Salam tahniah kepada semua ahli majlis samada yang baru dilantik mau pun yang kekal. Apa yang penting....K E R J A...... S A M A....dengan semua pihak. Termasuk kakitangan PBT dan juga permuafakatan bersama ahli-ahli majlis itu sendiri. Jangan pulak ada yang terlanjak buat-buat lupa diatas ahli majlis ada Ahli Parlimen & ADUN / Pengurusan DUN (JPD). Ada sesetengah ahli majlis merasakan seolah-olah ahli parlimen / ADUN atau Pengarah JPD tidak diperlukan dalam membuat sesuatu keputusan berkaitan masalah penduduk. Ini satu kesilapan besar, ia sepatutnya melibatkan semua peringkat, mereka adalah wakil rakyat, yang telah diberi undi untuk menjaga kebajikan serta membela nasib mereka. Jika berlaku sesuatu ketidakadilan keatas rakyat, pertimbangan bijak semestinya dilakukan, bukan mengambil kesempatan "bina empayar perniagaan" atau memberi sokongan terpilih kepada kroni. Jika ini berlaku , ianya sangat malang kepada Pakatan Rakyat,malah boleh menghancurkan kerajaan PR.
Demi semangat Pakatan, semua ahli majlis seharusnya berlapang dada apabila rakyat mengadu masalah kepada ahli majlis yang tidak bertugas dizon yang dijaga atau kepada ADUN, AHLI PARLIMEN,atau terus ke JPD dan lain-lain seumpamaya, yang penting masalah dapat diselesaikan. Yang mendapat manfaat ialah Pakatan Rakyat,kita bertugas bukan kerana parti atau jauh sekali bersifat pribadi tetapi lebih menjurus kepada semangat PAKATAN.
Ingatlah tugas yang digalas adalah amanah kerajaan negeri agar kita berkhidmat sebaik dan semesra mungkin demi meraih sokongan rakyat dengan matlamat yang sama.. mengekalkan kemenangan PR didalam PRU 13 dan seterusnya. Jika rakyat menilai kita sombong , bongkak...atau lembab maka undur sajalah, banyak lagi aktivis parti yang mungkin lebih hebat dari kita...yang boleh berkhidmat cemerlang membantu kemenangan Pakatan Rakyat dimasa depan. Jadilah diri anda sebagai hamba rakyat , bukan belagak "TUAN".sebaliknya kita adalah...khadam rakyat, sentiasa peka terhadap aduan serta berusaha semaksimanya untuk membatu bukan menekan!. Anda adalah sebahagian pempinan dalam masyarakat.
Rakyat sangat dahagakan bantuan serta pertolongan kita, oleh itu marilah sama-sama kita berjuang berkhidmat memandang rakyat dengan pandangan kasih sayang yang perlu dibelai dan dibela, BUKAN memandang bagaikan SRIGALA memandang mangsa... selamat bertugas bersama menjayakan misi dan visi kerajaan Pakatan Selangor. Kepada teman-teman diMPKJ. jadikan semua staf mpkj serta YDPnya sebagai satu keluarga, kita salin perlu memerlukan antara satu sama lain. Tiada perkerjaan yang boleh dilakukan keseorangan malaikan dengan muafakat, elak diri kita dari mendengar aduan sesat serta hasutan nescaya anda cemerlang mengibar panji-panji perjuangan Pakatan. Imej PR dibahu anda, staf mpkj adalah pengundi berdaftar, mereka juga ada hak atas kita....salam dari mantan ahli majlis mpkj, segala sukaduka selama 2 penggal sangat bermakna, lantaran mengarap kemantangan dalam manghadapi sejuta tribulasi perjuangan menghadapi cabaran seterusnya menjelang PRU13. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI..
No comments:
Post a Comment