Sunday, April 25, 2010

PRK HULU SELANGOR - muhasabah untuk masa depan

Kalah menang dalam piliharaya itu perkara biasa. Tetapi apabila sesuatu bangsa itu masih tertipu walau berpuluh kali ditipu dengan janji kosong sehingga tergadai tanah ladang hidup melarat bertahun-tahun maka ini sesuatu yang luar biasa. Pilihanraya bukan sekadar medan mendedahkan kelemahan parti pemerentah semata-mata, tetapi peluang untuk menyebar luaskan lagi sehingga ke hati pengundi betapa jahatnya pemimpin BN yang diberi amanah tetapi kianat. Penderitaan peneroka sekian lama tanpa pembelaan terbadai hanya dengan janji PM taburan jutaan ringgit kononnya membela nasib hidup rakyat. RASUAH POLITIK sekiranya BN menang sudah menjadi perkara lumrah, halal disisi undang-undang negara. Selagi siMELAYU layu dengan "gula-gula" BN, selagi itulah bangsa Melayu akan terus lemah dari kaum lain dan akan merempat dinegara sendiri.
Kepada Ranting-ranting PKR jangan hanya berRanting banyak tetapi rantinnya berdahan mati kelak hanya sebagai hiasan bunga-bunga pelastik semata-mata, begitu jugalah PAS jangan hanya seronok dengan bilangan cawangan, tetapi biarlah cawangan yang bertambah itu tambah keaktifan nya melaksana segala aktiviti mendampingi rakyat terdekat.
"Virus katak" yang menular dikalangan calon-calon PKR sedikit sebanyak mengubah pesepsi pengundi di Hulu selangor, apa lagi kekurangan petugas-petugas PKR. Kemana mereka agaknya? Jangan sekadar ribut berjuang pasal kerusi tetapi liat berkerja untuk dapatkan kerusi. Kepada teman-teman dalam PAS sama-sama lah kita bermuhasabah menilai segala kerja yang telah kita laksanakan,memperbaiki mana yang lemah semoga PRU13 kemenangan milik kita.












Sunday, April 18, 2010

Mesyuarat Agung Pas Kawsan Hulu Langat

Selesailah sudah mesyuarat agung pas kawasan Hulu Langat,tahniah kepada semua pewakilan,dewan-dewan yang aktif menongkah arus mengejar cita-cita murni untuk memenangkan islam di bumi selangor. Yang penting semua pihak mesti bertugas bergerak,merancang serta akur arahan pimpinan, samada yang berjawatan mau pun yang tidak berjawatan. Bukan hanya bergantung kepada PAS KAWASAN semata-mata.
Ketua Kampung JKKK:
Dekati anak kariah anda sedekat-dekatnya,tangani masalah kampung manfaat perutukan yang dibekalkan sebaik mungkin. Laksanakan bancian penduduk tanpa mengira fahaman politik bertindaklah dengan mesra ,prihatin dan berkebajikan. Perturunkan wawasan PR Selangor,segala infomasi perlu sampai ke telinga penduduk dibawah tadbiran anda. Jangan bersikap Jin Kacau Kampung,kelak rakyat bersikap negatif terhadap PR.
Ketua Cawangan- ajk, terus bergerak mengatur program bersama YB, Ahli Majlis,Nazir masjid bergerak dalam satu bahtera mendokong satu cita-cata. Lupakan budayakan menunding jari...tetapi tanya diri kita apa kah sumbangan kita kepada masyarakat. Cakap-cakap tak merubah keaadaan tatapi tindakan kita lah yang akan mengubah pesepsi rakyat kearah menyemarakkan sokongan terhadap Pakatan. anda mampu melakukan nya......

















sebelum memancing hati rakyat...kena belajar memncing ikan...


Bowling Persahabatan Parlimen Hulu Langat

Bagi mengeratkan lagi silaturahim dikalangan ketua-ketua jabatan kerajaan dan swasta dikawasan Parlimen Hulu Langat bersama ahli Parlimen YB Dr Rosli Che Mat, Urusetia Parlimen telah menganjurkan Perlawanan bowling pada 17 April 2010 diKajang. Jabatan yang hadir terdiri daripada Pejabat Tanah Hulu Langat, JPS, Alam Flora, RDF, JKR, MPKJ, IPD Kajang, Bomba, SYABAS, TNB, Masjid kajang,dan team Parlimen H.Langat. Syabas dan tahniah kepada kumpulan yang menang serta sokongan dan juga kerjasama dari semua pihak yang terlibat.
Parlimen Hulu Langat mengucapkan jutaan teriama kasih yang tidak terhingga kepada saudara Ruzaini dan Edy yang berkerja keras bagi menjayakan program ini.Semoga Allah membalasi segala bantuan mu dengan rahmat yang berpanjangan hingga akhir hayat.





























MESRA BERSAMA WARGA EMAS DITOKONG ALAM JAYA

Maljis makan tengahari bersama penghuni pangsapuri Alam Jaya,turut serta ahli majlis MPKJ saudara Edy Ng,Pengarah JPD Dusun Tua saudara Mohamad Jan Sulong,Puan Mary,Mr Kanapaty dan juga saudar Deliganu.
Sambutan sangat mengalakkan bukan saja dikalangan warga emas tetapi juga dikalangan anak-anak remaja.Maljis diserikan dengan bakaran mercun serta sumbangan wang kepada warga emas disamping upacara keagamaan diTokong.Program ini berjaya merapatkan lagi hubungan pemimpin dengan rakyat,disamping menerangkan program Merakyatkan Ekonomi Selangor MES, ia juga dapat mendekati pengundi-pengundi N23 seterusnya menwujudkan kemesraan.


























Saturday, April 10, 2010

MASJID PEKAN BT14.PUSAT DAKWAH DUN DUSUN TUA

Sekian lama diperkatakan disegenap pelusuk negara,GEJALA SOSIAL !
Hari ini wabak GS telah merebak serta menjangkiti semua manusia tanpa mengenal usia. Hampir setiap hari, berita hangit seperti isteri mengzalimi suami,suami bunuh isteri,bunuh diri kerana isteri,isteri curang, sex bebas dikalangan remaja, anak bunuh bapa,rogol isteri, buang bayi, dan macam-macam cerita lagi yang hangit dan hangus ! terbaru, nyaris anaknya tak maut dilibas parang gara-gara hajat bersetubuh tak kesampaian.
Segala fenomena diatas adalah berpunca daripada AQIDAH & kefahaman ajaran ISLAM yang rapuh. Sesungguhnya segala trajidi ngeri diatas boleh diubati hanya dengan kemantapan iman dan memahami islam secara amali. Masjid pekan Bt14,mengisi kekosongan ilmu dengan jadual kuliah setiap malam dan juga pada setiap pagi ahad dengan KULIAH DUHA. Guru-guru nya terdiri daripada lepasan al Azhar Mesir, Jordan dan lain -lain universiti didunia.tetapi malangnya...penduduk sekitar sangat liat untuk hadir. Ini lah waktu nya semua penduduk tanpa mengira apa jua fahaman politik untuk bersama-sama di MAJLIS ILMU. majlis yang sangat disukai olih para malaikat dan Allah swt. Ingat lah pesanan Nabi Muhamad saw, hanya dengan ilmu saja lah yang boleh menyelamatkan kita serta zuriat kta daripada wabak GEJALA SOSIAL dan sambaran api neraka Allah kelak...sesungguhnya hidup ini hanya menunggu saat kematian..Bila kah giliran kita? FAKTA JPD Dusun Tua: dari Bulan Januari hingga April 2010 sudah hampir 45 orang yang meninggal dunia tanpa mengira usia...KITA BILA?
Datanglah beramai-ramai disetiap masjid yang ada majlis ilmu.Dalami lah ajaran islam serta beramal lah dengan nya.

Tuesday, April 6, 2010

DRESA- TELAH DIRASMIKAN OLEH DATO HASAN NAWAWI - YDP MPKJ

DRESA- DATARAN REAKREASI SENTOSA..telah dirasmikan oleh Dato Hasan Nawawi.Yang DiPertua MPKJ pada 28 mac 2010. Ini adalh sumbangan MPKJ atas daya usaha ahli majlis sdr Mohamad jan Sulong. Walau pun ada tentangan segelentir masyarakat yang kurang senang dengan PR,namun itu semua bukan halangan usaha untuk menyediakan kawasan riadah bukan hanya untuk remaja,tetapi juga untuk warga emas secara berkeluarga. Kepada mereka yang membuang sampah dikawasan ini,sila hentikan budaya "kurang ajar" sebelum anda diajar oleh penguatkuasa mpkj. Muafakatlah menjaga persekitaran kawasan ini agar ianya terus kekal sebagai kawasan yang bersih sesuai untuk dinikamati semua golongan masyarakat.

Upacara perasmian diserikan pada malamnya dengan MUNAJAT PERDANA & CERAMAH MAULID-Kia Pasantren wali songo Indonesia.



Pemimpin bersama rakyat-menjana insan RABBANI

Kongsi pengalaman sukaduka jelajah dunia berbasikal.Usia bukan halangan,selagi ada kemahuan disitu ada kejayaan..anak remaja perlu elak diri dari terjebak dengan dadah,dedah,dan budaya lepak yang tidak mendatangkan faedah....pesanan Dato YDP MPKj.





penuh minat mendengar nasihat...dari insan yang memiliki jatidiri...

YDP MPKJ,mesra,prihatin bersama ahli majlis & YB Parlimen Hulu Langat.

Setia bersama masyarakat tak kira dimana,lantaran ianya menyemarakkan lagi kemesraan dikalangan remaja dan juga dewasa. Sebagai Ketua Pentadbir PBT MPKJ seharusnya lah beliau menyelami apa yang tersirat dihati penduduk,bagi memastikan segala aduan rakyat telah diberi perhatian dan di ambil tindakan sewajarnya. Keperihatinan serta kemesraan nya banyakm membantu menyelesaikan aduan penduduk,samada melalui YB DR Rosli, ahli Parlimen Hulu Langat atau pun melalui ahli majlis...Itulah dia Dato Hasan Nawawi Abdul Rahman Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang.