Friday, February 5, 2010

BAS SJ- Ganggu Lalulintas Dusun Tua


Runggutan masyarakat DUN Dusun Tua terhadap bas SJ:
1- Exhaust memekak bising,apa lagi diwaktu magrib disaat jemaah surau masjid sedang solat (masjid Sg Serai, masjid Pekan BT14, surau Dusun Nanding,surau Bukit Raya dan surau-surau berhampiran jalan utama Hulu Langat) tersangat menganggu.
2- Suatu ketika injin acond, jatuh bersepai dijalan raya dipersimpangan Kuari Sg Long bt12 Sg Serai,nasib baik kenderaan dibelakang sempat mengelak....jika tidak jahanam kenderaan dibelakang.
3- Tayar tercabut, bergolek mesra,nasib tidak terlanggar mana-mana kenderaan...silap-silap kemalangan maut..
4-Rosak ditengah jalan (perkara lumrah) menyesakkan lalulintas berjam-jam sebagaimana belaku pada hari ini (sabtu 6 feb 2010) dipersimpangan bt9. sejauh 12km sesak jem..hingga ke pangson..
Kepada pemilik syarikat bas SJ (bas sakit jiwa -gelaran budak-budak sekolah )harap gantilah dengan bas yang munasabah,yang ada sekarang elok dimuziumkan atau dilupus...kepada Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ),dan juga Jabatan Pelesenan mengkaji semula kedudukan laluan bas SJ ini. Hairan juga macamana bas seburuk ini boleh lulus PUSPAKOM.......



Gara-gara bas SJ yang tersadai......sensara penguna jalan raya Hulu Langat...memburuk keadaan bila belaku hari sabtu dan ahad..

1 comment:

Unknown said...

pernah naik bas tu...driver dia mmemnag kurang ajar...dr nanding ke kl 4 kali mat motor bagi isyarat lucah dan penumbuk kat driver2 tersebut....peranagi driver SJ mmg teruk..seteruk bas dia org...