Friday, November 19, 2010

Kemeriahan gotong-royong Korban Perdana 2010 di Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua

Tahniah kepada warga pimpinan Masjid Al-Muttaqin Batu 16 Dusun Tua dan ahli jemaah Kariah Dusun Tua yang telah berjaya mengadakan program Korban Perdana 2010 ini.

Saya turut merakamkan takziah kepada Tuan Haji Fahmi Hasanudin setiausaha Masjid atas pemergian ke Rahmatullah Bondanya yang tercinta. Semoga Allah mengurniakan kesabaran kepada anta sekeluarga.

Monday, November 15, 2010

Pengajaran Penting Sempena HARI RAYA QURBAN...

Kepada semua umat islam khususnya di Malaysia.Esok selepas solat Raya maka lembu-lembu akan dikorbankan sebagai ibadah kepada Allah swt. Dalam masa yang sama jangan lupa ada juga lembu-lembu yang TERKORBAN.Yang benci ajaran Rasul, yang sangsi hukum Allah, yang curiga ajaran Alquran juga hantar lembu untuk Dikorbankan....kepada semua pejuang-pejuang islam seluruh dunia hari esok meningatkan kita kepada mereka yang gugur syahid dimedan jihad kerana mempertahankan kesucian islam dari dihina penyangak-penyangak barat.Mereka sedia mengorbankan jiwa,harta serta masa untuk keluarga semata-mata kerana Allah swt.Jualbeli mereka diterima oleh Allah, giliran kita bila lagi? Kepada saudara FIRDAUS IBRAHIM pemuda pas Hulu Langat, yang syahid pada 14 Nov 2010, kita doakan semoga Allah himpunkan beliau bersama pejuang-pejuang islam disyurga Insayaallah.kepada aktivis islam Hulu Langat, berkeja kuat lah demi mencapai kemenangan islam dibumi Selangor PRU 13. SAYA MENGUCAPKAN SELAMAT BERJUANG, SELAMAT BERKORBAN DEMI ALLAH DAN RASULNYA, TIADA LAIN SEMATA-MATA UNTUK MENEGAKKAN SEBUAH NEGARA ISLAM YANG BERDAULAT.....MATLAMAT KITA BERSAMA, DULU KINI DAN SELAMANYA.............tiada gentar dan sangsi padanya,siapa halang kita tentang habis-habisan,usaha dakwah kita perkasakan, yang buta kita celikkan dengan alquran, yang munafik kita leburkan atas semangat jihad.....Allahuakbar!!!!!!!!!

Kepada KETUA-KETUA KAMPUNG JKKK-P / AHLI-AHLI MAJLIS / PIMPINAN PAS PKR DAP UMNO(yg islam) Hulu Langat, marilah sama-sama kita mengambil iktibar daripada ibadah qurban dalam usaha membangunkan masyarakat hari ini.Berkorbanlah demi menurut segala syariat alquran yang telah wartakan oleh Allah swt.Berkorbanlah menolak segala fahaman-fahaman karut yang bertentangan dengan alquran.Hanya dengan alquran sahajalah masyarakat dapat diselamatkan daripada segala kemelut yang melanda hari ini.Ummah akan hancur sekiranya meningalkan ajaran alquran.

Perutusan Aidiladha 1431H 2010 Pengarah MTD Dusun Tua Sdr Mohamad Jan ...




Sedikit tazkirah peringatan dalam menghadapi Hari Kebesaran Islam bersempena Hari Raya Aidiladha 1431H/2010. Semoga Semangat pengorbanan dan perjuangan para anbiya' dapat diteruskan oleh generasi terkemudian khasnya kita semua dalam usaha memburu redha Allah dan keselamatan di dunia dan akhirat sebagaimana istiqamahnya pejuang-pejuang terdahulu yang telah berjaya mendapat redha-NYA.

Salam pengorbanan buat semua penduduk dan warga pengundi DUN Dusun Tua.

Ikhlas dari warga pimpinan:

Majlis Tindakan DUN Dusun Tua

Parti Islam Semalaysia PAS


Mohamad Jan Sulong

Pengarah MTD/JPD

DUN Dusun Tua


Thursday, November 11, 2010

Selamat Hari Raya .....Qurban

Hanya tinggal lima hari saja lagi seluruh umat islam didunia menyambut Hari Raya Haji / Qurban. Di Mekah manusia dari seluruh pelusuk dunia membanjiri disegenap bumi mekah tiada kerana lain semata-mata menunaikan ibadah kepada Alllah swt. Taqwa...itulah matlamat semua hamba Allah yang berada dibumi Mekah. Melihat jutaan umat manusia yang sujud kepada Allah yang satu dengan pakaian yang sama tanpa mengira siapa mereka....sebagai simbol penyatuan ummah islam seluruh dunia.Inilah simbolik dan unit serta indahnya ajaran islam dari Rabbuljalil, mengajar hamba nya cara hidup bermasyarakat tanpa mengira kaum, warna kulit dan sempadan georafi. Tetapi malangnya penyatuan ini gagal dipraktikkan diadalam masyarakat. Keluar saja dari bumi Mekah masing-masing buat hal masing2. Hidup dengan gaya kefahaman masing2 ...tak perduli dengan amaran Allah dan Rasul. Segala peraturan Allah diredah....disanggah ! malah ada sesetengah pemimpin menghina hukum hakam Islam serta memperlekeh alquran. Peliknya manusia sibongkak ini...yang paling banyak membekal lembu qurban....yang kita bimbang tak jadi qurban...melihat kepada sejarah habil dan qabil qurban yang diterima oleh Allah adalah datang dari hati ikhlas serta mentaati Allah sepenuhnya...bukan macam orang sekular hari ini....separuh yakin separuh tolak...( kerana mereka ini adalah golongan yang menolak hukum Allah..).dengan hanya satu saja mempertikai hukum Allah / ayat alquran maka batal lah syahadah mereka.....Ya Allah lindungilah kami dari terpedaya dengan puak-puak ini....penyeru-penyeru kejalan yang sesat.