Thursday, May 20, 2010

Guru & BELIA


JPD ( Jawatan Kuasa Pengurusan DUN Dusun Tua ) mengucapkan selamat hari guru dan seterus nya hari BELIA, kepada semua golongan pendidik dan juga anak muda (belia / beliawanis ) yang sememang menjadi harapan ibubapa dan juga negara.
Anda adalah pencorak warna kehidupan masyarakat berbilang kaum diMalaysia. GURU memikul tugas berat mendidik anak-anak bangsa agar menjadi insan yang yang ber-inovatif serta memiliki akalbudi yang tajam dalam menjana masa depan negara agar ianya lebih demokratik. Tanpa usaha yang gigih dikalangan guru,maka segala slogan-slogan indah memupuk perpaduan rakyat hanya tinggal nyayian semata-mata. Bagi melahirkan rakyat berjiwa merdeka bebas dari unsur-unsur negatif, Pemerentah lah yang mesti menunjukkan contoh tauladan..Tetapi kalau sipemerentah membudayakan hiburan terlampau,mengamalkan JUDI HALAL,mengasak telinga rakyat dengan memperkasakan hebahan finah L*wat keseluruh negara,menyogok rakyat untuk mengekalkan kuasa, mencelarukan ajaran islam dengan hadarinya, maka jahanamlah minda rakyat yang telah dicernakan oleh guru-guru,siang dan malam.
Mangsanya adalah BELIA, anak muda yang dahagakan ilmu dan bimbingan perdana dari insan bergelar pemimpin. Menteri-menteri menjerit agar anak muda kembali kepangkal jalan....masa yang sama segala makhluk perosak ditaja oleh pemerentah menyemarak aktiviti melalaikan jiwa anak muda. Mencegah mungkar amat kerdil berbanding program mengajak kepada amalan kufur....mana mungkin rakyat menikmati kemerdekaan sebenar. Bayangkan lah kalau isteri PM memakai tudung menutup aurat,PM pula sesekali meberi tazkirah meningatkan menterinya akan dosa membunuh,merogol,zina ,minum arak, judi, menfitnah dan lain-lain larangan Allah,maka sudah tentulah apa yang telah di lakukan oleh guru akan berhasil melahirkan anak muda yang berwawasan dunia & akhirat. Bagi melahirkan jenerasi cemerlang Kerajaan Pusat- Negeri - PBT - ketua-ketua kampung.mestilah berperanan ! bertanggung jawab mendidik masyarakat. Berpolitik demi memelihara masyarakat dari lalai terhadap janji Allah diakhirat....itulah Parti Islam SeMalaysia. dan harapan JPD Dusun Tua.

No comments: