Tiada manusia yang terlepas dari kesilapan..
selagi ianya bernama insan,pasti ada yang terlupa jalan
Dalam Pakatan masing2 ada pimpinan..
Kenapa mereka tidak jadi Rujukan..
Kawan2 dari jauh pandang pandangan...
Tertanya-tanya kenapa Zul jadi sedemikian..
Segala isu dikupas semacam hentam kawan...
Semacam tak peduli nasihat pimpinan..
Sekarang dah jadi YB...dulunya peguam lawan tetap lawan..
Berjiwa hamba, selamba naik basikal pergi Dewan..
Jimat petrol ! protes kerajaan zalim barisan..
Ku sangka panas di kwasan Baling,rupanya hujan di Yan...
wajah selamba muka depan di akbar utusan..
Komen Pakatan dengan cerita bukan-bukan..
Lebih baik hang diam,daripada dok bantai suami kak Wan..
Jangan sampai enta dicaci dihina kawan-kawan yg dulunya seperjuangan..
Pada ana enta tetap kawan dulu kini hingga akhir zaman..
Nasihatku ini semata-mata sayangkan kawan..
Bimbang hang tergelincir dari Pakatan masuk gaung Barisan..
Yang dulunya enta maki malam dan siang..sekumpulan dengan ezam & Roslan..
Ku doakan agar enta tabah tempuh ujian..
Dulu enta pun kata bukan senang mencari reda Tuhan..
Setia menanti mu, agar disuatu hari kita keluar makan-makan..
Rapatkan saf mantapkan perjuangan...tidak semestinya Pakatan..
Medan dakwah tiada batas sempadan..
Berjuanglah dengan ikhlas,jangan ikut nafsu syaitan..
Hargailah undi rakyat yg tolak Barisan pilih Pakatan..
Semoga enta tidak tergolong dalam kumpulan ENAMJAHANAM..
Hebatnya Pakatan kerana janji dipegang..
Buruk Barisan kerana menghalalkan mana yg haram..
Pertahankan islam biar jasad tinggal tulang...
Cekalkan semagat dlm perjuangan.... jom ! join alQOLAM....
1 comment:
Selalunya Bebas ni cenderung untuk menyokong BN. Setelah sahabat kita Zul ni berpisah dengan PKR apakah dia akan menyokong BN atau PR? Diharapkan walaupun tidak secara resmi mewakili PR diharapkan masih lagi istikomah dalam berdakwah dan mempertahankan Islam.
Kini tidak lagi mewakili Anwar dalam kes Qazaf. Mungkin conflict of interest. Ataupun beliau ada masalah lain.....
Post a Comment