Thursday, September 30, 2010

MESRAYA BERBILANG KAUM DUN DUSUN TUA..bowling alQolam

Semua kaum menikmati kemeriahan sambutanRAYA idulfitri di merata tempat sekitar DUN Dusun Tua.Majlis diserikan berbagai acara dengan pengelibatan semua kaum tanpa mengira usia. Masing2 memperlihatkan bakat yang sekian lama terpendam...lihatlah gelagat orang kampung bersukan bowling... (diantaranya ada yang pertama kali pegang bola...seronoknya tidak terkira...)















Tuesday, September 28, 2010

GALAS....PANGGILAN JIHAD KEPADA SELURUH AMILIN PAS DI MALAYSIA


Semoga Allah merahmati Allahyarham ADUN Galas,Chek Hashim Sulaima,salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham bersabar diatas ujian Allah swt. Apa pun kepada semua ahli PAS kita diajak untuk terus berkorban berjihad dengan apa apa saja demi mengekalkan kemenangan DUN Galas. UmnoBN seperti biasa akan mengunakan isu PKR yang ribut bagaikan perang "khandak" dalam pemilihan baru-baru ini sebagai senjata ampuh meracun rakyat. Begitu juga isu lapuk seperti perpaduan dan pembangunan (2P) menjadi "zikir" harian radio ,tv dan media massa terutama utusan meloya dan berita hairan. Namun begitu rakyat Kelantan adalah jenis manusia yang tersangat bijak dan celik politiknya, serta berilmu dan memahami tuntutan islam hasil daripada tarbiryah ulamak2 serta umarak kerajaan negeri Kelantan. Kini sudah 20 tahun dibawah payong ulamak kepimpinan Tok Guru Menteri Besar Nik Abd Aziz Nik Mat...semoga Allah mengekalkan kemenangan islam di Kelantan.

VEDEO GAME HARAM...DI TAMAN LAGENDA SURIA HULU LANGAT.

Hasil kerjasama Pasukan Polis Pekan Bt14,MPKJ telah berjaya menyerbu serta bertindak keatas primis vedeo haram di Taman Lagenda Suria,selama ini pusat hiburan vedeo game ini menjadi kawasan lepak dikalangan pelajar sekolah menengah dan rendah yang berdekatan.Pihak JPD DUN Dusun Tua tidak akan teragak-agak untuk bertindak bersama Polis dan MPKJ keatas mana-mana primis yang menjalankan aktiviti haram dikawasan ini,demi untuk mengekalkan keharmonian, keselamatan serta mengelakkan gejala sosial dari terus membiak dan merebak dengan lebih parah lagi.Kepada IBUBAPA...TOLONG AMBIL BERAT LIMA PERKARA :

1- Kemana anak kita pergi dan apa tujuan nya.
2-Dengan siapa anak kita keluar (kenali siapa kawan dia).
3-Sudahkah anak kita mendirikan solat...(kena tanya,tegas!).
4-Jam berapa akan pulang.
5-Dekati mereka dalam semua perkara.






Sunday, September 19, 2010

APA ADA PADA BANGSA...JIKA ISLAM TERUS DIBULI...

Ibrahim Ali presiden "perkasam" memang sejak dari kepompong umno hingga lah sekarang,bercakap macam orang kurang cerdik,demi politik hasadengki kepada MB Kelantan atau PAS seluruhnya dan juga demi mengaut untung simpati teman-teman sepejuangannya,itulah gaya politik Ibrahim katak (gelaran dulu kini dan selamanya) sentiasa mencari peluang untuk mengelirukan orang.Siapalah si Brahim nak hurai apa yang tersirat dibenak Tok Guru,apa lah yang yang dibangga kan sangat dengan Melayu yang layu dengan agamanya islam.Melayu munafikin,Melayu kafirin....yang sangsi dengan alquran,yang hina nabi Mohamad saw,sebagaimana mantan PM...Melayu mulia hanya kerana islam,berbangga lah kerana menjadi hamba Allah yang bertaqwa..kalau dilihat gelagat anak2 remaja yang hilang pedoman hidup...dikota raya(KL),malu kita nak mengaku itu bangsa Melayu....apa ada pada Melayu kalau sekadar melalak macam anjing lapar seperti brahim katak....????

Friday, September 17, 2010

MERDEKA...MERDEKA,,,MERDEKA

Lima puluh tiga tahun sudah negaraku merdeka,
rakyat bertambah Melayu Cina dan India...28juta,
belum dicampur anak siam bengali indon mymmar dan bangla,
belum dikira anak zina dan yang tiada pengenalan nama,
merdeka!!!
dadah syabu dan segala macam sial memasuki negara,
ada yang ditangkap ada yang sedang dibicara,
tak kurang juga yang bebas berleluasa,
remaja sebagai mangsa..mereka alpa..mereka anak kita,
merdeka!!
Membangun,maju megah dengan mercu tanda,
rakyat makmur berbilang bangsa ekonomi sejahtera,
pemimpin banga..mendabik dada...kita SATU MALAYSIA,
siapa tahu rakyat menangis setiap tahun barang naik harga,
merdeka!!!
53 tahun rakyat makin cemas..ada saja yang jadi mangsa..
mangsa rogol ! dari yang muda remaja hingga ke nenek tua..
perogol ! dari remaja hingga lah si tua yang giginya tinggal dua..
namun nafsunya bagaikan srigala...singa.. buaya dan nagagila,
merderka!!!
aksi jenayah semakin hebat bagaikan aktor filem lagaknya,
muka selamba watak hero...mashur namanya,
ada yang ketawa..belum didakwa,ada yang keluar negara,
aduhhh...bencinya rakyat,undang2 itu untuk siapa,
merdeka!!!
aksi membunuh..letup dan bakar mayatnya,
sembelih,potong2 tanam mayatnya,
pukul tikam potong dan bakar mayatnya,
semata-mata kerna kuasa,wang, dan harta,
merdeka!!!
siapa pelakunya...yang bergelar pemimpin ternama,
siapa pelakunya....yang bergelar peguambela,
siapa pelakunya....yang bergelar bapa,
siapa pelakunya...yang bergelar anak....dan juga ibunya,
merdeka!!!
selagi islam tidak memerentah,
selagi alquran tidak memerentah,
selagi ulamak tidak dirujuk...bersama assunnah,
selama itulah negara akan musnah,

merdeka tanpa makna...rakyat kian resah,
Aduhai kaumku..MELAYU.kembalilah kepada ajaran islam sepenuhnya,
semoga selamat dunia akhirat..kekal abadi selamanya..
islam ADIL UNTUK SEMUA.....(hanya bersama Parti Islam seMalysia)

Wednesday, September 15, 2010

SELAMAT TINGGAL RAMADAN...SELAMAT DATANG SYAWAL

Ramadan berlalu pergi..sebagai hamba Illahi tugas kita banyak lagi,30 hari menahan ajakan nafsu melawan kehendak hati semata-mata taat perentah Rasul akur perentah Illahi, Tawaran diawalnya Rahmat, pertengahan nya Keampuanan diakhirnya bebas dari api neraka yang sangat digeruni,berlalu sudah 30 hari yang diberkati,tanya diri kita apakah kita perolehi apa yang dijanji? atau sia-sia saja sekadar lapar dahaga yang kita perolehi...kini syawal menanti, janji lagi dengan puasa enam hari,ganjaran berganda menanti puasa enam hari umpama puasa 360hari, dua bulan mulia ini penuh dengan tawaran demi tawaran agar hamba yang bergelar manusia ini merebut peluang menambah amalan agar kelak tidak disambar api azab Illahi, tanya dirimu...sejauhmana kita menyambut menyahut seruan dan tawaran Illahi ini, atau adakah kita buat buta pekak tak peduli? bagaikan kita hidup tak akan mati, bukankah kita yakin selepas mati hidup kembali?alam kubur singgah menanti malaikat azab, sementara menanti waktu ke alam akhirat untuk diadili? disitulah segala amalan didunia diperlukan agar dikasihi Illahi, jika tidak terseksalah hidup kekal abadi,kesal tiada berguna lagi,waris sekadar memerhati masing2 nfsu nafsi,kalau dulu didunia sebatang rokok kongsi-kongsi gelak-gelak tambah sebatang lagi,buat lawak gelak gelak sampai pagi,tak cukup secawan teh tambah seteko kopi....ingat-ingatlah waktu kita mati,inilah waktu terbaik menambah amal pembela diri diakhirat nanti,perkuatkan rohani mengadap Illahi dimalam hari,semoga beroleh TAQWA yang dicari,perlunya taqwa sebagai perisai diri dalam menghadapi ancaman SYAITAN berupa insani dan juga iblisi,kepada yang bergelar amilin dalam jemaah islam ianya teramat mustahak sumber kuasa batin dalam peperangan melawan toghut. sama-samalah kita berusaha kearah itu...selamat beramal.............

Thursday, September 2, 2010

Khidmat sosial Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)...di Rumah PERKID DUSUN TUA HULU LANGAT

JPD DUN Dusun Tua mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Penguatkuasa MPKJ serta seluruh rombongan kebajikan yang diketua oleh saudara Tuan Rajani, Tuan Amar, Tuan Kamarudin serta semua petugas penguatkuasa. Semoga jasa baik anda semua dibalas dengan Rahmat Allah yang tiada terkira banyaknya..insyaallah.