Tuesday, August 17, 2010

Ramadan....RAHMAT ALLAH MENCURAH DI DUN DUSUN TUA...

Diantara kelebihan DUN Dusun Tua,Hulu Langat Selangor ialah kewujudan sebelas pusat Tahfiz alQuran, unik nya ia berada disegenap penjuru bermula daripada Kampong Sg Serai hinggalah kePangson sempadan daerah dan Sungai Lui sempadan N23- Jelebu negeri Sembilan. Semua ini adalah diusahakan oleh kaum muhajirin,malah pelajar-pelajar pun yang ramainya adalah dari kalangan penduduk diluar kawasan Hulu Langat. Dengan wujudnya institiusi tahfiz ini secara tidak langsung bertambah pula guru-guru agama ustaz dan ustazah, mudah-mudahan N23 akan makmur dan diberkati Illahi. Kita juga berharap agar penduduk N23 seluruhnya akan menghayati serta mengamali islam secara menyeluruh dan terus mendokong jemaah islam hingga akhir hayat sesuai dengan seruan Rasulullah saw..." hendaklah kamu bersama jemaah islam..."
Lihatlah Masjid Pekan Bt14Hulu Langat yang dulunya berkarat, kini luar dalam ceria. Pada malam nya meriah dengan saf-saf yang memenuhi dewan solat diserikan pula dengan tazkirah oleh ulamak-ulamak muda dan tua...masayallah...hebat! Kalau zaman BN memerentah...hanya sekadar solat terawih dan jamuan...langsung tidak ada pengisian rohani, sedangkan sebagai pemerentah mesti bertanggung jawab mendidik rakyat agar menjadi insan yang taqwa. Hanya dengan cara begini sajalah segala musibah kemurtadan,zina,bunuh dan segala wabak sial yang melanda negara hari ini dapat diselesaikan. Alquran dari awal telah menyebutkan..."sebagai petunjuk jalan yang benar.." tapi umat islam hari ini teramat menyimpang dari kitab petunjuk alquran,punca nya? pemerentah negara UmnoBn takut melaksanakan hukum Allah.kenapa takut? kerana kebanyakan pembesar negara pelaku-pelaku maksiat samada dosa besar mahu pun dosa kecil.....lu pikir lah sendiri....
PM Melayu beragama islam,kiri kanan penasihat agama dikalangan ilmuan islam yang hebat malang nya sekadar gagal menjadikan alquran sebagai rujukan dalam urustadbir negara.Pesalah judi,zina, bunuh dan sebagainya yang sangat menakutkan sejak mutakhir ini, kerajaan bagaikan hilang pedoman,setiap hari ada saja kes buang bayi hasil zina dikalangan remaja,kerajaan jadi benggong! media eletronik-massa hari-hari paparkan berita bunuh bayi (bukan buang bayi tetapi BUNUH bayi) pun kerajaan terkial-kial apakah hukuman yang selayaknya. kenapa jadi begini? sebab ada dikalangan pembesar-pembesar yang ketagih sex, simpan perempuan, terlibat kes bunuh dan sebagainya...
Kembalilah kepada ajaran islam sepenuhnya...mari lah bersama Parti Islam Se Malysia(PAS) kita perjuangkan agar alquran dan hadis sebagai panduan mentadbir negara, semoga semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan selamat, aman sejahtera dan bersatu dibumi Malaysia yang tercinta..









No comments: