SIAPA SANGKA BADAK JADI NAGA.....dalam semak ada jelapang sampah rupanya, dilorong sepi jalan Hulu langat bt9 1/2 berhadapan kondo Hulu Langat, dijadikan tempat pembuangan sampah. Seandainya tiada kebakaran besar sebagaimana belaku beberapa hari lepas 28 April, 2010 sudah tentu aktiviti haram ini tiada siapa pun yang tahu.
Pembuangan sampah haram ini terbongkar apabila pasukan bomba menghubungi ahli majlis pada jam 11 malam 2 mei 2010,melaporkan pasukan bomba hulu langat sudah berkampong 4 hari 4 malam disini ..TERIMA KASIH BOMBA HULU LANGAT.
Bukan hanya pencemaran asap beracun dikawasan sekitar, tetapi yang paling bahaya pencemaran air sungai Langat, sumber minuman warga selangor khususnya warga langat. Tindakan Jabatan - JPS /SYABAS / PEJABAT DAERAH / MPKJ / ALAM SEKITAR mesti bertindak tegas!
No comments:
Post a Comment