Monday, March 29, 2010

Berhati-hati dijalan raya..! kemalangan jalan Hulu Langat meningkat...




Bermula 23 Mac hingga 29 mac 2010..enam hari sudah melibatkan lima kemalangan..yang menbabitkan motorsikal dengan kereta, dua darinya parah...

Thursday, March 25, 2010

Dulu Semak kini CERIA - Taman Desa Sentosa.Hadiah untuk REMAJA HULU LANGAT dari MPKJ








DATARAN REAKREASI SENTOSA,untuk kecerian & keselamatan - penduduk Taman

Lebih 30 tahun yang lalu,semak belukar tiada siapa pun ambil peduli. BNumno sibuk dengan kontrak masing-masing sehingga kecerian persekitaran taman bukan agenda utama. Apabila PR memerentah Selangor,kita utamakan keselesaan rakyat dan kecerian pesekitaran. Kontraktor yang degil kita tamatkan perkhidmatan,yang bagus kita beri pujian. Tanpa mengira siapa mereka,samada umno atau Pas,atas dasar keadilan untuk semua dan pas untuk semua, kita berusaha membina sesuatu yang mendatangkan manfaat untuk jangka panjang. Khususnya golongan remaja dan juga warga emas Taman Desa Sentosa,Darul Hidayah, Dusun Tua dan juga Taman Desa Kundang

Dulunya tempat ini menjadi tempat remaja lepak menghisap dadah,pembiakan anjin liar,merungkai motor curi,dan kegiatan sosial remaja yang cukup meragukan.Paling membimbangkan kawasan ini sebagai laluan pelajar sekolah agama petang.Ditakuti belaku kes rogol bunuh sebagaimana yang sering dipaparkan diakhbar.pernah pendudk mengejar pencuri pada 18 november 2009 tiga remaja menghilangkan diri dalam semak kawasan ini.

Kepada mereka yang dengki dan berhatin iblis,lihatlah dengan mata dan gunakan akal...agar"puantuan"mati dalam imannn.....

Bagai menjilat najis sendiri.... aduhai Zulnordin

Agaknya sudah menjadi dasar keluarga katak politik,bila melompat atau tanda-tanda nak melompat bermula lah segala cerita "seumpama katak kesejukan" yang dulunya menjaja cerita, kesana kemari tak kira dimana hingga ke mimbar masjid pun dibelasahnya, dengan ayat2 syaitan berbagai tuduhan seperti,najib altantuya... itik gembar2lah dan bermacam-macam lagi gelaran tanpa segan silu dan sememangnya muka dia tak tahu malu bermegah dengan ungkapan hina bagaikan petir halalintar memanah syaitan....punyalah marahnya kepada BN dan pucuk pimpinana negara. Hari ini lain pula ceritanya,mendakwa dirinya di arah oleh pihak tertentu....terpaksalah kononnya,nak bertaubatlah,minta ampunlah...Dosa kamu membuat orang lain berdosa kerana kata-kata anda bukan sedikit.
Sebagai seorang peguam yang jarang-jarang tak pakai kopiah,sepatutnya bijak menilai yang mana hasutan,fitnah,bohong dan mana yang benar.Nampak macam alim dan cerdik tetapi rupanya bodoh macam budak tak sekolah...rendahnya moral budak peguam ni. kesian..terkulap-kulap berhujah diparlimen..macam budak kecil ketagihkan susu badan maknya..kalau macam ni lah ahli parlimen Kulim Bandar Baru,elok dihumbang keluar pagar parlimen atau berhujah saja dibawah jambatan.YB bengat macam dia ni langsung tidak memberi manafaat kepada rakyat yang mengundinya.Dah lah diKulim tu dhaif mundur, dapat pulak ahli parlimen berfikiran mundur, macam budak peguam ni,berbotak macam buah kundur, kalau dulu cakap bukan main garang tegang urat lehirnya.. kini dah mula kendur....kenapa ya?.
Lagi teruklah...Sepatutnya yang dibela nasib hidup pengundi Kulim...yang miskin melarat, bukannya Najib Razak.
Semoga menjadi iktibar kepada PKR , PAS , DAP waspada lah memilih calon akan datang,jangan kira peguam ke Dr atau apa pun kedudukan seseorang tetapi lihatlah sejauh mana pengelibatan individu itu dalam kerja kerja parti ...kalau PKR dah tak ada calon,serahkan saja pada rakan-rakan PKR..
Inilah dia jenis calon cari makan atas titik peluh petugas pilihanraya PR, tidak kah anda terasa berdosa dan bersalah? tunggulah...hari pembalasan didunia ini. Pengkianat pasti tidak terlepas dari hukuman.....

Tuesday, March 23, 2010

Untuk Sumbangan: CIMB 1210004507056 SURAU DARUL HIDAYAH

PAS


019-2289221 hj Yunus - 019 2704432 md jan
sila hubungi kami,terima kasih sudi membantu










SURAU DARUL HIDAYAH - HULUR LAH SUMBANGAN.....

25 TAHUN telah berlalu.Mengisi perjuangan melahirkan kadir-kadir kental menempuh cabaran.Sekalian pelajar bermalam,bermuqayam,qiam,berusrah dan merancang aktiviti jati diri bagi menghadapi cabaran dakwah didalam dan diluar negeri.Maka lahirlah pemidato hebat dipentas-pentas politik gerakan islam,tak kurang juga ada yang tersasar terjun BARISAN. Namun jasa surau Darul Hidayah bukan kepalang,kebanyakan aktivis islam yang gemilang lahir dari pelajar-pelajar IPTA / IPTS yang istiqamah mentelaah kitab-kitab pengasas gerakan islam seperti assyahid Syed Qutub,Hssan Albanna,Mustaffa Mashur,Fatty Yakan dan banyak lagi kitab-kitab karangan pejuang ulum yang kini bersantai di syurga Allah swt, semoga Allah merahmati mereka.
Disinilah bermulanya sebagai medan dakwah Hulu Langat, melahirkan pejuang-pejuang parti islam seMalaysia Pas, melawan arus umnoBN dengan segala mehnah dan tribulasi. Kepungan polis fru,rempuhan polis semasa ceramah disurau DH,cubaan tangkapan ISA dan berbagai-bagai ujian lagi yang telah ditempuhi.Namun berkat tarbiryah berpandukan ulamak mujahidin seperti yang disebutkan diatas tadi ,,ianya dapat dihadapi dengan sabar.KINI tanpa di sangka PR memerentah Selangor.Kepada mereka yang bersimpati....HULUR LAH SUMBANGAN SEBERAPA BANYAK UNTUK KITA BINA SURAU BARU BAGI MEMNUHI TUNTUTAN SEMASA YANG BELANJA NYA RM500K. setakat ini hanya terkumpul rm127k sahaja.

Thursday, March 11, 2010

keputusan SPM- Tahniah

Kepada yang berjaya mendapat keputusan cemerlang diucapkan selamat berjaya dan TAHNIAH..kepada yang kurang berjaya jangan putusasa, cuba lagi perbaiki kelemahan.Kepada pelajar calon-calon SPM pada tahun ini jangan abaikan tawaran TUSYEN percuma yang ditawarkan oleh kerajaan Selangor.maklumat lanjut sila datang sendiri dipejabat Pusat Khidmat Masyarakat JPD di taman Pinggiran Delima...untuk keterangan sila hubungi 019 2704432 mohamad.
Kepada ibubapa,saya ucapkan syabas diatas kejayaan anak tuan, yg kurang berjaya jangan bimbang banyak ruang dan peluang yg masih kosong yg perlu di isi. Saya yakin anak-anak kita sangat berkelayakan. Yang mustahak jangan terlalu memilih........elakkan dari membuang masa.Sebagai ibubapa prihatin, AWAS!!! jangan biarkan anak2 kita terjebak dengan budaya lepak..rempit dan pergaulan bebas..kelak kita juga yang menyesal.Oleh itu pastikan anak-anak kita memasuki mana2 institiusi kemahiran...agar masa remaja nya terisi dengan ilmu yg menafaat...demi untuk masa depan mereka juga.Kerajaan Selangor sangat berharap agar golongan remaja disaratkan denganilmu kemahiran supaya mampu berdikari dan akhirnya berjaya sebagai seorang usahawan.Bidang kemahiran mekanik kereta motor,eletronik,eletrik jahitan,andaman masakan, perhotelan , pertukangan dan berbagai-bagai lagi yang sedia menanti.
Sebagai ibubapa yang penyayang kita perlu bertindak sebagai "teman setia"bincang bersama masa depan anak2 kita.Dapingilah mereka sebagai penasihat...samalah kita lakukanya.
Pesanan daripada:
MOHAMAD JAN SULONG-
Pengarah Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua..

Tuesday, March 9, 2010

SALAM UNTUK Zulkefli Nordin.....

Tiada manusia yang terlepas dari kesilapan..
selagi ianya bernama insan,pasti ada yang terlupa jalan
Dalam Pakatan masing2 ada pimpinan..
Kenapa mereka tidak jadi Rujukan..

Kawan2 dari jauh pandang pandangan...
Tertanya-tanya kenapa Zul jadi sedemikian..
Segala isu dikupas semacam hentam kawan...
Semacam tak peduli nasihat pimpinan..

Sekarang dah jadi YB...dulunya peguam lawan tetap lawan..
Berjiwa hamba, selamba naik basikal pergi Dewan..
Jimat petrol ! protes kerajaan zalim barisan..
Ku sangka panas di kwasan Baling,rupanya hujan di Yan...

wajah selamba muka depan di akbar utusan..
Komen Pakatan dengan cerita bukan-bukan..
Lebih baik hang diam,daripada dok bantai suami kak Wan..
Jangan sampai enta dicaci dihina kawan-kawan yg dulunya seperjuangan..

Pada ana enta tetap kawan dulu kini hingga akhir zaman..
Nasihatku ini semata-mata sayangkan kawan..
Bimbang hang tergelincir dari Pakatan masuk gaung Barisan..
Yang dulunya enta maki malam dan siang..sekumpulan dengan ezam & Roslan..

Ku doakan agar enta tabah tempuh ujian..
Dulu enta pun kata bukan senang mencari reda Tuhan..
Setia menanti mu, agar disuatu hari kita keluar makan-makan..
Rapatkan saf mantapkan perjuangan...tidak semestinya Pakatan..

Medan dakwah tiada batas sempadan..
Berjuanglah dengan ikhlas,jangan ikut nafsu syaitan..
Hargailah undi rakyat yg tolak Barisan pilih Pakatan..
Semoga enta tidak tergolong dalam kumpulan ENAMJAHANAM..

Hebatnya Pakatan kerana janji dipegang..
Buruk Barisan kerana menghalalkan mana yg haram..
Pertahankan islam biar jasad tinggal tulang...
Cekalkan semagat dlm perjuangan.... jom ! join alQOLAM....

Laman Dapur JPD Dusun Tua

Dusun Tua bukan saja terkenal dengan distinasi pelancongan seperti Sg Congkak,Air Terjun Sg Gabai,Lubuk Mangis, Agrotek Semungkis dan juga Sg Takala tetapi juga terkenal dengan tanahnya yang subur. Sehubungan dengan itu dengan kerjasama PEKAWANIS SELANGOR yang diPengerusikan oleh Puan Sri Salbiah Tunut isteri YAB Menteri Besar Selangor bersama2 YB Dr Rosli Che Mat ahli Parlimen Hulu Langat telah melancarkan projek Laman Dapur diperingkat DUN Dusun Tua. Tujuan nya adalah memupuk semangat surirumah supaya munafaatkan tanah2 kosong dilaman rumah dengan tanaman sayur-sayuran.

Sunday, March 7, 2010

Sambutan Maulid Masjid Sultan Salehuddin pekan bt 14 Hulu Langat





Yb Dr Rosli,Tuan Kadi Ust Md Amin,Dr Khudri.
YB Iskandar (exco) bersama Hj Yusuf Hasan
SU masjid pekan batu14




Pelajar2 Masterskil-khidmat pemereksaan
kesihatan percuma.



muslimat Taman Sre Nanding & pelajar sek men agama bt10,cheras.

Saturday, March 6, 2010

UMNO durhaka arahan SULTAN SELANGOR-apa tindakan JAIS

Kerajaan PR Selangor bertindak matang dan profesional tanpa mengira perbezaan fahaman politik semua badan politik bebas mengadakan program politik masing2 diDewan orang ramai dengan syarat buat permohonan dan mengikut saluran yang betul.Bukan macam zaman pentadbiran umno seketika dulu menindas semua badan politik yg TIDAK sehaluan dengan mereka terutama PAS.
6 Mac 2010 (ahad) -Jam 3 petang Umno Dusun Tua dengan sombongnya mengunakan surau Taman Sri Nanding (alMunir) sebagai medan ceramah politik maulidiRasul. Dalam sesi perbahasan Dewan Undangan Negeri Selangor yang lepas,YB DUN Dusun Tua dengan langtang mengkritik PR (pas) dengan tuduhan kononnya pas mengunakan surau masjid sebagai medan politik (melangar surat pekeliling- arahan sultan). Hari ini jelas membuktikan wanita umno Dusun Tua,ajk surau AlMunir Taman Sri Nanding,Pengerusi surau cik gu Razak (guru umno Sek Keb. Dusun Tua ),Azhar Mohamad ketua umno Dusun Tua,Hj Ibrahim (imam UMNO surau al munir) bersekonkol dengan umno Dusun Tua menguna surau al munir bagi tujuan politik umno yang sempit..( penceramah undangan Dato Firdaus (bekas imam umno masjid negara yg kecewa dlm PRU12 ).
Bulan Febuari 2010 diSemenyih, Masjid Raja Muda pun serupa YB Johan menguna masjid ini sebagai medan politik murahan mereka.Apa Tindakan JAIS ???????????? Pas Kawasan Hulu Langat sedang memerhati agenda umno
seterusnya........




wanita umno Dusun Tua sedang buat persiapan aktiviti parti umno dalam surau...INI BARU BETUL SURAU JADI TEMPAT OPERASI AKTIVITI UMNO....




ini bukan markas umno tetapi dalam surau almunir Taman Sri Nanding-H.Langat..wanita umno.