Thursday, December 31, 2009

JPD DUSUN TUA 2010 - AMANAH ALLAH PERKASA DAKWAH-KEBAJIKAN

Surat bertarikh 30 Zulhijjah 1430/17 Disember 2009: PERTUKARAN PENGARAH JAWATANKUASA PENGURUSAN DUN (JPD) DUSUN TUA..melantik saudara MD JAN SULONG berkuatkuasa 1 Jan 2010.Hanya satu Giliran daripada adinda saya saudara MdSani Hamzan.Apa pun ianya adalah satu perkara besar yang memerlukan komitmen serta satu pakatan dan juga dokongan oleh seluruh ketua2 kampung,jkkk,dan seluruh masyarakat DUN D.TUA tanpa mengambil kira perbezaan fahaman politik kaum dan agama, kita bersama.Apa lagi dikalangan keluarga PR dan warga PAS khususnya.Marilah bersama menyumbang buah fikiran,pandangan, teguran keARAH MEMBINA MASYARAKAT yang harmoni,berILMU & berAMAL,merapatkan jurang yang selama ini terpisah jauh,mendekati surau masjid menadah ilmu serta rahmat Illahi,memimpin remaja yang tersasar kelandasan menuju kecemerlangan masa depan mereka...menjana KEMESRAAN diantara PEMIMPIN (ketua2 kampung khususnya) dan yang diPIMPIN,menyuburkan ketelusan dan keterbukaan dalam pentadbiran,sedia ditegur dan menerima teguran menjadi amalan. Adakalanya hati kita menjadi busuk kerana jarang dibasuh dengan qiamullai dan zikrullah,jarang mengadap guru agama samada di surau ,masjid atau usrah.Oleh itu kepada ketua kampung, jkkk dan seluruh warga DUN Dusun Tua marilah sama2 kita2 HIJRAH kearah mempertingkatkan amalan dengan memakmurkan rumah-rumah Allah...jangan biarkan surau masjid SEPI tanpa akhiviti kelak kita akan di tanya oleh Allah...HIDUP MATI DAN HIDUP LAGI.....dikubur kita di soal...di akhirat...disoal..apa kamu lakukan semasa kamu di dunia......ingatlah sebelum ajal menjemput..

No comments: