Wednesday, December 16, 2009

flora fauna dan sampah- DUN DUSUN TUA


ISU sampah merata tempat,lambat angkut,sampah berulat dah beminggu....dan seribu satu macam aduan dari penduduk sudah lali telinga mendengarnya.Sebagai ahli majlis PR , saranan demi saranan dilontarkan agar mana-mana kontraktor sampah yang mendapat NTC(melayunya Notis Tindakan Pembetulan) 5,6, 10 kali, ada yang sampai bebelas-belas,malah ber puluh-puluh,yang sepatutnya di bakul SAMPAHKAN.Tetapi masih lagi beroperasi..penduduk menyalahkan kerajaan PR kenapa tidak bertindak kepada kontraktor jenis sampah ini...



Di MPKJ- Semua ahli majlis menjerit agar kontraktor jenis "sampah" ini di tamatkan perkhidmatan mereka,atas beberapa faktor berikut:

1) Mencemar dan membusukkan kerajaan PR
2) Mengelak tuduhan negatif kepada ahli majlis ( tak prihatin & tak peka kepada masalah rakyat )
3) Menyemarak pandangan serong serta fitnah musuh politik (BN) kepada keupayaan PR.


Untuk merealisasikan impian MPKJ sebagai sebuah perbandaran yang maju,bersih,selamat dan ceria,sehebat YDPnya, peranan alam flora bukan sedikit.
Syukurlah di MPKJ kerja pengurusan sisa pepejal disemarakkan lagi dengan kehadiran RDF,..teknologi memperoses sampah menghasilkan baja kompos serta berbagai produk seperti menjana tenaga eletrik dari produk bahan buangan dan lain2 produk yang memberi munafaat berada dikawasan mpkj malah ianya tidak wujud di PBT lain kecuali di Kajang Selangor dan tidak dinegeri2 lain di Malaysia.
















Kelihatan penduduk membuang sampah di luar tong sampah yang disediakan . tong yang bersaiz kecil tidak mampu menampung sampah.




Tinjauan bersama wartawan SINAR HARIAN













bau yang menikam maut kalbu,
papan tanda MELarang diterjemah bagai MENYURUH

melaut sampah dipinggir jalan,ANGAKARA SIAPA?
Kepada mereka yang membuang sampah disini sila beri CADANGAN UNTUK MENGATASI SIKAP "CAMPAK LARI" kita berkongsi pandangan mengatasi masalah demi kesejahteraan bersama.khususnya penduduk SG MAKAU yang berdekatan rumah YB DUSUN TUA.
Harap-harap diakhir tahun 2009..yang tinggal haya dua minggu saja lagi akan mengakhiri lagenda "kontraktorsampah" di mpkj..mereka yang gagal berkhidmat mengikut syarat-syarat yang ditetapkan oleh AF(alam flora) perlulah disingkirkan dari terus membusuk, menyampahkan dan memeningkan kepala saudagar-saudagar AF.

Apa yang belaku di pinggir jalan taman indah jaya, kampong kenangan bt18, jalan menuju ke sungai tekali, sampah mengunung, begitu juga di pekan bt18, di bahu jalan menuju ke menara tinjau ampang.. diantara faktornya KETIADAAN TONG-TONG SAMPAH yang bersaiz besar dan bilangan tong sampah yang terhad (satu saja ) dibiarkan hingga lima ke enam hari kadangkala sampai seminggu dan bebelas hari. akibat apabila hujan lebat sampah sarap menari tengo ditengah2 jalan pencemaran bau yang memualkan. Pendukuk melihat ini kelemahan PBT.. tetapi hakikatnya perkhidmatan atau pengurusan sampah belum mencapai tahap yang sewajarnya.....
Kesimpulannya:
1- SINGKIRKAN KONTRAKTOR YANG MENGOTORKAN KERAJAAN PR...yang didalangi oleh hulubalang-hulubalang unoBeN yang bergelar YangBerhormat !
2- memberi kontrak kepada Yang memiliki keupayaan KEWANGAN & LOGISTIK
3- HAPUSKAN ali dan juga si BABA..
4-HARAMKAN pimpinan politik (MONOPOLI ) membina EMPAYAR KONTRAK SAMPAH, kenali mereka yang sememangnya di KENALI..hingga mampu membina rumah jutaan ringgit.
5-Berilah peluang kepada kontraktor yang sekian lama jarang-jarang kadang-kadang tak dapat pun....tetapi berkemampuan dan memang memiliki logistik yang mampan memenuhi ciri2 mengutip sampah.
6- undi .......yang dapat job jenis KODOK alamat bahagialah si BABA..si ALI makan bulannnnn








No comments: