Saturday, February 27, 2010

PELAPIS.....Basha."dah lama bercita-cita...untuk...."


Dua sahabat sekian lama terpisah....kini bertemu kembali.
Dua dewa...(dewa kaya & dewa.... )

kemuncak Gong Xi Fa Cai-JPD Dusun Tua


Ini siapa.???.....fikir-fikir lah sendiri..............
YB Dr Rosli
Pengarah JPD Dusun Tua
pesembahan seni budaya orang asli H.Langat



Barisan pemimpin DAP bahagian Hulu Langat bersama Pengarah JPD Dusun Tua sdr Md Jan dan YB Dr Rosli ahli parlimen H.Langat.

YB PRIHATIN - MANGSA BENCANA dPangson (Sukarelawan UTK AlQolam membantu mangsa)

Sebaik sahaja mendapat maklumat bencana YB Dr Rosli bersama Pengarah JK.Pengurusan DUN D.Tua sdr Mohamad Jan Sulong bergegas ketempat kejadian bersama Unit Tindakan Kecemasan (UTK) AlQolam.Operasi pembersihan sehingga jam 3 pagi.Terima kasih kepada MTH Group yg komited membantu setiap kali bencana alam di DUN DUSUN TUA,semoga A llah membalas dengan RahmatNYA yang tiada terhingga....

Ribut senja DPangson
















MauliduRasul- Taman Sentosa

Dari rahim yang mulia bernama Aminah,
Lahirlah seorang putera disambut meriah,
Tarikh keramat tahun gajah dikota mekah,
Itulah insan mulia disisi Allah..Muhamad Bin Abdullah,
Anak yatim tak beribu dan ayah, namun ianya disayangi seluruh warga mekah,
Zaman remaja dihormati kerana bistari dan amanah,
Pernah mendamaikan sengketa empat kabilah yg bertelagah,
Itulah Muhamad Rasulullah....pembawa risalah Allah,
Petunjuk jalan, mana yang benar mana yang salah,
Apalah erti menyambut kelahiran Rasulullah,sedangkan risalahnya kita sangah,
Apalah ertinya pesta sambutan meriah,sedangkan dakwahnya kita tegah,
Apalah ertinya ceramah maulid,sedangkan sunnahnya kita menyampah,
Apalah ertinya program mengingatinya sedangkan JIHAD dianggap kerja salah....

Friday, February 26, 2010

MaulidulRasul-Bukan sekadar Ingat tetapi IKUTI SURUHAN NABI

Bukan perarakan yang utama,tetapi sejauhmana sunnah Nabi Muhamad saw kita ikuti,dan banyak mana perentah nabi yang telah kita langar.Kenapa BiN (umno ) sibuk sangat isu pesta hari jadi Rasul,tetapi dalam masa yang sama dok pelekeh hukumhakam yang nabi buat.Kenapa undang-undang yang negara yang nabi ajar dihina dengan berbagai sindiran...tetapi beria2 benar menyambut hari kelahiran Nabi saw.Setiap masjid macam tak sempurna kalau tidak mengadakan majlis sambutan maulidulRasul, kecoh satu kampung,tetapi solat jemaah tak kesah pun,walau masjid hanya tinggal bilal dengan tok imam,sesetengah iman dok kutip duit pakir pedulinya pun tidak tugasnya sebagai imam di masjid,tetapi jangan tak buat majlis maulid...marah dia.
INILAH fenomena umat islam hari ini yang kita kena sedar dan insaf.Cinta Rasul mesti diikuti dengan beramal dengan ajarannya serta meninggal apa jua larangan Rasul.Jika tidak sama lah kita penganut agama lain.Kerajaaan BiN hanya merayakan hari kelahiran Nabi Muhamad saw...secara besar2an dalam masa yang sama menentang sesetengah ajaran Rasul,lebih teruk lagi bila mantan PM menghina sunnah Rasul.Kepada rakyat malaysia marilah kembali kepada beramal dengan ajaran Raulullah sepenuhnya,semoga kita selamat dunia dan akhirat...anda mampu mengubah kerajaan kepada yang berHUKUM DENGAN AJARAN RASULULLAH SAW.dan menolak kerajaan yang hina nabi Muhamad saw....PRU13.
Jadilah hamba Allah yang benar2 mengasihi nabi saw....serta berjuang menegakkan sebuah negara yang berhukum dengan apa yang diperentahkan oleh Allah dan RasulNya..selamat berjuang! awas! dengan tipu daya puak2 BiN dan kuncu2nya yg sesat lagi menyesatkan....

Wednesday, February 24, 2010

Pasar BT9suntex: JPD/AHLI MAJLIS/MPKJ terima aduan




Berusia 30 tahun,bilangan pengunjung bertambah,lokasi berniaga semakin sempit,bilangan penjaja semakin hari ada saja muka-muka baru samada PATI mau pun warga tempatan yang beroperasi ditempat2 letak kereta.Mereka langsung tidak mempedulikan peraturan yang telah ditetapkan oleh PBT.Keluhan demi keluhan...peniaga asal sudah bosan dengan karenah yang merimaskan, malah aktiviti peniaga haram ini mengugat peniaga dalam pasar yang berlesen....
Jam 3 petang, 24 Feb 2010 bertempat didewan MPKJ,JPD Dusun Tua telah menganjurkan satu sesi perbincangan diantara peniaga2 Pasar Suntex bt9 bersama ketua2 jabatan yang terlibat,diantara ialah JPS Hulu Langat,Kejuruteraan MPKJ,Perlesenan,Pengurusan Harta,landskap,Penguatkuasa, dan juga Ahli Majlis zon 2.tuan Edy yang dipengerusikan oleh Pengarah DUN Dusun Tua..sdr Mohamad Jan Sulong. Pengarah DUN mencadangkan :

1- Membaiki tebing sungai bersebelahan pasar agar ianya dapat dimanfaatkan sebagai tapak letak kenderaan.
2- Membaiki paip air yang sekian lama rosak,longkang yang tersumbat,serta bumbung yang bocor.
3- Membenteras peniaga2 haram ditapak pakir didepan dan dibelakang pasar.serta bertindak tegas keatas lori yang seawal jam 4 pagi meletakkan kenderaan dilokasi yang tidak dibenarkan oleh MPKJ.
4-Pihak Persatuan peniaga juga disarankan agar mengerakkan semua peniaga2 berkerja sama menceriakan persekitaran pasar,agar ianya lebih kemas dan teratur.
5- Kepada mereka yang belum menjelaskan tunggakkan bayaran sewaan adalah diharapkan melunaskan secepat mungkin.
6- Tugas mengawal selia aktiviti perniagaan bukan hanya MPKJ semata-mata tetapi juga dengan kerja sama seluruh peniaga /ajk persatuan.

Tuesday, February 23, 2010

WARDINA JUMPA MB KELANTAN

APA yang menjadi masalah besar kepada maharajabloggger....? sehingga mengelarkan Wardina sebagai "anasir pas...."KOSMO 19 SEPT. Salahkah wardina sekadar melontar pandangan menyokong kerja amal maaruf yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang digelar " serambi mekah " itu .Kelantan dibawah pimpinan ulamak YAB Tok Guru Nik Abd Aziz berserta exconya,sudah hampir 20 tahun berkerja keras mengislamisasikan seni budaya "aktiviti seni "diKelantan. Ini bertujuan tidak lain tidak bukan agar ianya selari dengan kehendak Nabi Muhamad saw dan juga Allah swt. Bagi melahirkan sebuah masyarakat taqwa, seni adalah salah satu saluran yang cukup berkesan kalau ianya digunakan secara betul.Maharajablogger....kenalah insaf...dan sedar...usaha Kerajaan Kelantan berdakwah melalui senibudaya...jika tiada kawalan kerajaan negeri...terhadap aktiviti budaya..dah tentu ianya boleh memesongkan aqidah dan merosakkan amal ibadah....akhir kalam hidup kita hendak kemana????.....sesungguhnya Wardina dan Tok Guru telah melaksanakan tanggong jawabnya sebagai seorang hamba Allah....Tahniah! semoga Allah merahmati. Ini bukan soal politik tetapi soal hak dan batil...kepada maharajablogger.....anda perlu bedah otak mungkin virus BiN dah mensaljikan tempurun tengkorak anda...sehingga anda gagal berfikir secara bijak berlandaskan realiti hari ini..manusia mencari reda Allah...bukan melalut dengan mungkar...mengampu pemimpin yang mengajak kejalan Toghut....

Friday, February 19, 2010

alqolam meraikan...Tahun Baru Cina...

abu bakr al padangi,amin wal bistari,lan alqunuti,akob al pakasasi,amir alsungai sohi,wan al kalibi...
wajah alqolam ceria bedepan dengan ujian satay..

alqolam..

alqolam

ceria...jamu selera bersantai bersama keluarga..




sedap nya...En sarifudin (mpkj) tengah syok pilih ayam goren..


CERIA BERSAMA AJK LANGAT JAYA- GONG XI FA CAI

MrDany sedang menerangkan sesuatu berkaitan aduan banjir kilat ditaman hulu Langat Jaya














membahagikan kad selamat hari raya cina..





ramah mesra bersama keluarga Dany-turut bersama isteri MdJan-Noriha Omar dan anaknya Umi ......

JANAGAN SIA-SIAKAN ....KUASA RAKYAT

HARI INI...rakyat Malaysia sedang menonton drama Liwat siri ke dua,arahan BiN yang dipenuh dengan adengan2 yang memualkan serta sangat jijik.Pelakonnya macur, berwajah selamba,ya.. memang hebat dan berbakat besar..cerah masa depan bakal memenangi anugerah"pelakon berbakat lelaki terbaik" negara Mlysia. Kepada rakyat Malysia yang waras sudah tentu menilai"Filem Liwat fasal DUA" keluaran BiN blue sdn bhd ini, sebagai pengukur fikrah kepimpinan kerajaan Malaysia hari ini dibawah teraju utama Najib anak abe Jak serta teman kabinetnya..jika dbiarkan budaya songsang ini terus menerus melebar jaringan nya, maka akan leburlah Mlysia.
Terbukti sekarang!!!...lihat apa dah jadi dengan PLUS,PETRONAS,DBKL,PERUNTUKAN IPTA,SEKOLAH2 BIASA MAU PUN YANG BERASRAMA...apa saja yang berkaitan sumber kewangan...ianya semakin mengecut sedikit demi sedikit...kenaikan harga barang dengan seribu alasan sudah tiada sekatan...Kontraktor2 kecil, DBKL (sebagai contoh)mengeluh dengan agehan kontrak landskap...bajet terhad...Ini semua gara-gara siapa? Rakyat disuruh berjimat...isteri PeiM bebelanja macam nak hidup sampai kiamat...kemana perginya wang negara....lesap dek penyamun2 Mr BiN.
Anda semua dah tahu kerakusan BiN...anda benci dengan fitnah liwat,anda dengar cerita belanja mewah terlampau isteri PeiM,anda sangat tahu yang bapak rasuah masih lena dibuai mimpi, SPRM gentar mengejutkannya apa lagi nak tangkap..apa tugas kita sebagai rakyat yang bebas dalam sebuah negara yang berimankan DEMOKRASI BERPARLIMEN....
INGATLAH.......4.38 juta yang belum mendaftar sebagai pengundi..sehingga Oktober 2009 seramai 15,470,032 rakyat negara ini yang berumur 21 tahun layak mendaftar sebagai pemilih.Malangnya dari jumlah itu hanya 11,085,863 sahaja yang mendaftar sebagai pemilih..28.3 peratus atau 4,384,169 TIDAK MENDAFTAR......aduhai...kuasa undi yang disia-siakan...ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. Jika dimanfaatkan ianya boleh mengubah landskap pemerentahan negara yang korup kepada yang terlebih baik...bersama Pakatan Rakyat.

Sunday, February 14, 2010

Bila BN tersepit.........

KECOH satu malaysia,kononnya Ketua menteri P.Pinang LGE mengkianati pengundi-pengundi Pulau Pinang,dan juga dituduh sebagai diktator menindas orang-orang melayu P.Pinang.DiKelantan dulunya diserang Tok Guru Nik Aziz sebagai ulamak yang jahil mentadbir negeri,dan pasti mundur diatas "kejahilan" rakyat kelantan yang mengundi pas...pasti akan menyesal...Kecaman puak-puak Bn seoalah-olah mereka sahaja yang pandai mentadbir negeri.Alhamdulillah Kelantan sudah hampir 20 tahun dibawah lindungan rahmat Allah bersama YAB Tok Guru.Rakyat Pulau Pinang yang cerdik sudah hilang kepercayaan kepada BN,lantas PRU12 menjadi gelanggang mengubah keaadaan..Biasalah setiap usaha yang baik akan diuji luar dan dalam.Dari dalam muncul pemimpin Politik yang bermatlamatkan pangkat dan mata benda.Lihatlah ...... rebah tertiarap menadah embun kerajaan PR Perak,adalah angkara puak munafik dan kumpulan mata benda ini.Saya yakin masih ramai lagi spesis mata benda ini yang menjadi beban dalam parti yang cakapnya mengegarkan pentas! menjerit bagai suara naga gila mangawan...bila diarah mengosongkan sesuatu jawatan,mula hilang pedoman. Mereka ini lembut dihadapan pemimpin tetapi dibelakang "aku lah tukan catur orang itu dan orang ini ...." manusia jenis apakah ini? Lupa daratan yang dulunya bagaikan batu kuari kini digilap sudah mula bercahaya...dah nak melawan.... Mungkin ini satu proses penapisan dari Allah agar PRU 13 nanti manusia jenis katak,gila projek,penipu,munafik dapat disingkir dan dibenamkan terus sebagai baja kompos....AWAS!!! mainan politik Bn yang sedang berkerja keras memecah belahkan PR agar hilang keyakinan rakyat..namun rakyat sudah lali dengan tipu muslihat Bn...PRU13 sekali lagi menjadi medan penentu..untuk rakyat bangkit meleyapkan Bn buat selamanya....RAKYAT MAMPU MELAKUKANNYA...

Mesyuarat JKKK DUN Dusun Tua-5 feb 2010 bersama YB Dr. Rosli-Op Kekasih



Taklimat operasi oleh Pengarah : Sdr Mohamad Jan Sulong












Sedia bertindak-Tahniah kpd Nazir2 dan Ketua kampung.
























Tidak ketinggalan ajk JPD Dusun Tua turut menyumbang tenaga dan makanan petugas operasi















Terima kasih kepada Tok Ayah Paduka Roslan Dahaman yg sentiasa bersama setiap operasi yang dianjurkan oleh Parlimen Hulu langat.















Hari Kekasih LUPA kepada YANG MAHA PENGASIH

MELAYU mukminin - melayu kafirin- melayu munafikin...Dulunya sebut saja melayu maka islam lah ia.Bahkan perkataan melayu itu sendiri sinonim dengan agama islam,apabila ada seorang cina memeluk islam maka mereka dilihat seolah-olah masuk melayu..maka tergadailah "kecinaan" nya...walhal tidak begitu.Memeluk islam tidak mengikis bangsa seseorang, ia boleh mengamalkan budaya bangsanya selagi ianya tidak bercanggah dengan syariat islam.Apa bezanya dengan melayu..yang mengamalkan ajaran syirik? oleh kerana melayu dilihat seolah-olah "agama" maka ianya tidak menjadi satu " kesalahan dan bersalah " dalam mengamalkan ajaran-ajaran yang jelas mensyirikkan Allah swt. HARI INI umat melayu tidak seperti dulu,mengejar kemajuan berkiblatkan barat,dulunya memang "SATU MELAYU" satu bangsa, satu agama,dua parti (Hisbulmuslimin-pas & umno ).Kalau dulu Hang Jebat mengamuk bunuh pemimpin pengampu sultan,hari melayu yang bersemangatkan "melayu boleh" sudah mampu mengubah budaya,menukar agama,menyembelih ibu dan ayah,membunuh saudara kandung,bermegah dengan adengan zina yang dirakam dan disebarkan,berzina ala "gontong royong", memuja artis menghina ulamak dan sejuta macam lagi kecelakaan yang menimpa umat melayu hari ini. MELAYU BERPECAH yang sering diungkit2kan,kerana yang RUGInya pemerentah,berpecahnya melayu kerana mual dengan umno yang gagal membela melayu dan islam. Tetapi pemerentah langsung tidak mempedulikan AQIDAH islam yang pecah hancur berpunca daripada lambakan hiburan yang melalaikan remaja dari mengingati YANG MAHA PENGASIH.
BERTAMBAH lebur...apabila media melayu bertindak sebagai "tukan kempen" menjahanamkan lagi melayu yang sedang menjunam....14 Feb 2010..ribuan anak remaja melayu lebur,dengan araknya bersama kekasihnya,berpakaian syaitan bagaikan melacur diri ditempat awam,dimana ibubapanya? adakah mereka ini anak haram luar nikah tidak ada makbapak? mustahil...aduhai bangsaku...insaflah..Allah sedang memerhati kita,menanti ketika ditimpa bala,jika terus sial bagai celaka,jangan menyesal ditimpa bencana,Islam penyelamat pemimpin berhemah,Allah dan Rasul rujukan jemaah,benarlah BN punca melayu punah,diJohor di Felda banyak melayu hilang tanah.PRU 13 medan rakyat membantah,undi PR rakyat berubah,umno BN tak usahlah dipuja dan disembah,marilah sama-sama kita tolak sampai rebah.BN rebah pemimpinnya mengelabah,cemas nak lari bukan takutkan lebah,tetapi bimbang dakwaan rasuah,dulu nya terima atas dan bawah.Antuya dah jadi arwah,dibunuh kejam letup atas bawah,yang terlibat dah mula menglabah,Allah Maha Mengetahui dan Maha melihat siapa yang ARAH.Muka cerah macam tak bersalah,senyum merekah bibir merah tetapi jiwa tetap rasa bersalah,semoga kembali bertaubat kepada Allah kita pasrah,selagi hayat masih ada...bertaubatlah aduhai..PEMBUNUH yang diupah....

DIANTARA YG TERLIBAT : OPERASI KEKASIH































Amanah Rakyat..YB Dr Rosli turun padang
bersama-sama mencegah mungkar hingga subuh.















PADUKA AYAHNDA ROSLAN DAHAMAN Pengerusi PAKEDA Wilayah Persekutuan...memberi kerjasama terbaik disetiap operasi yang dilancarkan...setakat ini beliau belum lagi "mis" dlm program sebegini...semua anakbuah turut bersama..terima kasih daun keladi..dilain masa kita bersama lagi..
















Menjamah juadah sebelum kemedan...operasi...
Yb Dr Rosli dan Dr. Khodri (nazir masjid bt14 h.langat)
















anak-anak Md Jan antara anak muda yang
turut serta dlm operasi...Ali Iskandar,
Md Nurr Izzuddin,Mohamad Jazlan...

OP KEKASEH 14 FEB2010-PARLIMEN H.LANGAT / JPD DUSUN TUA

DETIK JAM 12 MALAM............Operasi amal maaruf nahimungkar dilancarkan oleh Yb Dr Rosli Che Mat,Ahli parlimen Hulu Langat.Operasi ini dirancang sebulan lebih awal bagi mencegah maksiat dikalangan remaja melayu islam khususnya..sempena "malam kekasih" yang ditaja oleh yahudi. Dengan kerjasama yang mantap daripada MPKJ, AADK, NAZIR2MASJID, PERKID, PDRM, PAKIDA W.PERSEKUTUAN dan juga Jawatankuasa Pengurusan DUN Dusun Tua (JPD ).Lokasi sasaran , Taman Tasek Cempaka B.B.Bangi, Air Terjun Sg.Gabai,Congkak, Bandar Husin On,Taman BMC dan beberapa tempat yang kebiasaannya anak remaja melepak...
Operasi berpecah kepada dua kumpulan...Kawasan Hulu Langat di Ketuai oleh sdr Mohamad Jan Sulong,Pengarah JPD Dusun Tua, dan Ampang Jaya Diketuai oleh Yb Kasim ADUN LEMBAH JAYA..setelah 4 jam beroperasi,kawasan Hulu Langat hanya 4 orang saja yang dicekup,Ampang Jaya hampir 200 orang.Seratus peratus anak melayu yang semakin layu....berpakaian langsung tidak melambangkan identiti islam.....mereka ini dikumpulkan di masjid Ubudiah dan di Tarbiryahkan oleh ust.Mastrdzi Sat Pengerusi PERKID.
Inilah usaha kami Pakatan Rakyat,khususnya PAS, dalam usaha memelihara AQIDAH UMMAH dari terpeson dan terpesona dengan dakyah yahudi dan Nasarani.. dan gejala ini jugalah diantara punca2 anak remaja melayu MURTAD.... SALAH SIAPA? Lu...pikir lah sendiri....Kini masjid2 diHulu Langat dapat digunakan sebagai pusat pemulihan aqidah...zaman BN memerentah jangan harap masjid dapat digunakan...kononnya "masjid dipolitikkan"..semoga Allah memberkati usaha yang sedikit ini,kepada teman-teman yang terlibat bersama operasi OP Kasih...mudah2an diterima sebagai ibadah.....BERSAMA MEMERANGI MAKSIAT, ISLAM BERDAULAT....
Indek maksiat Parlimen Hulu Langat semakin menurun berdasarkan jumlah pelaku mungkar yang ditangkap setiap kali operasi dilancarkan...syukurlah.DiDusun Tua hampir2 sifar..tahniah kepada BRIS ( Briget Sabil ) dan unit khas AlQolam yang sentiasa aktif bertindak tanpa mengira waktu mengawal selia disegenap penjuru DUN Dusun Tua tanpa mengira siapa...pelaku tetap kena hukuman....untuk makluman di Dusun Tua sudah ada sepuluh pusat Tahfiz AlQuran..semoga disuatu masa nanti, anak-anak tahfiz ini akan muncul sebagai pembela islam di Malaysia insyaallah. Kepada teman PR DusunTua yang lena....yang sibuk nak berdemo...tak puashati dengan JPD...lupakan saja agenda mat jening....jangan buang masa..ayuh bersama JPD buat kerja memyelamatkan anak bangsa...bukan berkokok dalam rimba..macam hero rembooo...yang hilang pedoman.Ingat politik PAS buka gila kuasa dan pangkat tetapi..gila berkhidmat membela ummah....islam melayu,bukan melayu merapu,JIHAD kerja kami (pas) syahid matlamat kami, inilah sumpah keramat yang kita junjung,siapa yang melawan arus ini dia akan kami "pancung" tak kira siapa wa ima kawan sekali pun....pengkhianat mesti dihapuskan, munafik mesti dileburkan.......

Saturday, February 13, 2010

Perutusan Pengarah JPD Dusun Tua-SELAMAT TAHUN BARU CINA

Saya ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina..GONG XI FA CAI..kepada seluruh warga cina DUN Dusun Tua.Semoga tuan puan semua sejahtera aman dan bahagia.Marilah sempena tahun baru ini kita memperkukuhkan lagi perpaduan antara kaum serta kasih sayang sesama jiran,dengan ini kita akan lebih bahagia selamat dan sejahtera.Hormatilah hak jiran,kerana mereka juga ada hak keatas kita,sesungguhnya kita salin perlu memerlu antara satu sama lain..barulah hidup kita selamat dan sejahtera.Apa lagi dalam kehidupan hari ini yang sangat membimbangkan.Saban hari ada saja laporan pecah rumah,ragut dan sebagainya.Jadikan lah jiran kita sebagai adikberadik.......ELAKKAN jadi musuh...
Utamakan keselamatan anak-anak...
Jiran yang prihatin,anak-akan ceria...anda bahagia
Muafakat dalam apa jua keadaan agar yang berat jadi ringan
Bersama menjana keamanan disetiap taman..
hai nyoya...apa khabar..sihat!

Bersama Pengarah JPD Dusun Tua-GONG XI FA CAI...

MR KANA,setia bersama walau dimana,gigih dalam perjuangan,bersama MR CHONG pekan suntex tak jemu-jemu memberi sumbangan kepada kaum cina..















Ini bukan tembakan gas polis...tetapi bakaran mercun daripada penyokong2 PR kaum cina cukup meriah seolah-olah musim kempen PR13 sudah bermula.Agaknya mereka dah tak sabar nak tumbangkan BN......
















bersama YB DR Rosli,Mr Tan Bon Wah dan mjan....dari satu lorong kesatu lorong,gerai ke gerai... jumpa rakyat untuk mengucapkan selamat tahun baru cina....