Sunday, December 20, 2009

MAAL HIJRAH 1431 / SAMBUTAN 2010
















MOTIVASI PELAJAR - Perkongsian Bijak Menjana Kecemerlangan- abg SAUFI yang sedang mengendalikan program......anak2 Perkampungan Darul Hidayah (mahasiswa/siswi -suntikan motivasi kepada remaja yg akan menduduki pepereksaan spm/pmr /upsr. mencungkil rahsia disebalik kejayaan..
HIJRAH
Assalamualaikum,salam sejahtera kepada semua - khasnya kepada warga DUN Dusun Tua.Selamat menyambut tahun baru HIJRAHdan tak lama lagi kita akan menyambut tahun baru Masehi 2010,marilah sama-sama kita muhasabah diri disepanjang tahun 1430H yang baru berlalu,terutama dari sudut amal ibadah kita (hubungan dengan Allah) dan hubungan kita dengan manusia.Bagaimana hubungan kita dengan rumah Allah? berapa kali seminggu kita solat berjemaah dimasjid dan surau? kepada pemimpin masyarakat pula berapa banyak program kemasyarakatan yang membina insan taqwa atau memupuk kesuburan keperihatinan jiran ?

Bagaimana pula alkisah anak-anak remaja kita? pedulikah kita kepada mereka,walhal mereka itu adalah pelapis masyarakat.Bagaimana pula nazir-nazir masjid,ketua-ketua kampung,ketua -ketua taman...inilah masa terbaik bermesyuarat..menilai kembali keupayaan diri,keberkesanan program yang telah berjalan sepanjang tahun ini.Adakah mencapai sasaran atau tersasar.

Hijrah tidak memberi apa-apa makna sekiranya tiada usaha untuk merubah perkara yang disebutkan diatas..kalau sekadar mencari tokoh-tokoh hijrah ianya kurang bermakna...

KALAU DULU menyambut tahun baru masihi dengan pesta maksiat kali ni,ketua kampung dengan kerjasama nazir masjid kenalah main peranan atur program MUNAJAT kepada Allah bersama penduduk kariah masing2..isu remaja yang rosak aqidah,lalai solat,lalai belajar, lalai ke surau masjid,rempit,lepak.pergaulan bebas,berpakain mendedahkan aurat langsung alpa dengan larangan Allah masih lagi membimbangkan,ianya elok dijadikan topik utama,diperhalusi oleh semua pihak agar ianya dapat dikesan puncanya lantaran diatasi sedikit demi sedikit.

SESUNGGUHNYA.. kita sayang anak remaja kita. penawarnya ada pada kita,sebagai ibubapa wajib mengambil tahu siapa kawan2 anak kita,kemana dia pergi jam berapa dia balik..apabila sikap kepedulian ini diabaikan maka lahirlah apa yang disebut GEJALA SOSIAL...
HIJRAH LAH........kearah melahirkan insan taqwa,masyarakat beriman dan beramal..dan negara didalamnya terlaksana peraturan alquran dan alhadis agar seluruh rakyat mendapat rahmat dan keampunan Allah........ SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 1431 / 2010 semoga anda semua hebat di dunia dan di akhirat.








bersemangat membantu adik2 agar mejejak tangga IPTA / IPTS - tahniah semoga berjaya.
Konsep perkongsian bijak,harus diamalkan disetiap taman atau kampung.tujuannya ialah memupuk daya juang dikalangan pelajar dengan menjadikan kakak2 dan abang2 sekampung atau satu taman sebagai mantor, idola mereka..contoh tauladang terbaik. kerana mereka mengenali mentor2 mereka.












No comments: