Hasil kerjasama Pasukan Polis Pekan Bt14,MPKJ telah berjaya menyerbu serta bertindak keatas primis vedeo haram di Taman Lagenda Suria,selama ini pusat hiburan vedeo game ini menjadi kawasan lepak dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah yang berdekatan.Pihak JPD DUN Dusun Tua tidak akan teragak-agak untuk bertindak bersama Polis dan MPKJ keatas mana-mana primis yang menjalankan aktiviti haram dikawasan ini,demi untuk mengekalkan keharmonian, keselamatan serta mengelakkan gejala sosial dari terus membiak dan merebak dengan lebih parah lagi.Kepada IBUBAPA...TOLONG AMBIL BERAT LIMA PERKARA :
1- Kemana anak kita pergi dan apa tujuan nya.
2-Dengan siapa anak kita keluar (kenali siapa kawan dia).
3-Sudahkah anak kita mendirikan solat...(kena tanya,tegas!).
4-Jam berapa akan pulang.
5-Dekati mereka dalam semua perkara.
No comments:
Post a Comment