Monday, December 28, 2009

program PENGERAK BELIA ZON 1 & 3 MPKJ: SDR AZLAN TAMJIS
















BERTEMPAT DI NUR LEMBAH PANSUN
REMAJA BERSANTAI MENGUJI BAKAT BERENANG.



















PARA PESERTA SEDANG MENGIKUTI KELAS
MOTIVASI















PENGARAH PROGRAM: SDR AZLAN SEDANG MENGARAHKAN PARA PESERTA BERSIAP SEDIA .......















JATIDIRI - PARA REMAJA TEKUN MENDEGAR TAKLIMAT
HARAP2 DIMASA DEPAN PENYERTAAN AKAN BERTAMBAH.















AKTIF & KREATIF, REMAJA HARAPAN IBUBAPA SEMOGA MEREKA BARJAYA DI DUNIAKHIRAT

TAHNIAH kepada Azlan selaku Pengerak Belia Zon PBZ zon 1 & 3 , kerana berjaya mengisi masa cuti sekolah dengan berbagai aktiviti yang melibatkan belia / beliawanis disekitar DUN Dusun Tua.Selama dua hari satu malam pelajar2 diberi latihan jasmani dan rohani,diantaranya qiamullai,ceramah agama,motivasi,dan juga latihan lasak jati diri yang cukup mencabar dengan meredah belantara yang berbukit penuh dengan onak dan duri serta mengharungi sungai.


Buat pertama kalinya program PBZ dilaksanakan,di zon 1&3..yang melibatkan peserta seramai lima puluh lapan orang..ahli majlis zon tersebut sdr mohamad jan sulong telah merasmi dan penutup program,mengharapkan semoga sdr mohamad Azlan terus tabah,berusaha merancang aktiviti2 lain yang lebih mencabar dan menarik lebih ramai lagi peserta. Tujuan nya tidak lain tidak bukan bagi mendedahkan belia dan beliawanis kepada gerakerja berkumpulan serta pemuafakatan dalam menjana kecemerlangan diri dimasa akan datang.


ASAS kecermelangan adalah SOLAT LIMA WAKTU, bijak macamana sekali pun jika jika seseorang itu mengabaikan solat,pasti seluruh amalannya menjadi sia-sia tidak bermakna.Dengan meletakkan solat sebagai amalan wajib dan terus beramal,istiqomah menjunjung perintah Allah maka sesesorang itu telah memiliki "pengawal" diri dari dalam jasadnya sendiri.Insan yang menjaga amalan solatnya,hatinya akan hidup dan sentiasa membisikkan perkara yang positif kepada akalnya,lantaran lahirlah insan berkeperibadian soleh dan solehah.Berbeza jika sesorang itu mengabaikan amal ibadah,jiwanya kosong,kotak firannya bagaikan tong sampah, yang terisi hanyalah ajak-ajakan syaitan kepada perkara yang membinasakan dirinya sendiri seperti melepak membazirkan masa,merokok,merempit dijalanan menganggu lalulintas dan sebagainya.Mereka ini langsung tidak merasakan dirinya bersalah, rugi,berdosa, menyusahkan ibubapa dan masyarakat.sebab yang membisikkan kepada hatinya adalah SYAITAN. inilah mentor,guru,serta sumber ilhamnya.
Dalam program ini ditekankan peri pentingnya permuafakatan dalam kehidupan kita sehari-hari,samada dalam masyarakat mau pun dalam merangka strategi pembelajaran kearah mencapai kejayaan gemilang. faktor ketaatan kepada guru,ibubapa,bijak memilih kawan serta meletak matlamat atau cita-cita adalah tersangat penting, agar hala tuju kehidupan jelas dan diberkati Ilahi.







No comments: