DIBULAN awalmuharam yang mulia ini,dan juga diambang tahun baru masihi 2010, saya mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut tahun baru Hijrah 1431 / 2010 kepada seluruh aktivis politik , NGO dan juga kepada seluruh pemimpin masyarakat khususnya di Selangor Darul Ehsan. Sebagai ingatan kita bersama,marilah kita muhasabah diri sejauhmana tuntutan hijrah yang telah kita laksanakan dalam diri kita,keluarga kita,masyarakat kita dan juga norma2 politik di kawasan kita.jangan hebat menyambut hijrah rasul tetapi intipati hijrah langsung tak diambil iktibar.Nabi Muhamad saw berhijrah bukan bertujuan meneroka tanah dimadinah,atau kerana kecewa tidak dilantik sebagai pembesar di kota mekah,tetapi strategi politik untuk melaksanakan tuntutan serta perintah Allah swt ..bagi melaksanakan peraturan alquran diatas muka bumi..yang akhirnya Rasulullah berjaya memerentah Madinah berlandaskan hukumhakam alquran yang diwahyukan oleh Allah kepadanya.Pelik,hari ini umat islam ragu malah menolak alquran...
Selama sepuluh tahun mentadbir madinah,umat arab yang dulunya hina TIDAK BERTAMADUN langsung tidak dikenali dunia dimuliakan dengan islam, menjadi idola seluruh umat manusia didunia dari semua sudut,pembangunan meterial,ilmu teknoligi,falsafah,kedoktoran,ketenteraan,pendidikan (universiti alazhar MESIR adalah yang pertama didunia dibawah pemerentahan kerajaan Fatimiyah..syiah) sehingga dipenghujung kegemilangan, islam memerentah 3/4 dunia,itulah hebatnya apabila mengikut jejak rasul saw....HIJRAH YG SEBENAR....Inilah yang umat islam perlu renung.... kita bagaimana?
Sebagai pemimpin masyarakat,kita diajar oleh islam mesti bersifat tabah,sabar,semangat berkorban,jiwa yang kental bila berdepan dengan musuh, bertanggungjawab, sabar dengan ujian kebendaan, kebetinaan dan malapetaka buruk sangka..jangan mudah tergeliat,kawal ammarah,agar kita tidak tersungkur dijalanan.Sebagai pemimpin, kita sentiasa diperhatikan,segala tingkahlaku kita menjadi pengukur dan bahan serta ramuan untuk menghasilkan "tafsiran" siapa kita sebenarnya. Kepada semua aktivis Pakatan Rakyat,samada pemimpin atau pun mantan pemimpin disemua peringkat, saya berharap anda semua hebat dunia dan akhirat.
Kepada YB Dr Rosli Che Mat,sekalung tahniah kepadanya,diatas segala usaha mendekati rakyat,melihat sendiri masalah yang dihadapi tak kira dimana,siapa mereka,itu semua bukan halangan baginya untuk bersama rakyat bagi menyelami pahit maung yang ditanggung.Inilah erti sebenar wakil rakyat, wakil kepada rakyat untuk berkhidmat dapat diterjemahkan oleh DR Rosli Che Mat..warga hulu langat tak silap pilih Yang Berkhidmat (YB) .
Pada 23/12/2009 jam 7 petang beliau sendiri meninjau lokasi "haprap" tempat anak muda(kawasan semenyeh) belepak menunggu pembekal dadah..YB Dr Rosli sendiri buat aduan dibalai polis kajang bahagian jenayah nakotik..harap2 pegawai yang terlibat bertindak segera.....malam tahun baru 2010 sekali lagi parlimen Hulu Langat melancarkan satu operasi mencegah yang dikenali "OP HIJRAH" bersama dengan JAIS,PERKID,MPKJ,POLIS,RELA,AADK dan banyak lagi badan2 NGO yang akan turut serta.
Tujuan nya bagi mencegah pelakuan syaitan dikalangan anak remaja yang hanyut dengan alunan nafsu berahi meraikan tahun baru masihi 2010.Kepada anda yang membaca blog ini,dijemput bersama berhimpun di masjid Kajang solat hajat jam 8mlm dan jam jam10mlm, berhimpun di Dewan MPKJ bersebelahan gedung satay hj samuri- ucaptama oleh YB Dr Rosli dan sedikit talkimat oleh pengarah Operasi.
Tahniah kepada semua agensi yang bersemangat untuk bersama2 melaksanakan kerja amal maaruf nahi mungkar.kepada KETUA KAMPUNG DAN JKKK Hulu Langat......kalau YB parlimen Hulu Langat boleh turun padang yang kering dan yang banjir tak kira waktu siang atau malam,walau kekadangkala terdengkut2 kakinya menahan sakit diserang gaut,siapa kita?kepada seluruh ajk pas kawasan Hulu Langat,jommm sama2 kita gempur hamba2 syaitan jam4 pagi dimalam tahun baru 2010.mari sama-sama kita selamatkan anak remaja melayu yang kian layu .. kuyu..dan kayu... nak harap siapa lagi? umno BN....dah lama dah lebih 50tahun..........terbiar.
Selamat tahun baru semoga seluruh PBT Selangor / jkkk / jpd / mtd / semua gagasan Pakatan Rakyat perkasa menongkah arus ditahun2 mendatang dengan semangat perjuangan yang tinggi untuk terus mempertahankan Selangor dari bertukar kuasa kepada BN.Kepada rakyat Selangor marilah sama2 kita pertahankan PR demi kesejahteraan semua kaum di Selangor,mudah2an PR13 bertukar landskap pemerentahan negara Malaysia dibawah pantadbiran PR.
No comments:
Post a Comment