Saturday, December 12, 2009

Delegasi serah memo bantah tembok batu BMC


BERSAMA senada bukan berdansa,tetapi sekata membuka jalan yang sekian lama menghalang laluan ke BMC...itulah janji PR dlm PRU12.kini semua dah selesai penduduk BMC tersenyum lebar PR tunai janji walau ada terpaksa berdepan sejuta rintangan,aktivis rakyat kena belasah oleh "BERUK2 liar" entah dari mana asalusulnya.Tahniah kepada YB Ronie YB Dr Rosli ahli parlimen Hulu Langat, mr Tan Bon Wah serta semua yang terlibat..
Perjuangan masih panjang banyak perkara yang belum selesai SOKONGAN BERTERUSAN rakyat selangor amnya dan DUN DUSUN TUA khususnya sangat diperlukan.anasir penyamun2 pasir masih mengugat ekonomi kerajaan negeri selangor, yang sepatutnya dapat dinikmati rakyat, atau penduduk tempatan tapi habislicin di korek dipungah oleh lanun2 pasir tanpa rasa bersalah.Aduan demi aduan tetapi lanun2 semacam kebal..kepada pihak berkenaan TOLONG HAPUSKAN LANUN2 pasir demi memelihara sungai langat yang teruk tercemar berpunca dari runtuhan bukitbukau, gunung pasir.cuci pasir dan segala macam aktiviti yang menghasilkan CEMAR TERLAMPAU air sungai yang menjadi sumber / produk SYABAS kepada hamba rakyat di H.langat khususnya dan selangor amnya.kepada Jabatan Alam Sekitar rajin2lah ziarah mencari punca CEMAR sungai langat.

Disinilah khazanah(pasir) negeri digali dengan rakus,aliran air berlumpur mengalir menyusuri anak sungai menuju ke sungai langat,menukar warna air yang dulunya jernih berserta anak2 kelah,lampam.tegas,bertukar warna kuning pekat meracuni segala habitat.

Yang tinggal hanya lumpur menjadi tugas SYABAS memperoses,merawat dan AKHIRNYA seluruh rakyat (menanggung ) MEMBAYAR ! kini segala hidupan sungai tinggal kenangan....
kelah,tegas,lampam,kaloi,baung, berkubur entah dimana. CINTAI SUNGAI KITA hanya tinggal slogan. selagi mereka yg berkenaan tidak menjiwai "cintai" sungai, selama itulah pencerobohan sungai,bukit pasir akan berleluasa.


YANG benar2 cintai sungai hanyalah, PEMANCING2.....alqalam
siapa UNTUNG siapa rugi?



SUNGAI LONG KUARI- bagai lombong pasir terbesar di SELANGAOR, entah berapa juta setahun kerajaan negeri dapat hasil, ada yang mendakwa tanah milik individu digerudi segala hasil bumi (pasir) dengan memutar belitkan dokumen asal ( harap2 pemilik tanah mahu kehadapan buat laporan).hairan melihat gelagat lanun-lanun pasir selamba memunggah khazanah milik kerajaan negeri..melalui jalan yang yang diturap cantik..habis jahanam jalan,belubang sana sini, terlibat kemalangan maut (melibatkan lori pasir) lori terbalik, menyesakkan jalan raya seawl jam7.00pagi dikala ibubapa menghantar anak kesekolah.sedkali operasi oleh MPKJ /jpj sekali tenang....... lepas tu kembali kalut.seolah-olah jalan langat diDOMINASI oleh lori2 pasir sungai long.kepada pihak yang berkenaan tolonglah bertegas, kasehanilah warga DUN Dusun Tua..yang terpaksa berdepan lori-lori maut ini sepanjang masa tanpa noktah, selagi lombong pasir sg long beroperasi.

Semoga selepas ini, 2010 kerja2 pelombong2 pasir akan dipantau bukan dipau..oleh pihak yang tidak bertanggongjawab.kita mahu hasrat kerajaan negeri PR memacu pertumbuhan ekonomi lestari,makmur dan adil serta pengagihan dan pemeliharaan khazanah negara di sambut oleh semua ketua-ketua jabatan disemua peringkat.Adalah menjadi harapan rakyat selangor agarsemua ketua2 jabatan serta kaki tangan kerajaan negeri menyambut saranan MB Selangor tanpa rasa ragu dan keliru..demi kesejahteraan rakyat seluruhnya.
































































































































































































No comments: