Monday, August 30, 2010

53 Tahun Merdeka...menyaksikan kehancuran aqidah ummah semakin parah umno terus gagal membela islam...

Setelah 53 tahun Semenanjung Tanah Melayu(Malaysia) merdeka, bangsa Melayu dulunya sinonim dengan Melayu itu islam,islam itu Melayu sudah tinggal kenangan. Sama seperti aset keretapi tanah Melayu diSingapura. Melayu hanya tinggal nama, Melayu kini telah berpecah kepada tiga, Melayu mukmin,Melayu munafikin dan Melayu kafirin. Diantara produk yang terhasil daripada 53 tahun Merdeka ialah "Melayu Boleh" meninggalkan islam bebas menganut agama yang mereka sukai,..kenapa murtad menjadi-jadi? ianya berpunca daripada kegagalan umno mendaulatkan Alquran -assunnah sebagai kitab rujukan dalam menguruskan negara. Walau pun pemimpin utamanya terdiri dari bangsa Melayu yang beragama islam tetapi umno sejak dari dulu kini dan selamanya menjadikan alquran sebagai produk pelancungan "musabaqah"semata-mata. Umno memang jahat, Melayu yang baik apabila sertai umno kejahatan umno akan meresap kebatang tubuh individu yang baik itu akhirnya jadi jahat...umno bukan sekadar mengkianati bangsa sendiri tetapi memusuhi sebahagian perentah Allah dalam alquran. Umno lah punca utama kenapa bangsa Melayu berpecah, lihatlah hati perut umno terhadap pimpinan Melayu PAS diKelantan, pembunuhan aktivis di Memali kedah, peristiwa berdarah dilubuk Merbau dan banyak lagi kezaliman melayu umno diseluruh tanah air yang melibatkan penderitaan pejuang islam pas hasil daripada sikap hasadengki kesumat nafsu serakah syaitan yang mengalir dibatang tubuh umno.
Sepatutnya umno (pejuang melayu)Kelantan menyokong agar kerajaan pimpinan (PAS) ulamak disana diberi royalti petrolium agar negeri kelantan terus maju membangun bersama islam. Tetapi pelik negeri itu lah yang diserang setiap hari...seperti orang gila. Menteri Besar Kelantan diselar dicaci dituduh dengan berbagai-bagai - sesat,ekstrem,dan macam-macam lagi. Persolan nya kenapa parti yang berjuang atas nama bangsa melayu sangat benci dengan kerajaan melayu(PAS) di kelantan? mungkin kah ini jelmaan sifat munafik sebagaimana yang dijelaskan didalam alquran dan hadis nabi saw. Selagi Melayu,umno tidak kembalikepada islam yang sebenar..selagi itulah Melayu akan terus berpecah. Hanya PAS saja lah yang bakal menyatukan Bangsa Melayu menjadi bangsa yang dihormati berlandaskan ajaran islam yang maha adil kepada semua kaum dinegara ini. Kebanjiran wabak sosial yang amat membimbangkan bakal menghancurkan umat melayu..kita lihat sekali lagi umno terkial-kial mencari formula penyelesaian, walau pun alquran telah menyebut..."alkitab sebagai petunjuk...kepada manusia",namun atas sifat tidak yakin kepada petunjuk Allah yang tersurat,umno menguna akal nya penuh dengan virus syaitaniah itu mencadangkan agar diwujudkan sekolah pelajar hamil....
Cukuplah 53tahun BNumno tadbir Malaysia....PRU13 jalan penamat segala kemungkaran BNumno. JUN 2011...Pakatan Rakyat bakal mengubah landskap pemerentahan Malaysia berpaksikan alquran dan sunnah nabi saw, keadilan sejagat bakal memayungi rakyat di segenap penjuru alam negaraku Malaysai tercinta tanpa mengira kaum dan agama.
kepada ahli umno..tinggalkan perjuanganmu yang sesat itu, marilah bersama PAS, berjuang atas dasar aqidah islamiah, sama-sama kita selamatkan anak bangsa yang jauh hanyut tengelam dilautan nafsu agar kembali insaf mencintai islam, bersama kita mengatur langkah dakwah mengajak manusia mentauhidkan Allah, marilah sama-sama kita imarahklan masjid surau eratkan perpaduan demi islam...buanglah kurafat perjuangan bangsa agar kamu terselamat dari murka Allah azawalala...di akhirat kelak.

Tuesday, August 17, 2010

Ramadan....RAHMAT ALLAH MENCURAH DI DUN DUSUN TUA...

Diantara kelebihan DUN Dusun Tua,Hulu Langat Selangor ialah kewujudan sebelas pusat Tahfiz alQuran, unik nya ia berada disegenap penjuru bermula daripada Kampong Sg Serai hinggalah kePangson sempadan daerah dan Sungai Lui sempadan N23- Jelebu negeri Sembilan. Semua ini adalah diusahakan oleh kaum muhajirin,malah pelajar-pelajar pun yang ramainya adalah dari kalangan penduduk diluar kawasan Hulu Langat. Dengan wujudnya institiusi tahfiz ini secara tidak langsung bertambah pula guru-guru agama ustaz dan ustazah, mudah-mudahan N23 akan makmur dan diberkati Illahi. Kita juga berharap agar penduduk N23 seluruhnya akan menghayati serta mengamali islam secara menyeluruh dan terus mendokong jemaah islam hingga akhir hayat sesuai dengan seruan Rasulullah saw..." hendaklah kamu bersama jemaah islam..."
Lihatlah Masjid Pekan Bt14Hulu Langat yang dulunya berkarat, kini luar dalam ceria. Pada malam nya meriah dengan saf-saf yang memenuhi dewan solat diserikan pula dengan tazkirah oleh ulamak-ulamak muda dan tua...masayallah...hebat! Kalau zaman BN memerentah...hanya sekadar solat terawih dan jamuan...langsung tidak ada pengisian rohani, sedangkan sebagai pemerentah mesti bertanggung jawab mendidik rakyat agar menjadi insan yang taqwa. Hanya dengan cara begini sajalah segala musibah kemurtadan,zina,bunuh dan segala wabak sial yang melanda negara hari ini dapat diselesaikan. Alquran dari awal telah menyebutkan..."sebagai petunjuk jalan yang benar.." tapi umat islam hari ini teramat menyimpang dari kitab petunjuk alquran,punca nya? pemerentah negara UmnoBn takut melaksanakan hukum Allah.kenapa takut? kerana kebanyakan pembesar negara pelaku-pelaku maksiat samada dosa besar mahu pun dosa kecil.....lu pikir lah sendiri....
PM Melayu beragama islam,kiri kanan penasihat agama dikalangan ilmuan islam yang hebat malang nya sekadar gagal menjadikan alquran sebagai rujukan dalam urustadbir negara.Pesalah judi,zina, bunuh dan sebagainya yang sangat menakutkan sejak mutakhir ini, kerajaan bagaikan hilang pedoman,setiap hari ada saja kes buang bayi hasil zina dikalangan remaja,kerajaan jadi benggong! media eletronik-massa hari-hari paparkan berita bunuh bayi (bukan buang bayi tetapi BUNUH bayi) pun kerajaan terkial-kial apakah hukuman yang selayaknya. kenapa jadi begini? sebab ada dikalangan pembesar-pembesar yang ketagih sex, simpan perempuan, terlibat kes bunuh dan sebagainya...
Kembalilah kepada ajaran islam sepenuhnya...mari lah bersama Parti Islam Se Malysia(PAS) kita perjuangkan agar alquran dan hadis sebagai panduan mentadbir negara, semoga semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama akan selamat, aman sejahtera dan bersatu dibumi Malaysia yang tercinta..









Friday, August 13, 2010

WABAK BENCANA BILA PINGGIR HUKUM ALLAH..




















Bagaikan malapetaka yang melanda negara, saban hari ada saja kes buang bayi samada yang bersifat mahu pun belum bersifat. Pemimpin negara semacam bengong, merapu dengan ulasan sekadar mengikut logik akal masing-masing. Sedekat merdeka, pemimpin negara masih pening dan bengong dengan isu gejala sosial yang semakin membarah membaham mangsa tanpa mengira usia, kaum dan anutan agama. Malang sekali, walau pun islam agama rasmi negara ini, tetapi ianya sekadar amalan biasa saja, tak ubah sebagaimana beramalnya penganut lain-lain agama. Inilah akibat bila mengenepikan ajara sebenar Nabi Muhamad saw- beramal secara berpilih-pilih bukan menyeluruh.

Satu ribu empat ratus tiga puluh satu (1431) tahun yang lalu, Allah melalui RasulNya telah menurunkan kitab panduan mentadbir alam, cara menguruskan gejala sosial, penjenayah, mengurus negara, rumah tangga, dan sebagainya..tetapi malang nya Melayu yang mengaku islam, berterawih, berpuasa dan berhaji beriman pula dengan ajaran UMnoBn ini lah yang menentang keras pelaksanaan peraturan hidup berlandaskan arahan Allah dan Rasul.secara menyeluruh..akhirnya....aktiviti zina,minum arak, pergaulan bebas, sex gila babi, buang bayi , bunuh mak bapak, segala-segalanya berlaku di negara Malaysia kini. Tok Mufti kenyang, diam tak ada taring..tak ubah macam ahli nujum pak belalang.





Sampai bila gejala gila ini terkawal? jawapannya selagi Islam tidak memerentah, selagi Islam diperentah, selagi itulah segala wabak yang melanda negara sekarang ini gagal diselesaikan, hanya kembali kepada ajaran islam sebenar sahajalah ianya dapat diselesaikan. Oleh itu, kepada seluruh rakyat diMalaysia, marilah bersama Parti Islam SeMalysia, kita tumbangkan BN dalm pru13 nanti, kita bina sistem pemerentahan berlatarkan apa yang diperentah kan oleh Allah dan Rasul.

Kaum India Alam Jaya- Awana sedia berjuang bersama Pas Dusun Tua.

Usaha menegak keadilan sejagat dikawasan DUN Dusun Tua tidak sempurna tanpa penglibatan semua kaum terutama kaum India. Kaum cina telah terbukti berjaya memgegarkan ikatan Barisan Nasional sehingga terburai ikatan menyokong Pakatan Rakyat..kini dah sampai giliran kaum India bersama Pas Dusun Tua khususnya untuk membina muafakat disemua peringkat usia,mengatur langkah-langkah perlu untuk menghadapi PRU 13. Perkara remeh tak perlu diperbesarkan, saudara Deliganu, Wiliam, Lekau, Climent dan semua pengerak-pengerak cawangan JPD DUN Dusun Tua,mesti melihat jauh kehadapan. Isu kontena Taman Alam Jaya jangan dimomokkan menjadi sulit serta meretakkan hubungan dengan masyarakat. Sebagai pemimpin kita mestilah melihat jauh kehadapan..secara peribadi saya mengucapkan tahniah dan syabas diatas ketabahan dan kesabaran saudara-saudara menghadapi ujian. Bertenanglah dan bersabarlah....masa masih panjang......kita tetap bersama untuk melakukan perubahan demi masa depan semua kaum dan agama...masyarakat sangat memerlukan ornag seperti anda.Pejuangan tiada kenal putus asa..kecewa..dan dendam.. anda semua mampu melakukan nya.
















Monday, August 9, 2010

KEHANCURAN AQIDAH- Melayu tiada nilai..hancur..hilang segalanya

Krisis sosial umat islam (Melayu)...menjalar dari yang berusia emas hingga lah kepada berusia belasan tahun. Dari sekolah rendah hingga lah kepada pelajar Universiti. Kenapa? dimanakah silapnya? Ketua menteri Melaka mencadangkan buka sekolah untuk pelajar mengandung sebagai jalan penyelesaian kepada pelajar yang terlajak mengandung.Silap-silap semakin bertambah ibu muda (luar nikah) yang mengandung dan semakin ghairah aktiviti zina. Mereka merasakan seolah-olah ada tempat perlindungan bagi golongan "terlajak". Pada saya ini bukan jalan penyelesaiannya.Punca nya adalah bertitik tolak daripada kelonggaran aqidah islam. Melayu hari ini kurang mengambil berat tentang aqidah, kurang belajar tentang aqidah islam yang sebenar, bahaya tergelincir aqidah akibatnya amalan nya menjadi sia-sia, tertolak segala amal akhirnya tanpa disedari ianya menjadi kafir.....Hari ini sudah banyak melayu yang mengaku islam membunuh diri. Ada yang minum racun,terjun bangunan, gantung diri,tembak diri dan berbagai gaya tersendiri tanpa disedari neraka memang sedia menanti. Semata-mata kerana putus cinta, tekanan kemiskinan, cemburu, kesimpulannya adalah KECEWA...putus harapan dengan Allah. Mereka lupa takdir, keampunan Allah yang Maha luas, Rahmat Allah yang tiada batasan. Golongan ini sudah hilang imannya, gugur imannya kerana hilang keyakinan dengan janji Allah. Melayu islam jenis apa kah mereka ini? Oleh yang demikian disurau dan masjid perlu dititik beratkan ilmu aqidah yang sebenar. Bukan setakat beragama islam semata-mata, tetapi pelajarilah ilmu islam yang maha luas ini, peranan ibubapa wajib menilai sejauh mana kah pengetahuan islam anak-anak mereka. Bukan hanya bersadarkan belajar disekolah sahaja. Ibubapa mestilah rajin kesurau masjid berjemaah menadah telinga dimajlis ilmu solat terawih sambil mendegar tazkirah di masjid .. berjinak-jinak lah dirumah Allah supaya ilmu yang didapati itu boleh dijadikan modal mendidik anak-anak dan isteri dirumah. Malang sekali seluruh surau masjid kita dapati terlalu sedikit bapa-bapa yang solat berjemaah, apa lagi yang duduk mendengar syarahan ilmu. Bagi mereka rehat dirumah lebih baik sementara menunggu azan, itu pun pada yang sembahyang.Lagi teruk jenis kaki lepak kedai tomyam sampai larut malam, sembang kosong lansung tidak berfaedah...kepada bapa jenis "kutu tomyam" saya nasihatkan ..cukuplah, sempena Ramadan yang penuh berkat raikan lah ianya bersama anak isteri dengan mengajak anak isteri kemasjid surau yang berdekatan. Aduhai Melayu..bangsa Melayu akan hancur tanpa kemantapan aqidah serta amalan islam yang sebenar. Sekadar bersesak dibulan Ramadan buat seketika waktu, tidak bermakna disisi Allah sedangkan dibulan yang lain kita langsung tak menjejak kaki di surau masjid,bukan kah ini bermakna kita MENIPU ALLAH ? ingatlah saudaraku,itu maknanya kita hanya menipu diri kita sendiri. Marilah sama-sama kita fikirkan sementara usia masih ada, beramal lah dengan amalan islam yang sejati, imarah masjid surau setiap hari, mengasihi jiran, sesekali bertahjud dimalam hari renung-renunglah nasib kita di akhirat nanti, dihari yang tiada guna harta, anak dan isteri-isteri malah segala-segalanya. Kecuali amalan yang berlandaskan AQIDAH YANG SUCI...berjuang demi bangsa adalah diantara ciri-ciri rosak aqidah, serta amalan yang sangat dibenci Illahi & Rasululullah SAW.

Monday, August 2, 2010

RAYUAN SUMBANGAN DANA PEMBINAAN SEMULA SURAU DARUL HIDAYAH

assalamualaikum buat semua umat islam,Ramadan semakin hampir,bulan yang dimuliakan oleh Allah dengan segala keberkatan didalamnya. Tinggal lagi sejauh manakah kita berusaha mendapatkan segala tawaran ganjaran yang di janjikanNya. Bulan rejab,syaaban dan ramadan semuanya memiliki keistimewaan nya yang tersendiri. Kepada umat islam yang asyik dengan urusan dunia sehingga lalai dari mengingati Allah, kembali lah kejalan yang suci jalan yang islam ajar sejak mula terciptanya bumi ini. Hitunglah amalan kita, mampukah membela kita diakhirat kelak...renungilah anak-anak kita, mampukah mereka itu membela kita di akhirat kelak...menjelangny a Ramadan yang penuh dengan keberkatan ini saya menadah tangan memohon sumbangan jariah saham abadi untuk mendirikan rumah Allah yang sekian lama berbakti, binaannya berasaskan kayu kini dimakan usia reput sana sini, dimanakah mereka-mereka yang dulunya bertamrin,muqayam dengan berbagai proram disini...kepada mereka yang bersimpati hubungi 019 2704432 md.jan sulong- sumbang kepada SURAU DARUL HIDAYAH no akaun: CIMB1210-0004507-05-6.