Krisis sosial umat islam (Melayu)...menjalar dari yang berusia emas hingga lah kepada berusia belasan tahun. Dari sekolah rendah hingga lah kepada pelajar Universiti. Kenapa? dimanakah silapnya? Ketua menteri Melaka mencadangkan buka sekolah untuk pelajar mengandung sebagai jalan penyelesaian kepada pelajar yang terlajak mengandung.Silap-silap semakin bertambah ibu muda (luar nikah) yang mengandung dan semakin ghairah aktiviti zina. Mereka merasakan seolah-olah ada tempat perlindungan bagi golongan "terlajak". Pada saya ini bukan jalan penyelesaiannya.Punca nya adalah bertitik tolak daripada kelonggaran aqidah islam. Melayu hari ini kurang mengambil berat tentang aqidah, kurang belajar tentang aqidah islam yang sebenar, bahaya tergelincir aqidah akibatnya amalan nya menjadi sia-sia, tertolak segala amal akhirnya tanpa disedari ianya menjadi kafir.....Hari ini sudah banyak melayu yang mengaku islam membunuh diri. Ada yang minum racun,terjun bangunan, gantung diri,tembak diri dan berbagai gaya tersendiri tanpa disedari neraka memang sedia menanti. Semata-mata kerana putus cinta, tekanan kemiskinan, cemburu, kesimpulannya adalah KECEWA...putus harapan dengan Allah. Mereka lupa takdir, keampunan Allah yang Maha luas, Rahmat Allah yang tiada batasan. Golongan ini sudah hilang imannya, gugur imannya kerana hilang keyakinan dengan janji Allah. Melayu islam jenis apa kah mereka ini? Oleh yang demikian disurau dan masjid perlu dititik beratkan ilmu aqidah yang sebenar. Bukan setakat beragama islam semata-mata, tetapi pelajarilah ilmu islam yang maha luas ini, peranan ibubapa wajib menilai sejauh mana kah pengetahuan islam anak-anak mereka. Bukan hanya bersadarkan belajar disekolah sahaja. Ibubapa mestilah rajin kesurau masjid berjemaah menadah telinga dimajlis ilmu solat terawih sambil mendegar tazkirah di masjid .. berjinak-jinak lah dirumah Allah supaya ilmu yang didapati itu boleh dijadikan modal mendidik anak-anak dan isteri dirumah. Malang sekali seluruh surau masjid kita dapati terlalu sedikit bapa-bapa yang solat berjemaah, apa lagi yang duduk mendengar syarahan ilmu. Bagi mereka rehat dirumah lebih baik sementara menunggu azan, itu pun pada yang sembahyang.Lagi teruk jenis kaki lepak kedai tomyam sampai larut malam, sembang kosong lansung tidak berfaedah...kepada bapa jenis "kutu tomyam" saya nasihatkan ..cukuplah, sempena Ramadan yang penuh berkat raikan lah ianya bersama anak isteri dengan mengajak anak isteri kemasjid surau yang berdekatan. Aduhai Melayu..bangsa Melayu akan hancur tanpa kemantapan aqidah serta amalan islam yang sebenar. Sekadar bersesak dibulan Ramadan buat seketika waktu, tidak bermakna disisi Allah sedangkan dibulan yang lain kita langsung tak menjejak kaki di surau masjid,bukan kah ini bermakna kita MENIPU ALLAH ? ingatlah saudaraku,itu maknanya kita hanya menipu diri kita sendiri. Marilah sama-sama kita fikirkan sementara usia masih ada, beramal lah dengan amalan islam yang sejati, imarah masjid surau setiap hari, mengasihi jiran, sesekali bertahjud dimalam hari renung-renunglah nasib kita di akhirat nanti, dihari yang tiada guna harta, anak dan isteri-isteri malah segala-segalanya. Kecuali amalan yang berlandaskan AQIDAH YANG SUCI...berjuang demi bangsa adalah diantara ciri-ciri rosak aqidah, serta amalan yang sangat dibenci Illahi & Rasululullah SAW.
No comments:
Post a Comment