Thursday, September 30, 2010

MESRAYA BERBILANG KAUM DUN DUSUN TUA..bowling alQolam

Semua kaum menikmati kemeriahan sambutanRAYA idulfitri di merata tempat sekitar DUN Dusun Tua.Majlis diserikan berbagai acara dengan pengelibatan semua kaum tanpa mengira usia. Masing2 memperlihatkan bakat yang sekian lama terpendam...lihatlah gelagat orang kampung bersukan bowling... (diantaranya ada yang pertama kali pegang bola...seronoknya tidak terkira...)















Tuesday, September 28, 2010

GALAS....PANGGILAN JIHAD KEPADA SELURUH AMILIN PAS DI MALAYSIA


Semoga Allah merahmati Allahyarham ADUN Galas,Chek Hashim Sulaima,salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham bersabar diatas ujian Allah swt. Apa pun kepada semua ahli PAS kita diajak untuk terus berkorban berjihad dengan apa apa saja demi mengekalkan kemenangan DUN Galas. UmnoBN seperti biasa akan mengunakan isu PKR yang ribut bagaikan perang "khandak" dalam pemilihan baru-baru ini sebagai senjata ampuh meracun rakyat. Begitu juga isu lapuk seperti perpaduan dan pembangunan (2P) menjadi "zikir" harian radio ,tv dan media massa terutama utusan meloya dan berita hairan. Namun begitu rakyat Kelantan adalah jenis manusia yang tersangat bijak dan celik politiknya, serta berilmu dan memahami tuntutan islam hasil daripada tarbiryah ulamak2 serta umarak kerajaan negeri Kelantan. Kini sudah 20 tahun dibawah payong ulamak kepimpinan Tok Guru Menteri Besar Nik Abd Aziz Nik Mat...semoga Allah mengekalkan kemenangan islam di Kelantan.

VEDEO GAME HARAM...DI TAMAN LAGENDA SURIA HULU LANGAT.

Hasil kerjasama Pasukan Polis Pekan Bt14,MPKJ telah berjaya menyerbu serta bertindak keatas primis vedeo haram di Taman Lagenda Suria,selama ini pusat hiburan vedeo game ini menjadi kawasan lepak dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah yang berdekatan.Pihak JPD DUN Dusun Tua tidak akan teragak-agak untuk bertindak bersama Polis dan MPKJ keatas mana-mana primis yang menjalankan aktiviti haram dikawasan ini,demi untuk mengekalkan keharmonian, keselamatan serta mengelakkan gejala sosial dari terus membiak dan merebak dengan lebih parah lagi.Kepada IBUBAPA...TOLONG AMBIL BERAT LIMA PERKARA :

1- Kemana anak kita pergi dan apa tujuan nya.
2-Dengan siapa anak kita keluar (kenali siapa kawan dia).
3-Sudahkah anak kita mendirikan solat...(kena tanya,tegas!).
4-Jam berapa akan pulang.
5-Dekati mereka dalam semua perkara.






Sunday, September 19, 2010

APA ADA PADA BANGSA...JIKA ISLAM TERUS DIBULI...

Ibrahim Ali presiden "perkasam" memang sejak dari kepompong umno hingga lah sekarang,bercakap macam orang kurang cerdik,demi politik hasadengki kepada MB Kelantan atau PAS seluruhnya dan juga demi mengaut untung simpati teman-teman sepejuangannya,itulah gaya politik Ibrahim katak (gelaran dulu kini dan selamanya) sentiasa mencari peluang untuk mengelirukan orang.Siapalah si Brahim nak hurai apa yang tersirat dibenak Tok Guru,apa lah yang yang dibangga kan sangat dengan Melayu yang layu dengan agamanya islam.Melayu munafikin,Melayu kafirin....yang sangsi dengan alquran,yang hina nabi Mohamad saw,sebagaimana mantan PM...Melayu mulia hanya kerana islam,berbangga lah kerana menjadi hamba Allah yang bertaqwa..kalau dilihat gelagat anak2 remaja yang hilang pedoman hidup...dikota raya(KL),malu kita nak mengaku itu bangsa Melayu....apa ada pada Melayu kalau sekadar melalak macam anjing lapar seperti brahim katak....????

Friday, September 17, 2010

MERDEKA...MERDEKA,,,MERDEKA

Lima puluh tiga tahun sudah negaraku merdeka,
rakyat bertambah Melayu Cina dan India...28juta,
belum dicampur anak siam bengali indon mymmar dan bangla,
belum dikira anak zina dan yang tiada pengenalan nama,
merdeka!!!
dadah syabu dan segala macam sial memasuki negara,
ada yang ditangkap ada yang sedang dibicara,
tak kurang juga yang bebas berleluasa,
remaja sebagai mangsa..mereka alpa..mereka anak kita,
merdeka!!
Membangun,maju megah dengan mercu tanda,
rakyat makmur berbilang bangsa ekonomi sejahtera,
pemimpin banga..mendabik dada...kita SATU MALAYSIA,
siapa tahu rakyat menangis setiap tahun barang naik harga,
merdeka!!!
53 tahun rakyat makin cemas..ada saja yang jadi mangsa..
mangsa rogol ! dari yang muda remaja hingga ke nenek tua..
perogol ! dari remaja hingga lah si tua yang giginya tinggal dua..
namun nafsunya bagaikan srigala...singa.. buaya dan nagagila,
merderka!!!
aksi jenayah semakin hebat bagaikan aktor filem lagaknya,
muka selamba watak hero...mashur namanya,
ada yang ketawa..belum didakwa,ada yang keluar negara,
aduhhh...bencinya rakyat,undang2 itu untuk siapa,
merdeka!!!
aksi membunuh..letup dan bakar mayatnya,
sembelih,potong2 tanam mayatnya,
pukul tikam potong dan bakar mayatnya,
semata-mata kerna kuasa,wang, dan harta,
merdeka!!!
siapa pelakunya...yang bergelar pemimpin ternama,
siapa pelakunya....yang bergelar peguambela,
siapa pelakunya....yang bergelar bapa,
siapa pelakunya...yang bergelar anak....dan juga ibunya,
merdeka!!!
selagi islam tidak memerentah,
selagi alquran tidak memerentah,
selagi ulamak tidak dirujuk...bersama assunnah,
selama itulah negara akan musnah,

merdeka tanpa makna...rakyat kian resah,
Aduhai kaumku..MELAYU.kembalilah kepada ajaran islam sepenuhnya,
semoga selamat dunia akhirat..kekal abadi selamanya..
islam ADIL UNTUK SEMUA.....(hanya bersama Parti Islam seMalysia)

Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT TINGGAL RAMADAN...SELAMAT DATANG SYAWAL

Ramadan berlalu pergi..sebagai hamba Illahi tugas kita banyak lagi,30 hari menahan ajakan nafsu melawan kehendak hati semata-mata taat perentah Rasul akur perentah Illahi, Tawaran diawalnya Rahmat, pertengahan nya Keampuanan diakhirnya bebas dari api neraka yang sangat digeruni,berlalu sudah 30 hari yang diberkati,tanya diri kita apakah kita perolehi apa yang dijanji? atau sia-sia saja sekadar lapar dahaga yang kita perolehi...kini syawal menanti, janji lagi dengan puasa enam hari,ganjaran berganda menanti puasa enam hari umpama puasa 360hari, dua bulan mulia ini penuh dengan tawaran demi tawaran agar hamba yang bergelar manusia ini merebut peluang menambah amalan agar kelak tidak disambar api azab Illahi, tanya dirimu...sejauhmana kita menyambut menyahut seruan dan tawaran Illahi ini, atau adakah kita buat buta pekak tak peduli? bagaikan kita hidup tak akan mati, bukankah kita yakin selepas mati hidup kembali?alam kubur singgah menanti malaikat azab, sementara menanti waktu ke alam akhirat untuk diadili? disitulah segala amalan didunia diperlukan agar dikasihi Illahi, jika tidak terseksalah hidup kekal abadi,kesal tiada berguna lagi,waris sekadar memerhati masing2 nfsu nafsi,kalau dulu didunia sebatang rokok kongsi-kongsi gelak-gelak tambah sebatang lagi,buat lawak gelak gelak sampai pagi,tak cukup secawan teh tambah seteko kopi....ingat-ingatlah waktu kita mati,inilah waktu terbaik menambah amal pembela diri diakhirat nanti,perkuatkan rohani mengadap Illahi dimalam hari,semoga beroleh TAQWA yang dicari,perlunya taqwa sebagai perisai diri dalam menghadapi ancaman SYAITAN berupa insani dan juga iblisi,kepada yang bergelar amilin dalam jemaah islam ianya teramat mustahak sumber kuasa batin dalam peperangan melawan toghut. sama-samalah kita berusaha kearah itu...selamat beramal.............

Thursday, September 2, 2010

Khidmat sosial Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)...di Rumah PERKID DUSUN TUA HULU LANGAT

JPD DUN Dusun Tua mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Penguatkuasa MPKJ serta seluruh rombongan kebajikan yang diketua oleh saudara Tuan Rajani, Tuan Amar, Tuan Kamarudin serta semua petugas penguatkuasa. Semoga jasa baik anda semua dibalas dengan Rahmat Allah yang tiada terkira banyaknya..insyaallah.

















Monday, August 30, 2010

53 Tahun Merdeka...menyaksikan kehancuran aqidah ummah semakin parah umno terus gagal membela islam...

Setelah 53 tahun Semenanjung Tanah Melayu(Malaysia) merdeka, bangsa Melayu dulunya sinonim dengan Melayu itu islam,islam itu Melayu sudah tinggal kenangan. Sama seperti aset keretapi tanah Melayu diSingapura. Melayu hanya tinggal nama, Melayu kini telah berpecah kepada tiga, Melayu mukmin,Melayu munafikin dan Melayu kafirin. Diantara produk yang terhasil daripada 53 tahun Merdeka ialah "Melayu Boleh" meninggalkan islam bebas menganut agama yang mereka sukai,..kenapa murtad menjadi-jadi? ianya berpunca daripada kegagalan umno mendaulatkan Alquran -assunnah sebagai kitab rujukan dalam menguruskan negara. Walau pun pemimpin utamanya terdiri dari bangsa Melayu yang beragama islam tetapi umno sejak dari dulu kini dan selamanya menjadikan alquran sebagai produk pelancungan "musabaqah"semata-mata. Umno memang jahat, Melayu yang baik apabila sertai umno kejahatan umno akan meresap kebatang tubuh individu yang baik itu akhirnya jadi jahat...umno bukan sekadar mengkianati bangsa sendiri tetapi memusuhi sebahagian perentah Allah dalam alquran. Umno lah punca utama kenapa bangsa Melayu berpecah, lihatlah hati perut umno terhadap pimpinan Melayu PAS diKelantan, pembunuhan aktivis di Memali kedah, peristiwa berdarah dilubuk Merbau dan banyak lagi kezaliman melayu umno diseluruh tanah air yang melibatkan penderitaan pejuang islam pas hasil daripada sikap hasadengki kesumat nafsu serakah syaitan yang mengalir dibatang tubuh umno.
Sepatutnya umno (pejuang melayu)Kelantan menyokong agar kerajaan pimpinan (PAS) ulamak disana diberi royalti petrolium agar negeri kelantan terus maju membangun bersama islam. Tetapi pelik negeri itu lah yang diserang setiap hari...seperti orang gila. Menteri Besar Kelantan diselar dicaci dituduh dengan berbagai-bagai - sesat,ekstrem,dan macam-macam lagi. Persolan nya kenapa parti yang berjuang atas nama bangsa melayu sangat benci dengan kerajaan melayu(PAS) di kelantan? mungkin kah ini jelmaan sifat munafik sebagaimana yang dijelaskan didalam alquran dan hadis nabi saw. Selagi Melayu,umno tidak kembalikepada islam yang sebenar..selagi itulah Melayu akan terus berpecah. Hanya PAS saja lah yang bakal menyatukan Bangsa Melayu menjadi bangsa yang dihormati berlandaskan ajaran islam yang maha adil kepada semua kaum dinegara ini. Kebanjiran wabak sosial yang amat membimbangkan bakal menghancurkan umat melayu..kita lihat sekali lagi umno terkial-kial mencari formula penyelesaian, walau pun alquran telah menyebut..."alkitab sebagai petunjuk...kepada manusia",namun atas sifat tidak yakin kepada petunjuk Allah yang tersurat,umno menguna akal nya penuh dengan virus syaitaniah itu mencadangkan agar diwujudkan sekolah pelajar hamil....
Cukuplah 53tahun BNumno tadbir Malaysia....PRU13 jalan penamat segala kemungkaran BNumno. JUN 2011...Pakatan Rakyat bakal mengubah landskap pemerentahan Malaysia berpaksikan alquran dan sunnah nabi saw, keadilan sejagat bakal memayungi rakyat di segenap penjuru alam negaraku Malaysai tercinta tanpa mengira kaum dan agama.
kepada ahli umno..tinggalkan perjuanganmu yang sesat itu, marilah bersama PAS, berjuang atas dasar aqidah islamiah, sama-sama kita selamatkan anak bangsa yang jauh hanyut tengelam dilautan nafsu agar kembali insaf mencintai islam, bersama kita mengatur langkah dakwah mengajak manusia mentauhidkan Allah, marilah sama-sama kita imarahklan masjid surau eratkan perpaduan demi islam...buanglah kurafat perjuangan bangsa agar kamu terselamat dari murka Allah azawalala...di akhirat kelak.