Friday, November 9, 2012

Banjir di Sg. Kantan


Banjir kilat berpunca daripada kecuaian KONTRAKTOR PUSAT KOKURIKULUM..sg kantan..akibatnya tebing jalan runtuh serta bnjir lumpur membadai rumah puan Julia serta rumah berdekatan..LAWATAN DATO MD.AMIN tuan pegawai daerah Hulu Langat. serta Yb Dr. Rosli Che Mat ahli parlmen Hulu Langat turut bersama JPS, MPKJ, JKR, JURUPERUDIN KOKO dan KETUA KAMPONG TEKALI akhirnya kunci berjaya dibuka....bagi mengelak limpahan air dari kolam kayak koko.

Monday, April 23, 2012

Penduduk Kg Bahagia dan Kg Sg Makau Mendapat Hakmilik


HULU LANGAT, 22 APR : Bukti janji Pakatan Rakyat yang membela nasib rakyat tanpa kira agama, bangsa dan fahaman politik sekali lagi terserlah hari ini di dalam satu majlis pemberian hak milik tanah di sini.
Beberapa peneriman notis borang 5A atau kelulusan pemilikan tanah, menceritakan bagaimana mereka sudah berkali-kali memohon hak milik daripada pentadbiran Umno-BN dulu.
“Saya sudah mengemukakan permohonan sebanyak tiga kali dan pemerintahan kerajaan dahulu (Barisan Nasional) sudah masuk dua penggal tetapi tiada apa-apa tindakan sehinggalah Pakatan Rakyat mengambil alih,” kata Thamaselvam Chelliah, 54, seorang penerima notis 5A.
Thamaselvam berkata beliau menunggu lebih dari 20 tahun untuk menerima hak pemilikan tanah yang didudukinya.
Begitu juga Lim Choo On, 60, yang sudah tinggal di kampung tersebut melebihi 20 tahun.
“Kalau dahulu semasa pemerintahan BN, terlalu banyak karenah dan mesti menyokong BN tetapi pentadbiran Menteri Besar telus dalam menangani masalah rakyat,” katanya.
Thamaselvam dan Choo On antara 55 penduduk yang menerima Notis 5A dari Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim di padang Taman Titiwangsa, Kampung Sungai Makau di sini.
Turut hadir Exco Selangor, Iskandar Abdul Samad dan Ean Yong Hian Wah, MP Che Rosli Che Mat, Adun Bangi, Shafie Abu Bakar,  Pegawai Daerah Hulu Langat, Haris Kasim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kajang, Datuk Hasan Nawawi.
Pada majlis yang sama, Abdul Khalid turut menyerahkan surat hak milik kepada 29 orang penduduk Kampung Bahagia, Bangi yang berjaya menjelaskan premium setelah menerima notis borang 5A.

Tuesday, March 13, 2012

PRIHATIN....

Penyelaras Dun Dusun Tua Sdr Mohamad Jan Sulong
dan Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dr Che Rosli Che Mat
bersama menziarahi mangsa banjir.

Menteri Besar Selangor bersama-sama dengan Penyelaras Dun
Dusun Tua menziarahi mangsa banjir



Seorang warga emas yang terlibat dalam kejadian banjir
terduduk kerana terlalu letih membersihkan rumah.
Penyelaras Dun Dusun Tua Sdr Mohamad Jan Sulong dan
Komandor Unit Amal Zukri menziarahi mangsa banjir.
Paras air banjir melebihi ketinggian Pengarah Penyelaras
Dun Sdr Mohamad Jan Sulong

Friday, March 9, 2012

BANTUAN MAKAN YANG TAK PUTUS KEPADA MANGSA BANJIR DUN DUSUN TUA





Penderitaaan Warga Penduduk Dun Dusun Tua Tidak Keseorangan Yang Mana Dari Malam Kejadian Sehingga Ke Hari Ini ( 09/3/2012) Bantuan Makan Yang Di Hulukan Oleh Orang Perseorang Dan Syarikat Swastar Amat Bermakna Kepada Mangsa Banjir Yang Mana Mereka Dikunjungi Oleh Sebuah Pasaraya Econsave Balakong Memberi Sumbangan Barang Dapur Ini Sedikit Sebanyak Dapat Meringankan Beban Semasa Mereka Didalam Kesusahan. Pejabat Penyelaras DUN Dusun Tua Mohamad Jan Bin Sulong Turut Membantu Dengan Memberi Bantuan Makanan Bermasak Kepada Para Mangsa Yang Mana Mereka Semua Tidak Dapat Menyediakan Makanan Disebabkan Keadaaan Rumah Dan Barang Yang Bercampur Lumpur. Di Dewan Orang Ramai Pecan Batu 14 Markas Induk Bilik Gerakan Banjir Dun Dusun Tua Dibuka 24jam Bagi Membantu Member Bekalan Makanan Berserta Bantuan Pakaian Untuk Mereka Yang Mermerlukan.

BANJIR KILAT DI DUSUN TUA

Pengarah pengurusan Dun Dusun Tua Sdr Mohamad Jan Sulong
dan Ahli Parlimen Hulu Langat YB Dato Che Rosli Che Mat
menziarahi mangsa banjir di Dusun Tua.

Pertugas Unit Amal sedang membantu mangsa banjir
membersihkan kawasan rumah.


Penyelaras Dun Dusun Tua turut serta membantu mangsa
banjir membersihkan rumah.
salah seorang mangsa banjir sedang membersihkan
kawasan rumahnya



Sunday, February 26, 2012

Ceramah Maulidul Rasul di Taman Pekasa






Sekiranya kita menyambut Maulidul Rasul kerana cinta kepada batang tubuh nabi S.A.W makaapa bezanya kita dengan Abu Lahab? Sedangkan kalau dibandingkan dengan Abu Lahab sudah tentu beliau lebih utamakan kerana beliau sanggup mengorbankan 100 ekor unta merah dan membebaskan hamba yang paling disayanginya

Sedangkan kita dituntut selain cintakan kepada nabi kita juga perlu akur dengan peringatan dan ajarannya. Islam yang dibawa, syariah yang diperintahkan dan hadith yang disampaikan... Buktikan kecintaan anda kepada nabi dengan menjunjung segala yang dibawa dan kekalbersamanya. pekara ini lah yang di sampaikan oleh ustaz Syakirin pada majlis Ceramah Maulidul Rasul di Taman Pekasa, ceramah ini telah di buat di kawasan halaman rumah Yaakob Lias, majlis Ceramah itu turut dihadiri Pengarah Pengurusan Dun Dusun Tua iaitu Saudara Mohamad Jan Bin sulong yang turut memberi ucapan alau-aluan pada Majlis itu, beliau mengatakan penghargaan kepada semua hadirin kerana sudi menghardiri Cerama ini. turut hadir YB DR Che Rosli Che mat Ahli Parlimen Hulu Langat.