Saturday, December 12, 2009

program pemuda pengerak zon / AZLAN TAMJIS

alhamdulillah, akhirnya berjaya juga seorang anak muda dusun tua yang bernama sdr Azlan Tamjis yang diberi amanah sebagai PENGERAK BELIA ZON MPP ZON 1 & 3 menganjur program motivasi belia selama dua hari satu malam..seramai 45 orang peserta mengikuti nya dengan penuh minat. kalau dulu remaja sebegini terkapai-kapai tanpa aktiviti yang membina siasah keperibadian ungul di musim cuti, tapi kini dengan ransangan dari MB Selangor berserta dengan bajet tertentu melalui PBT,ianya agak terkawal. Bagi kesinambungan kecemerlangan anak muda dusun tua, sdr azlan mesti disokong oleh ketua-ketua kampong, ketua-ketua muslimat dan juga dikalangan remaja muslimat.jangan dibiarkan sdr azlan sendirian ianya perlu dibantu oleh semua pihak, termasuk pasukan keselamatan daerah dan ketua-ketua taman.

sebelum tirai 2009 dilabuh,dua gelangang futsal akan siap dibena. satu di Taman Desa Raya dan satu lagi di Taman Desa Sentosa.harapan saya agar aktiviti kesukanan dikalangan ramaja akan bertambah..semangat 'SUKAN' akan melahirkan suasana muhibah dan dapat mengisi masa lapang remaja dsengan akviti yang sihat dan berfaedah..mudah2an gejala rempit, lepak akan berkurangan.alngkah senangnya hati ibubapa melihat anak-anak mereka bersukan dilaman taman.kepada seluruh anak-anak muda belia dan juga beliawanis Dusun Tua marilah sama-sama kita salin bantu ,membantu membina DUN kita ini dengan emej yang terpuji bukan saja di mata ibubapa, tapi disisi Allah swt jua. agar disuatu hari nanti DUN kita bukan saja mashur sebagai distinasi pelancongan tetapi KECEMERLANGAN DIKALANGAN ANAKMUDA REMAJA nya yang gemar solat berjemaah, mendengar kuliah agama di masjid dan surau, serta bersih dari penyalahan gunaan dadah,rempik, ragut, pergaulan bebas, dan segala macam yang memalukan dan menghancurkan hati ibubapa.
TAHNIAH kepada OCF SDR LOTFI dan semua anggota polis pekan bt 14, hulu langat,kerana berjaya menangkap penyamun2 topi keledar (bukan tarbus ) motosikal di taman perkasa.usaha gigih beliau bersama anggota nya patut menjadi tauladan.kepada semua penduduk taman juga patut dipuji, inilah yang kita mahu.membantu pihAK KESELAMATAN MEMBENTERAS JENAYAH. tanpa kerjasama masyarakat ianya sukar diatasi.sebab? kadangkala si penyamun dok beselidung di belakang-belakang blok atau rumah kita.

No comments: