Friday, February 5, 2010

BAS SJ- Ganggu Lalulintas Dusun Tua


Runggutan masyarakat DUN Dusun Tua terhadap bas SJ:
1- Exhaust memekak bising,apa lagi diwaktu magrib disaat jemaah surau masjid sedang solat (masjid Sg Serai, masjid Pekan BT14, surau Dusun Nanding,surau Bukit Raya dan surau-surau berhampiran jalan utama Hulu Langat) tersangat menganggu.
2- Suatu ketika injin acond, jatuh bersepai dijalan raya dipersimpangan Kuari Sg Long bt12 Sg Serai,nasib baik kenderaan dibelakang sempat mengelak....jika tidak jahanam kenderaan dibelakang.
3- Tayar tercabut, bergolek mesra,nasib tidak terlanggar mana-mana kenderaan...silap-silap kemalangan maut..
4-Rosak ditengah jalan (perkara lumrah) menyesakkan lalulintas berjam-jam sebagaimana belaku pada hari ini (sabtu 6 feb 2010) dipersimpangan bt9. sejauh 12km sesak jem..hingga ke pangson..
Kepada pemilik syarikat bas SJ (bas sakit jiwa -gelaran budak-budak sekolah )harap gantilah dengan bas yang munasabah,yang ada sekarang elok dimuziumkan atau dilupus...kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),dan juga Jabatan Pelesenan mengkaji semula kedudukan laluan bas SJ ini. Hairan juga macamana bas seburuk ini boleh lulus PUSPAKOM.......



Gara-gara bas SJ yang tersadai......sensara penguna jalan raya Hulu Langat...memburuk keadaan bila belaku hari sabtu dan ahad..

LAWATAN PASAR SUNTEX-terima aduan peniaga

Bukan hanya dimusim pilihanraya bertemu peniaga pasar suntex...keluhan peniaga perlu didengar,bincang dan atasi sebaik mungkin..MESRA DAN PRIHATIN. Bersama Ahli Majlis mpkj saudara EDY NG DAN PENGARAH JPD DUSUN TUA sdr MdJan Sulong







SELAMAT TAHUN BARU CINA - DUN DUSUN TUA

KEPADA semua pengundi2 kaum cina di N23 DUN DUSUN TUA...dan juga kepada seluruh kaum cina di Malaysia...salam sejahtera dari Pengarah JPD /Ahli Majlis Zon 1&3 MPKJ(Mohamad Jan Sulong) . Kepada semua pendokong dan Pemimpin PR Hulu Langat,warga MPKJ,Ketua-ketua kampung baru,jkkk,jkkkp serta seluruh NGO marilah bersama membantu melaksanakan agenda KERAJAAN PR negeri SELANGOR :

MESRA,PRIHATIN & BERKEBAJIKAN kepada segenap lapisan rakyat...semua kaum..dimana jua mereka berada disitu kita bersama.


Terima kasih daun keladi...lain tahun sumbang lagi..kepada DATO EADON CHIN & DATIN MARY LE. pemilik Kitar Semula amal SRI SINAR.

TUKAR JAWATAN- KHALID AL WALID

Disaat Panglima Perang Khalid Al Walid yang bergelar "SINGA ALLAH" bergelut dengan musuh dimedan jihad,bertempur dengan ratusan ribu tentera musuh,tiba-tiba datang seorang utusan khalifah amirulmukminin Saidina Omar AlKhaltab RA, membawa sekeping surat melucutkan jawatannya...dari Panglima turun jadi jadi prebet....Bila ditanya kepadanya.....jawapannya mudah ..." aku berjuang bukan kerana Omar tetapi kerana Allah...."
Kalau kita hari ini ..belum subuh hantar memorumdum,borak kedai mamak...berjam-jam sampai mamak pun naik jelak tengok muka kita. Apa tidaknya secawan teh 2 jam borak...mengupas isu..itu tak adil lah, itu tak betul lah, macam-macam lagi..nak protes..itu dan ini.Sebaiknya ikut aje lah tauladan para sahabat2 nabi.....HAKIKATNYA...Ujian dari Allah semuanya...sekadar untuk melihat sejauh mana keikhlasan kita dalam perjuangan yang berteraskan alquran dan hadis.Cabaran ini "menjelaskan" lagi siapa kita yang sebenar dalam perjuangan...AWAS !!!! jangan sampai tercicir...atau mucicir..mucicir...
Antara pimpinan dicabar dan diuji hebat....masa tedekat ini...
YAB KETUA MENTERI PULAU PINANG - LIM GUAN ENG - tuduhan : Diktator/ Letak Jawatan Ketua Menteri PP...YB Dato Sri Tuan Guru Hj Hadi Awang - Dilagakan dengan YAB Tok Guru Nik Aziz...YB Dato Sri Anuar Ibrahim - Liwatlawat budak saiful tak habis-habis..DSAI pimpinan besar ,maka besarlah tuduhan nya..YAB Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor- tuduhan Rampas Hak Melayu...YAB Dato Sri Nizar MB Perak - tuduhan Dperkudakan oleh cina DAP..( itu baru 4 negeri jatuh ke tangan PR..kalau semua negeri dPRkan....agaknya apa jadi mereka ini...
MUSIM BN BUAT PROPAGANDA MENGUGAT PAKATAN RAKYAT....jangan KITA terperangkap JADI BODOH MACAM MEREKA.... bertindaklah dengan BIJAKSANA..anda mampu melakukannya...

SMS BERHANTU SELEPAS PENGARAH JPD DUSUN TUA BERTUKAR

Salam persahabatan kepada semua teman-teman sepejuangan PR Dusun Tua.
Berwaspadalah agar kita tidak terjebak dengan perangkap syaitan. Jadilah hamba Allah yang reda dengan ketentuan ILLAHI,bukan merapu tak sedar diri kelak kita juga yang rugi.Apa yang dicari...bukan syafei atau razali..tetapi INTEGRITI JPD.Bersama kita membolosi sifat dengki dan irihati,kita bina jatidiri, perkasa parti, tambah ahli dalam setiap program parti sana sini.Betaqwalah...saudaraku,jangan mendomba menjaja cerita-cerita palsu takut nanti marah Allah..mulut terkatup jadi bisu..maluu...kata panglima jihad..jangan nanti bergelar PANGLIMA JAHAT,Sukar nak berubat kecuali jika sanggup telan ubat kelat ramuan sakai empunya cawat.INGAT ADUHAI SAHABAT..pesanan Nabi kita jadi perawat kepada nafsu jahat..MAKSUD HADITH NABI SAW: riwayat imam Ad-Dailami dlm kitabnya AL-FIRDAUS.

Orang mukmin sentiasa diambang 5 dugaan yang sukar:

1- MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA
2- MUNAFIQ YANG BENCI KEPADANYA
3- KAFIR YANG MEMERANGINYA
4- SYAITAN YANG MENYESATKANNYA
5- NAFSU YANG SERING BERTARUNG UNTUK MENGALAHKANNYA (AJAK BUAT JAHAT)

mudah2an Allah melindungi kita semua - alqolam

Thursday, February 4, 2010

QIAMULLAI SENJATA JIHAD..melawan...munafikin

Senario politik Malaysia dulu kini dan selamanya...selagi BeeN yang memerentah,korupsi, jenayah ,gejala sosial remaja, jenayah politik, dan fitnah semakin subur indeknya semakin meningkat. Kenapa? lihat sajalah mereka-mereka yang diberi kuasa mentadbir negara..berbagai skandal...samada sex,menipu,dan salah guna kuasa . Media pemerentah pula berperanan mengasak rakyat dengan berita LIWAT, ROGOL,RASUAH,JENAYAH REMAJA dan macam2 lagi.Petanda apakah ini......BALA? atau kifarah salah pilih pemimpin.....JANGAN LUPA....

Isu ekonomi negara yang semakin mengecut menjerut leher rakyat,kegagalan pemimpin negara mengurus kebajikan rakyat, beban rakyat semakin bertambah... segala macam yuran kemasukan sekolah,tengelam....TERBENAM....LIHAT ! realiti hari ini, segala2nya BERBAYAR...bergerak saja ketempat kerja..ceti tol dah tunggu..dengan selamba senyum menadah tangan tak ubah macam peminta sedekah... kos rawatan hospital semakin meningkat.PENYELESAIANnya mudah,kuasa ditangan rakyat..PRU13 bangkit mengubah....UNTUK BANGUN mengubah kerajaan BeeNi..kita kena BANGUN MALAM QIAMULLAI..bina kekuatan rohani.Kepada Allah tempat kita mengadu....itulah senjata yang paling ampuh ba
gi mendepani segala kemelut politik Malaysia hari ini..dan selamanya..disamping usaha lain yang mesti digerakkan secara berterusan...Sesungguhnya Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali......kebenaran pasti akan menang.Bersabar dan terus berusaha tanpa mengabaikan DOA..

Semoga Allah mencucuri Rahmat keatas roh allayarham sdr Ishak Md Dom,Lubuk Kelubi aktivis umno.Kepada anak waris arwah bersama pula Parti Islam...bersama berdakwah membina masyarakat,memakmur surau masjid agar menjadi bekalan dialam kubur.....

Pengarah JPD DUSUN Tua..mengusung jenazah Allaryarham..menuju ke puncak bukit..

HAKIKAT KEHIDUPAN YG SEMENTARA..

AKHIRAT JUA KEKAL ABADI..sementara hidup abadikan diri perkasa Islam diLubuk Kelubi jadi Lubuk Masyarakat Yg Beramal dengan Islam sepenuhnya

Tuesday, February 2, 2010

SEHARISEMALAM BERSAMA PETUGAS JPD DUSUN TUA


Makan laptop,TIDOR LAP TOP..... pas tu lalop n loplap....bertugas siang malam menerima aduan rakyat,keletihan......semoga Alah memberkati kegigihan sdr Ridzuan Kalib...anda mampu mencontohinya.








Tak kira dimana..siang atau malam..dipejabat maupun dibawah pokok..(bukan sidang dewan)amanah tetap dipikul...JPD DUSUN TUA.











sdr SOFIAN..SUK JPD ....
gigih melaksanakan tanggongjawab berkhidmat sebaik mungkin penuh mesra dan bergaya......sedia mendengar keluhan rakyat bila-bila masa...










SENYUMAN YANG BERMAKNA...
sdr Abdul Rahman Pian (PKR Dusun Tua) turut bersama memikul tugas JPD memperkasakan jentera kearah mencapai matlamat kerajaan PR Selangor.

SIDIA BERKHIDMAT - MESRA - PRIHATIN

28 feb.jam 10pagi.bersama YB Dato Dr Hasan Ali

Gelanggang futsal TAMAN DESA SENTOSA...akan dirasmikan oleh YB Dato Dr Hasan Ali pada 28 Feb 2010,jam 10 pagi . Makan tengahari disediakan semua dijemput hadir mendengar ucapan pemimpin,exco kerjaan negeri Selangor.Kepada Ketua kampung.jkkkk,belia muslimin dan muslimat dijemput hadir..teman2 dari umno,jkkkp anda sangat-sangat dialu-alukan untuk bersama dimajlis itu.
INIlah sumbangan ahli majlis kepada belia disekitar Dusun Tua,Darul Hidayah dan Taman Desa Sentosa, jagalah baik-baik agar ianya dapat dimunafaatkan dalam jangka masa yang panjang.anda mampu melakukannya..

gontong royong Sek Men Abd Jalil,Hulu Langat

6 Feb 2010..jam 8 pagi.Gontong royong perdana di Sek.Men.Abd Jalil. pekan bt14 Hulu Langat.Sekolah yang banyak manabur jasa bakti khusunya kepada warga DUN Dusun Tua .
Agak malang wajah-wajah landskap terbiar unsang boleh jadi tempat istirehat sang musang.Harap-harap gontong royong pada 6 fEB hanya tinggal 3 hari saja lagi,semua ibubapa,bekas2 pelajar tanpa mengira usia,fahaman politik dan bangsa, turun beramai-ramai.MPKJ akan membantu...kanopi, PA sistem dan makan minum..bersama ahli majlis yang akan turut serta.Jangan ada sintemen politik sempit yang mengongkong kerja-kerja amal bagi menceriakan wajah suram sekolah tua yang bertuah ini.Tahniah kepada Guru Besar dan semua guru2.Semoga wajah suram bertukar ceria.Ibarat ibu yang melahirkan anak tetapi terbiar sepi ditinggal anak-anak sekian lama,walau pun semua dah berjaya dalam kerjaya masing2...mari lah sama-sama kita belai wajah ibu tua yang sekian lama kesedehan ini....SEK MEN. ABD JALIL HULU LANGAT. Muafakat membina ummah,tempat dimana anak-anak kita menimba ilmu komitmen ibubapa sangatlah perlu,sebagai tanggongjawab sosial terhadap sekolah.Untuk melahirkan pelajar yang hebat cermelang,sikap bapa2 pun perlu cermelang.

FITNAH - BINA JAMBATAN ke neraka

Hari ini dulu kini dan selamanya..fitnah dijadikan senjata cangih bagi mencapai cita-cita politik yang langtang memperjuang hak melayu walau pun melayu yang diperjuangkan semakin layu,kaku dan kayu.Fitnah juga sebagai alat melindungi kelemahan diri seseorang pemimpin politik yang berjuang bersibolkan keris taming sari.Bukti mudah..Kelantan sembilan puluh peratus penduduknya terdiri daripada bangsa melayu "budu" dinafikan haknya ROYALTI MINYAK diramapas,ditekan,difitnah dihina kepimpinan Tok Guru,diugut dengan berbagai ugutan sehingga pribadi Tok Guru pun dijadikan bahan ejekan.Di Terengganu negeri kaya pengeluar minyak tapi miskin,segala hasil minyak melimpah ke Puterajaya,KLIA,dan litar lumpa formula 1 di Sepang,rakyat Terengganu dapat "ikang selayan" pecah perut.Bila Pas memerentah Terengganu, FITNAH senjata syaitan ini juga sebagai alat menjatuhkan kerajaan pas di Terengganu.Yang peliknya apabila ada dikalangan pejuang keris melayu ini yang insaf,cuba membela nasib rakyat negeri mereka yang diperbodoh dan dijajah oleh anak bangsa sendiri..mereka akan dikutuk,dihina dan jika perlu disingkir dari kumpulan keris melayu klasik.
Dunia sedang memerhati sandiwara Najib dan konco-konconya yang cuba sedaya upaya menyambung kerja hina yang ditinggalkan oleh panglima keris melayu mahathir terhadap DSAI penasihat parti PKR .Semua negeri yang jatuh ketangan PR diserang dengan senjata syaitan ini (FITNAH) sehingga PERAK tersungkur.Halal Haram bukan ukuran yang penting....matlamat tercapai.Aduhai teman-teman Hulu Langat khususnya dan seluruh rakyat Malaysia amnya yang menjadi hamba syaitan..ingatlah fitnah yang anda lakukan itu bagaikan membina jambatan menuju ke NERAKA JAHANAM....kan bagus kalau dulu bina jambatan di Semungkis,Paya Lebar atau diTekali dapat juga munafaatnya...atau mana2 sungai dan parit yang memerlukan jambatan.