini....kemenangan PR wajib dipertahankan dengan apa saja.Tanpa kuasa politik fungsi masjid akan kembali layu.....
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur...lain pula caranya..khutbah2 mereka tersasar jauh daripada isu sosial yang melingkari masyarakat KL..isu zina,kelab malam,pergaulan bebas,kebanjiran warga asing bersama budaya separuh bogel di kawasan Bukit Bintang Plaza, semua ini TIDAK menjadi isu kepada pentadbir agama Wilayah Persekutuan..sepatutnya dimimbar masjidlah bergegar suara khatib mengingatkan jemaah, agar memerangi ledakan jahiliah yang melanda KL hari ini.........pak-pak menteri bagaikan buta mata hati!

Monday, October 4, 2010

150ekar TANAH SG.TAKALI SEDANG DIGONDOL UNTUK PROJEK....JUAL LOT

PUASAT KHIDMAT JPD DUN DUSUN TUA,menerima aduan daripada Ketua Kampung Tekali Hj Hamzah Harun - tanah seluas 150 ekar sedang di usahakan oleh pihak tertentu untuk pecah lot (2 ekar satu lot) akan dijual rm150k/satu lot. Persoalannya macamana tanah seluas ini boleh diusahakan oleh syarikat milik bukan bumiputera ditengah-tengah hutan belantara Sg Takali, kawasan rezab Melayu. Menurut penduduk tempatan Sg Tekali itu adalah kawasan hutan simpan....

TINDAKAN TEGAS MESTI DIAMBIL SEKIRANYA INI SATU PENCEROBOHAN..MPKJ-JPS- PEJABAT TANAH HULU LANGAT-JAB.ALAM SEKITAR.















Sunday, October 3, 2010

KEMELUT RASUAH MELINGKARI "JERUNG" KERAJAAN BN....negara menuju kehancuran...

ISU RASUAH...telah lama diperkatakan disana sini. Ianya melibatkan jabatan-jabatan kerajaan yang menjadi "lubuk buat duit" contohnya PDRM,Imigresen,JPJ, PUSPAKOM, Majlis Perbandaran dan lain-lain yang seumpamanya. Ini diantara yang terancak dan mudah buat duit.
HABUAN RM33,600.00 seminggu yang melibatkan Pegawai Imigresen tajuk utama Utusan Malaysia hari ini terbukti sekian lama bualan pengulas isu semasa kedai kopi..."jerung2 besar dah lama terlibat dan ianya perlu dihapuskan dan dikenakan tindak yang berat" jika tidak segala usaha menegak keadilan di Malaysia akan gagal dan hanya solgan saja lah. Mereka "penyamun berlesen" ini sangat licik menjalankan operasi, bertahun-tahun gagal dikesan oleh pihak yang bertanggung jawab, sebab yang melakukan jenayah itu pun serumpun dengan yang menyiasat. Lihatlah kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik, sipembunuh memang pro..jika penyiasat tak pro..maka sia-sialah kerja PDRM siang dan malam(mandi lumpur). Saya kira hukuman yang dikenakan terlalu ringan, tidak cukup untuk mengajar sipenjenayah. Selagi negara tidak kembali kepada hukuman atau peraturan alquran- hadis dalam mengurus tadbir negara, selagi itulah jenayah dinegara ini gagal dibenteras. Rakyat sedang menilai dan memerhati kes pembunuhan ala mafia Atantuya yang melibatkan kakitangan polis dan sibapak jerung, hingga kini ianya bebas kesana kesini...Rasuah jutaan ringgit yang melibatkan pemimpin-pemimpin atasan sepi tanpa berita. Untuk menyelongkar lebih jauh lagi serta mendakwa penyangak2 ini .dimahkamah...saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia akan memilih PAS sebagai wadah perjuangan bagi membela yang hak dan meleburkan ketidakadilan. KIta sudah mual mendengar kes-kes rasuah yang akhirnya mereka yang ditangkap ...lepas bebas dengan alasan yang tak munasabah...sebgai contoh apa yang belaku kepada seorang wakil rayat negeri 9- sipenyamun dah masuk perangkap,duit ditangan, kiri kanan ada pegawai SPRM siap rakam lagi tu...pun terlepas....apa sudah jadi dengan si pembelot yb-yb diPerak? pun akhirnya terlepas bebas.......adakah mereka kebal dengan undang2 negara? apa erti nya ini semua? kesian SPRM....bertungkus lumus siang malam mengumpul bukti....akhirnya sia-sia....saja. Semoga Allah memberi ganjaran yang tiada hadnya didunia akhirat kepada mereka yang ikhlas melaksanakan tugas amal maaruf nahi mungkar TAHNIAH SPRM !

Thursday, September 30, 2010

MESRAYA BERBILANG KAUM DUN DUSUN TUA..bowling alQolam

Semua kaum menikmati kemeriahan sambutanRAYA idulfitri di merata tempat sekitar DUN Dusun Tua.Majlis diserikan berbagai acara dengan pengelibatan semua kaum tanpa mengira usia. Masing2 memperlihatkan bakat yang sekian lama terpendam...lihatlah gelagat orang kampung bersukan bowling... (diantaranya ada yang pertama kali pegang bola...seronoknya tidak terkira...)